Sejuk perut ibu mengandung dikurniakan seorang anak yang baik dan mengenang jasa. Perkongsian Reen Rahim memberi kejutan istimewa kepada kedua-dua ibu bapa dengan menghadiahkan sebuah kediaman selesa pada awal Mac lalu mengundang rasa sebak warga maya.
Pastinya ramai yang ingin berbuat perkara sama kepada ibu bapa mereka andai satu hari nanti dikurniakan rezeki dan berkemampuan seperti Reen.
Hanya linangan air mata dan ucapan syukur diluahkan ibu pelakon cantik ini saat melangkah masuk ke kediaman baharu. Sehingga kini, video berkenaan meraih lebih 500 ribu tontonan.
Lebih istimewa, rumah yang telah siap diubah suai dan dihias mewah itu diberikan Reen ketika ulang tahun kelahiran ibu tersayang pada 3 Mac lalu. Murah rezeki Reen!
Difahamkan, hasrat untuk menyediakan mahligai buat ibu bapa tersayang terbit ketika kediaman orang tuanya rosak akibat hujan lebat.
Kongsinya, “Bagi yang memang membesar atas duit mak bapak dah stabil masa dia baru lahir, akan rasa benda yang aku buat ni biasa je. Tapi untuk aku yang membesar sederhana, tidak mewah, ini adalah hadiah dari Allah yang sangat-sangat berharga untuk aku dan family.
Adik-adik kat luar sana, beranganlah. Sebab angan-angan itu bukan saja-saja Allah lintaskan dalam hati dan otak kita. Setiap angan-angan kita sebenarnya petunjuk dari Allah untuk kita berdoa meniti jalan dan berusaha untuk capai angan-angan tu.
Jangan abaikan dream yang lalu kat kepala dan hati kita. Pegang dia bawa dia sampai kita sampai kat dia.”
Tambah pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini lagi, “Inilah angan-angan Reen. Dari kecil tengok rumah cantik-cantik dalam TV, dalam majalah. Teringin nak ada semua ni. Dah besar dah kerja, Reen siapkan tempat Reen cantik-cantik selesa macam dalam majalah tu.
Tapi pelik. Dah ada semua tapi hati tak tenang. Reen doa tanya Allah kenapa aku tak tenang. Apa yang aku terlepas pandang Ya Allah.
Satu hari Allah jadikan asbab rumah umi banjir, pokok tumbang. Rupanya itu signal yang Allah sampaikan. Buat I sedar kebahagiaan itu bukan tentang diri sendiri. Bahagia akan datang bila kita bahagiakan orang yang kita sayang.
My first landed house. Reen niat buat cantik-cantik nak umi abah yang duduk situ. Reen nak rumah ni jadi tempat pulang kami adik-beradik. Reen nak rumah ni tempat umi abah relaks menikmati hari tua diaorang.
Jangan persoalkan kenapa aku buat sehabis baik macam aku yang nak duduk sini. Padahal aku tetap duduk rumah lama aku.
Ada quote yang Reen pegang ‘Layan ibu bapamu seperti raja-raja. Allah akan jaga segala urusanmu di dunia dan di akhirat’. Reen sangat yakin dengan itu.
Alhamdulillah tenang yang luar biasa Allah hadiahkan pada Reen dan suami now.”
Bersempena masuk ke rumah baru, ibu Reen turut berpeluang khatam Al-Quran dan sambut hari lahir di samping anak-anak, saudara mara dan kenalan rapat.
MasyaAllah, semoga Allah reda dan memberkati urusan Reen Rahim atas layanan baik yang diberi kepada kedua-dua ibu bapa.
This website uses cookies.