“Menjaga Kecantikan Satu ‘Investment’!” Qasrina Karim Bongkar ‘Rahsia’ Skincare Routine Miliknya!

Sejak membintangi drama Imam Instant Ustazah Scammer yang cukup fenomena pada tahun ini, si cantik manis Qasrina Karim semakin mendapat tempat di hati para peminatnya dan juga wargamaya dek kerana wajahya yang manis dan ayu. Ramai yang mengidolakan gadis ini kerana keterampilannya yang mudah didekati sopan dan cantik.

Sudah tentu Nonarians teringin untuk mengetahui apakah rahsia kecantikan Qarina, meski pun sedang sibuk membuatkan rakaman drama terbaru.

Kecantikan Satu Investment Besar!

Ditemu bual bersama NONA, Qasrina Abdul Karim menjelaskan dia harus lakukan rutin kecantikannya walaupun sibuk. Katanya, itu merupakan satu investment yang di buat untuk kekalkan kecantikan dirinya.

“Kecantikan ini satu investment jadi saya amat pentingkan penjagaan kulit wajah,

“Walau sibuk macam mana pun, skincare is a must kerana itu satu kepentingan dalam menjaga kecantikan diri.” ujarnya.

Apabila disoal mengenai tip atau bahan alami yang digunakan, Qasrina akui dia mengambil suplemen vit C sahaja untuk kekal bertenaga. Malah, dia juga gemar mengambil buah-buahan sebagai bahan semula jadi untuk tubuh badannya.

“Suplemen yang saya ambil adalah Vit C, tak perlu tambahan yang lain kerana ia cukup berikan kecergasan buat badan sebab sering rasa penat bile shooting,

“Saya juga suka makan buah-buahan seperti blueberry, strawberi dan juga salad. Ia menjadikan diet seimbang untuk tubuh badan dan kulit wajah!” katanya lagi.

Untuk rekod, team NONA menemui Qasrina pada majlis Alhumaira dalam memperkenalkan koleksi ekslusif ‘Sally & Remy’. Pelbagai koleksi tudung yang banyak di inspirasikan dari hasil karya seni Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma.

Sumber: Instagram Qasrina Karim

Share
Published by
Haifa Nasir