“Menjadi Orang Terakhir Pulang…” Hadir Majlis Ilmu Neelofa, Jasmine Suraya Dalam Diam Dekati Islam

Pelakon Jasmine Suraya Chin yang kini popular dengan drama siri Ratu Tenpin di Astro khabarnya terbuka untuk mendekati lebih dekat agama Islam. Pelakon yang berumur 33 tahun ini dilihat menghadiri majlis ilmu Hijrah Cinta yang diadakan oleh personaliti popular Neelofa baru-baru ini.

“Secara jujurnya, ini boleh dikatakan sebuah perjalanan yang cukup peribadi untuk saya. Hakikatnya, saya kalau boleh nak simpan hal untuk peribadi saja. Saya pun tak berani nak kecoh sangat”, jelas Jasmine lagi.

Hadir secara senyap-senyap, dan memakai penutup muka sentiasa, kehadiran Jasmine itu nyata mengundang respon poritif dari kalangan peminat, selebriti termasuk penganjur dan tuan rumah, Noor Neelofa.

Neelofa menjelaskan, “”Apa yang paling mengejutkan apabila rakan artis bukan Muslim, Jasmine Suraya Chin menyatakan hasrat untuk hadir sama. Dia sendiri mahu datang sebab dia mahu tahu mengenai Islam.”

Menurut Harian Metro, Neelofa sangat berbesar hati menerima kehadiran Jasmine “Dia juga adalah orang terakhir yang meninggalkan majlis. Itu juga adalah majlis ilmu pertama yang dia hadiri. Kebetulan pada penghujung majlis itu ustazah menyebut mengenai kisah orang bukan Muslim yang ada masalah keresahan (anxiety), disuruh berzikir pada Allah,” katanya.

Antara barisan selebriti lain yang hadir seperti Izara Aishah, Wan Sharmila, Ika Nabella, Diana Rafar, Linda Rafar, Zulin Aziz, Kaka Azraff, Bella Astillah, Anita Baharom dan Adriana Adnan.Dalam masa sama, Neelofa berhasrat untuk mengadakan majlis ilmu itu sebulan sekali.

Terdahulu, media ada melaporkan pelakon Jasmine Suraya berkongsi mengenai keinginannya untuk mengetahui lanjut mengenai Islam sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Menerusi komen dan respon yang ditinggalkan, ramai warga maya mengalu-alukan Jasmine untuk terus mendalami Islam. Semoga Jasmin terbuka untuk menerima ajaran agama Islam dalam hidupnya suatu hari nanti.

 

Share
Published by
Wan Firdaus