Semalam telah berlangsungnya Majlis Istiadat Angkat Sumpah bagi jawatan menteri dan timbalan menteri di Malaysia dan sekali gus melengkapkan senarai jemaah menteri bagi membantu Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui Malaysia di bawah kerajaan baharu.
Antara yang menarik perhatian ramai ialah semestinya perlantikan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 25 sebagai Menteri Belia dan Sukan bagi menggantikan Khairy Jamaluddin yang pernah memegang jawatan ini dari 2013-2018. Perlantikan ini turut mendapat sokongan mantan Menteri Belia dan Sukan itu yang popular dalam kalangan netizen dengan panggilan ‘Abah’. Lepas ni, tak ada lagi lah ‘Abah’.
Syed Saddiq juga mencatat rekod baru dalam sejarah kepimpinan negara apabila menjadi menteri termuda yang diberi tangunggjawab menjalankan tugas sebagai seorang menteri. Rekod sebelum ini pernah di sandang oleh Datuk Seri Najib Razak ketika dilantik memegang jawatan Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada 1978.
“Sukar ingin diungkap perasaan saya detik ini. Amanah yang digalas sangat besar. Rasa kerdil berbanding anggota-anggota kabinet lain yang lebih senior, namun pada masa yang bangga kerana berjaya memecah ‘siling kaca’ perwakilan anak muda dalam barisan kepimpinan negara sebelum ini”,
“Hari ini ialah kejayaan semua anak muda di luar sana, terbukti kita ada ruang di Malaysia Baharu ini,” tulis Syed Saddiq di laman instagram miliknya.
Jutaan tahniah NONA ucapkan kepada Syed Saddiq dan juga menteri-menteri yang lain atas perlantikan sebagai ahli Kabinet 2018.
This website uses cookies.