Victoria Beckham bersama keluarganya turut menyahut seruan kerajaan di negaranya untuk bersama membantu memutuskan rantaian COVID-19 dengan #DudukDiRumah atau #StayAtHome. Isteri kepada bekas Kapten Bola Sepak England ini, telah melakukan berbagai-bagai cara untuk memastikan mereka sekeluarga kekal positif sepanjang berada di rumah.
Sudah pasti apa yang menarik perhatian adalah melihat keindahan kediaman pasangan sama cantik sama padan ini bersama empat orang anak mereka. Dikatakan kediaman townhouse mereka yang berlokasi di London ini bernilai RM169 juta (£31.5 million).
Biarpun wanita wanita yang popular dengan nama Posh Spice ini bersama suaminya, David Beckham tidak ‘menunjuk-nunjuk’ dekorasi kediaman mereka. Tetapi perkongsian pasangan ini di media sosial, saat menghabiskan masa bersama keluarga mencuri tumpuan peminatnya. Bukan saja gembira melihat kebahagiaan keluarga ini malah dapat melihat sendiri interior kediaman mereka. Kali ini, kita jengah dapur wanita cantik ini.
Victoria Beckham sering digambarkan sebagai seorang wanita yang mempunyai kehidupan yang lengkap. Memiliki rupa paras menawan dan bertubuh langsing walau sudah ada empat orang anak. Malah memiliki suami yang kacak, kaya dan ternama. Tidak cukup dengan itu, David Beckham juga cekap memasak di dapur.
Di samping itu, Victoria Beckham juga mempunyai jenama fesyen tersendiri. Ramai wanita yang ‘cemburu’ dengan apa yang dimiliki oleh wanita British ini dan tidak kurang juga ada yang telah mengangkat salah seorang anggota kumpulan Spice Girl ini sebagai wanita inspirasi.
Biarpun sibuk menyeimbangkan kehidupannya sebagai selebriti, pereka fesyen, ahli perniagaan, isteri dan juga ibu namun Victoria begitu positif melayari kehidupannya. Wanita yang berusia 45 tahun ini telah melancarkan rangkaian kosmetiknya sendiri. Dikatakan produk kosmetik milik wanita yang jarang tersenyum ini menggunakan bahan-bahan semula jadi dan sesuai dengan semua jenis kulit tanpa mengira usia.