Kita semakin bimbang dengan keadaan mereka yang berada di barisan hadapan tumbang yang akan menyebabkan keadaan bertambah buruk. Kita berharap sangat rakyat negara ini tidak jadi seperti negara yang parah dengan jumlah peningkatan tinggi dan kritikal. Kita semua tidak mahu mengikut jejak langkah tersebut.
Nona sempat menghubungi Dato’ Ziela Jalil tentang perkara ini, “Sepanjang berada di rumah, saya nasihatkan anak-anak kalau nak keluar pastikan sorang dan terus beli barang dan kembali, patuhilah apa yang diperintahkan oleh Kerajaan.
Kita tidak mahu menyusahkan orang lain, virus ini jika kita lihat jangkitan itu sangat cepat. Kalau keluar kita tak tahu siapa yang kita jumpa dan tahap kesihatannya. Kita tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan ini.
Kalau saya mendengar, membaca dan mengikuti perkongsian kakitangan KKM di hospital, menitik air mata saya. Keadaan mereka makan tak sempat, tidur tak cukup, pakaian yang dikenakan pun susah untuk bergerak, mereka meninggalkan keluarga untuk berkhidmat dan pengorbanan mereka itu sangat tinggi.
Ads
Jadi kita ini, perlu bertimbang rasa jangan menambahkan lagi beban tugas mereka yang sedia ada. Bagi saya, insyaAllah ia mudah kalau kita ikut peraturan stay at home supaya dapat matikan kuman agar tidak membiak lagi.
Ads
Kita yang berada di rumah, berkongsilah sesuatu yang positif secara online dan jangan pula menyebarkan berita-berita yang tidak sahih. Kita juga boleh mengaji Al-Quran dan berzikir kerana kita harus ingat, walau apa pun usaha kita segala yang berlaku ini adalah daripada Allah dan kepada Allah jugalah akan dikembalikan.
Kita buatlah sesuatu yang Allah senang dan sayangkan kepada kita semua. Semoga Allah memusnahkan virus dan kita dapat melaksanakan kehidupan kita seperti biasa semula.
Ads
Selain itu, kesempatan berada di rumah kita boleh buat aktiviti deko umah, kemas baju dan sebagainya yang saya rasakan kerja rumah pun tidak pernah habis-habis rasanya. Cubalah isi kebosanan di rumah dengan pelbagai aktiviti,” pesan Dato’ Ziela.
Pesanan buat semua wanita, “Jangan terlalu panik dengan keadaan yang berlaku sekarang, cubalah untuk bertenang. Doa banyak-banyak, ikut arahan Kerajaan. Jaga kesihatan diri kita sebaik mungkin, sering basuh tangan.
Saya doakan kita semua berada di bawah pemeliharaan Allah, insyaAllah. Kepada semua tidaklah perlu membeli stok makanan macam untuk tiga bulan. Kita belilah berpada-pada, simpan yang cukup untuk seisi keluarga kita. Jangan pentingkan diri dan bertimbang rasa dengan orang lain yang turut memerlukan,” ujar Dato’ Ziela mengakhiri bicara. Kiffy Razak
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang betul-betul kagum dengan Nazeera Sardi. Sudahlah cantik, berpendidikan tinggi dan bergelar usahawan sukses pula tu. Salute!
Nazeera Sardi, 33, bukan saja cantik bahkan berpendidikan tinggi dan rajin berusaha.
Dalam usia 33 tahun, pelakon dan pengacara jelita ini sudah bergelar tauke kepada 4 jenamanya sendiri iaitu Zeyra Skincare, Zeyra Cosmetics, Zeyra by Nazeera Sardi, dan Food Lab by Nazeera.
Bersama produknya, Zeyra Skincare.Zeyra Cosmetics.Food Lab by Nazeera.Salah satu ‘best seller product’ Food Lab by Nazeera iaitu Ayam Pencen Masak Lomak Cili Api air tangan Nazeera sendiri. Nampak sedap!
Zeyra by Nazeera Sardi.
Segalanya kerana berkat doa dan restu ibu yang menjadikan siapa Nazeera hari ini.
Lulusan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan (MBA) Universiti Putra Malaysia ini sentiasa menyantuni ibunya, Siti Nginah biarpun sentiasa sibuk dengan karier seni serta perniagaan. Nazeera sentiasa berusaha untuk ‘mencuri masa’ asalkan dapat membahagiakan wanita terhebat dalam hidupnya.
Apatah lagi, ibunya itu merupakan ibu tunggal maka menjadi tanggungjawab dia serta adik beradik yang lain untuk menjaganya. Walaupun anak bongsu namun Nazeera sangat manja dan rapat dengan ibunya.
“Keluarga saya memang meriah sebab ramai. Anak buah seramai 24 orang. Sejak kecil hubungan saya dengan adik beradik macam isi dengan kuku. Saya mempunyai seorang abang dan 6 orang kakak.
Saya paling rapat dengan kakak nombor 7 iaitu Samiah. Beza usia kami 2 tahun. Kami berkongsi minat yang sama iaitu gemar memasak dan menyanyi. Selain itu, kami juga banyak persamaan dari segi karakter antaranya rajin berdikari dan happy go lucky.
Kalau ada sebarang aktiviti atau majlis kami akan pergi bersama. Susah senang pun kami lalui bersama. Adik beradik sentiasa menjadi penyokong setia saya walau apa jua keadaan. Mereka sentiasa percaya dengan kebolehan saya dan tak pernah memandang rendah.
Kebahagiaan saya ialah apabila dapat membahagiakan dan berkongsi rezeki bersama insan-insan tersayang. Saya sentiasa doakan yang terbaik buat Mak di dunia mahupun akhirat. Semoga Mak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Seterusnya, harapan untuk diri sendiri agar dapat buat yang terbaik dan membahagiakan Mak.
Buat Mak, walaupun kita dipisahkan oleh jarak dan keadaan yang tak mengizinkan tapi kita akan selalu bersama dalam dakapan doa, Insya-Allah.”
Kredit Foto: Instagram @nazeerasardi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah semakin ramai wanita tidak betah terjun dalam dunia perniagaan yang memaksa mereka berpanas di bawah panahan matahari terik dan bergelumang dengan haiwan ternakan demi kelangsungan hidup. Datin Seri Nur mempunyai sifat menyayangi haiwan peliharaan lantas menjadikan industri agro-ternak sebagai sumber pendapatan utamanya. Melalui syarikat Agro World Channel Sdn. Bhd. (Agro World) wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini mampu melakukan apa sahaja walau dihalang pelbagai rintangan.
“Memang tidak ramai wanita yang mahu tangan mereka kotor bermain tanah, membersihkan haiwan ternakan apatah lagi menguruskan sisa haiwan ternakan. Namun, saya berbeza kerana saya seorang yang lasak dan memang minat membuat kerja-kerja sebegini. Suami sangat menggalakkan saya untuk menyertai industri agro-ternak ini dan saya banyak belajar sebelum terjun dalam perniagaan agro-tani ini. Saya juga turut belajar dari bawah mengendalikan perniagaan ini bersama-sama dengan rakan niaga.
Saya mengusahakan ladang kambing boer yang berlokasi di Melaka. Kambing yang diternak di ladang tersebut lebih kurang 1000 ekor. Kambing boer ini biasanya mempunyai badan putih dengan kepala coklat yang menonjol. Ada juga kambing boer yang seluruh coklat atau seluruh putih. Seperti kambing Nubia, kambing boer mempunyai telinga yang panjang dan labuh. Kambing boer juga terkenal dengan sifat yang jinak, cepat membesar dan tinggi kadar kesuburan,” tutur Datin Seri Nur memulakan bicara.
Benar kata orang selangkah kaki masuk dalam dunia perniagaan, pandangan mata akan terbentang luas dengan untuk mencipta peluang di depan mata. Begitu juga Datin Seri Nur yang bijak mencari peluang demi sumbangan membantu anak bangsa. “Memang benar, sejak menceburi bidang penternakan kambing, kini saya sudah bermula berjinak-jinak dalam dunia agro-tani pula.
Baru-baru ini saya pergi ke Filipina untuk mengintai produk hasil tani yang berasaskan kelapa. Kita ada cuka kelapa, kopi beras, sabun organik dan sebagainya yang berasaskan kelapa. Produk ini masih dalam proses membina jenama dan bakal dilancarkan pada bulan Oktober nanti. Cabang perniagaan ini saya wujudkan demi membatu terutama golongan wanita agar terus aktif dalam pembangunan ekonomi negara walaupun bergelar suri rumah tangga.
Kini terdapat pelbagai peluang pemasaran yang tidak memerlukan wanita keluar dari rumah. Meskipun dari rumah, wanita boleh membantu meningkatkan ekonomi keluarga lebih-lebih lagi tatkala kos sara hidup kian meningkat.
Saya percaya bidang agro-tani ini boleh pergi jauh kerana merupakan sumber makanan yang diperlukan sampai bila-bila juga merupakan kunci kehidupan manusia. Walau di mana sahaja kita berada, kita perlukan makanan untuk meneruskan kehidupan. Sebagai wanita yang sudah menceburi bidang agro-tani ini saya menyeru agar lebih ramai wanita yang menceburi bidang agro-tani ini. Bukan sahaja mampu menjana pendapatan malah berbudi kepada tanah pasti akan mendapat pendapatan lumayan,” jelas Datin Seri Nur yang berusia 32 tahun ini.
Tambah Datin Seri Nur lagi, “Sebagai wanita mereka perlu mempunyai unsur inovatif, kreatif, dan memperkaya alternatif. Tidak perlu takut atau malu untuk mencuba sesuatu yang baharu dan setiap wanita kena berani serta perlu kuat untuk mencabar diri sendiri demi mengetahui tahap kemampuan masing-masing. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, jika tidak mencuba pasti tidak akan berjaya,” ujar wanita ini bersungguh.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang sedia maklum obesiti merupakan punca terutama penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Bukan itu sahaja, obesiti atau berat badan berlebihan ini boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri.
Foto: Koleksi Datin Geraldine S Bigar
Ini diakui sendiri oleh Datin Geraldine S Bigar yang ‘malu’ untuk berjumpa dengan orang lain kerana berat badannya. “Masalah berat badan yang berlebihan menyebabkan saya malu untuk keluar rumah dan berjumpa dengan orang ramai kerana saya rasa ‘insecure‘.
Foto: Koleksi Datin Geraldine S Bigar
Saya sering beranggapan orang akan menilai diri ini melalui berat badan. Atas alasan itu menyebabkan saya sering berkurung di dalam rumah,” tutur Mrs. Malaysia Tourism Queen Ambassador 2017 ini.
Foto: Koleksi Datin Geraldine S Bigar
Datin Geraldine mula menyedari masalah berat badannya selepas melahirkan anak yang ketiga. Namun, tanpa disangka, gurauan ibunya menjadi punca Datin Geraldine tersentak dan mahu mengembalikan berat badan idealnya.
Foto: Koleksi Datin Geraldine S Bigar
Berkongsi kisah tentang perubahan dirinya, “Segala-galanya bermula apabila saya pulang ke kampung dan mungkin nak dijadikan cerita, jubin lantai yang saya pijak retak. Ibu saya bergurau dengan berkata, mungkin kerana berat badan saya ini yang menyebabkan lantainya boleh pecah.
Foto: Koleksi Datin Geraldine S Bigar
Walaupun kata-kata ibu itu adalah gurauan semata-mata namun ia menusuk ke dalam hati dan menjadi punca untuk saya terus berubah. Secara drastik saya mula merancang jadual pemakanan yang sihat,” kata Datin Geraldine.
Foto: Koleksi Datin Geraldine S Bigar
Bercerita tentang cabaran untuk menurunkan berat badannya, “Memang bukan mudah untuk memulakan program menguruskan badan lebih-lebih lagi mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Saya tidak suka membazir makanan, jadi saya selalu menghabiskan leftover anak-anak,” kata Datin Geraldine.
Foto: Koleksi Datin Geraldine S Bigar
Cara yang dilakukan oleh Datin Geraldine untuk menurunkan berat badan adalah dengan menukar gaya hidupnya terutama diet. Datin Geraldine juga memotong semua gula termasuk desserts dan hanya boleh makan manis sehari seminggu (cheat day). Diet ini diseimbangkan dengan senaman sejam sekurang-kurangnya 4 kali seminggu secara konsisten.
Foto: Koleksi Datin Geraldine S Bigar
Nasihat yang paling penting dari Datin Geraldine buat mereka yang mahu mengamalkan diet sihat, “Sepanjang menempuh program diet saya mendapatkan nasihat dari doktor. Ini sangat penting kerana doktor akan menasihati kita tentang nutrisi yang betul, senaman dan rawatan yang boleh dilakukan. Dengan cara tersebut saya boleh menurunkan berat badan dengan efektif,” tutur Datin Geraldine.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terletak di Setia Alam, mahligai mewah Dianah Hanani, founder Dians Signature bukan sekadar tempat berteduh tetapi sebuah mahligai impian yang memancarkan ketenangan.