Baru-baru ini, kes tuntutan mutaah oleh penyanyi Lufya Omar terhadap bekas suami, Dr Hafiz hangat diperkatakan selepas selebriti wanita itu membuat tuntutan mutaah sebanyak RM1 juta di mahkamah.
Ads
Ekoran daripada itu, Dr Che Hafiz yang ditemui bersama isterinya, Julia Farhana Marin mengakui terkejut apabila mendapat notis daripada mahkamah berkenaan hal tersebut setelah tiga tahun berpisah.
Akan tetapi, selain daripada isu tuntutan tersebut, ramai warga maya teruja melihat tindakan Julia yang tetap menyantuni Lufya ketika di mahkamah.
Video yang dikongsi oleh Media Hiburan itu mendapat pujian ramai kerana melihat Julia begitu matang dan enggan menjadikan masalah suami dan bekas isterinya satu penghalang untuk dia berbaik-baik dengan Lufya.
Mengintai ruangan komen, ramai warga mayat memuji tindakan Julia yang begitu profesional kerana bukan senang untuk seseorang merendahkan ego dan bertemu dengan seorang yang jarang berjumpa.
Ads
Dalam satu temubual semalam, Julia Farhana juga mengakui yang sebaika dia akan mengelak untuk bermusuhan dengan sesiapa dan sedaya upaya mahu berbaik dengan bekas isteri suaminya itu.
NONA mendoakan semoga asbab bersalaman ini sekurang-kurangnya dapat menghentikan segala persengketaan dan semoga kedua-dua pihak kembali berdamai.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Situasi yang sering dihadapi oleh ramai wanita… Saya berusia 36 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Sejak anak bongsu saya tidak lagi menyusu (selepas berumur setahun), saya dapati payudara saya semakin kendur dan seolah-olah kosong. Mungkin ini bukan masalah kesihatan tapi saya rasa kurang selesa dengan bentuk payudara saya sekarang.
Saya pohon nasihat doktor apa yang saya harus lakukan untuk mendapatkan semula bentuk payudara saya seperti asal. Saya tidak ingin mencuba pembedahan kerana bimbang akan kesan sampingan…
Payudara yang kendur dan lendut berlaku secara kebiasaannya pada setiap wanita kecuali mereka yang mempunyai saiz payudara yang sememangnya kecil. Payudara tidak mempunyai tisu otot. Ia hanya mempunyai ligament (urat) dan tisu konektif yang memegangnya pada posisinya. Disebabkan usia dan pengaruh graviti, payudara akan secara semula jadi tertarik ke bawah kerana ligamen yang memegangnya juga semakin kendur.
2 sebab utama payudara menjadi kendur ialah:
Proses involusi payudara
Proses ini berlaku apabila kelenjar susu mengecut selepas bersalin/berhenti penyusuan kerana ia tidak diperlukan lagi. Apabila hamil dan menyusu, saiz payudara menjadi semakin besar dan berat. Ini akan membuatkan payudara tertarik dan melendut ke bawah akibat pengaruh graviti. Ketika ini amat penting untuk wanita menjaga payudara dengan mengenakan coli yang menyokong tambahan berat dan saiz payudara tersebut. Kelenjar susu turut mengecut apabila paras estrogen semakin menurun dan rendah terutamanya selepas berusia 35 tahun sehingga menopaus apabila payudara wanita tidak lagi dipengaruhi oleh hormon estrogen yang memberi bentuk dan saiz payudara.
Kehilangan berat badan
Menjadi kurus terutamanya jika berlaku secara mendadak akan membuatkan sel lemak di payudara hilang dan menyebabkan payudara kelihatan seperti kosong dan kendur.
Punca payudara Puan kendur dan melendut ialah disebabkan oleh faktor gabungan, iaitu proses involusi berserta pengurangan berat badan selepas hamil. Sebab lain yang juga amat penting ialah penurunan hormon estrogen yang didapati amat ketara bermulanya usia 35 tahun sehinggalah usia putus haid. Kandungan kolagen yang semakin berkurangan dengan usia juga menyebabkan payudara hilang keanjalannya. Di samping itu, kemungkinan cara penjagaan payudara Puan turut mempengaruhi bentuknya sekarang. Untuk mengatasi masalah Puan saya syorkan:
Melakukan senaman otot dada
Walaupun payudara tidak mempunyai otot, akan tetapi dengan menguatkan otot dada (pektoralis) di bawah payudara akan memberi bentuk dan menyebabkan payudara kelihatan menonjol. Senaman yang disyorkan adalah seperti ‘push-ups’ dan senaman merapatkan kedua belah telapak tangan daripada posisi menyayap.
Memakai coli yang bersesuaian
Saiz coli yang menyokong, menaikkan dan memberi keselesaan amatlah penting bagi mengekalkan kedudukan payudara agar tidak mudah melendut.
Mengekalkan berat badan yang bersesuaian
Jika Puan terlalu kurus, saya syorkan untuk memakan makanan yang nutrisi tinggi bagi mencapai berat badan yang optimum. Ia akan mengisi semula bahagian payudara yang kosong itu dengan sel lemak yang akan memberi bentuk kepada payudara.
Meminum air yang mencukupi
Meminum air 8 gelas sehari amat penting bagi mengelakkan kedutan kulit dan memberikan kelembapan yang sempurna kepada kulit payudara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenama tenusu, Fernleaf menyumbangkan sebanyak 500 kilogram (kg) susu tepung kepada kanak-kanak di 10 buah rumah amal, bermula dengan Agathians Shelter di Petaling Jaya hari ini. Kerja amal ini adalah hasil daripada kempen Goodness Feeds Greatness Fernleaf yang telah bekerjasama dengan rakan perniagaannya, Mydin untuk menyeru kepada para pembeli untuk menyokong usaha jenama tersebut dalam menyumbangkan kelazatan dan nutrisi susu kepada kanak-kanak yang memerlukannya.
Bermula daripada 15 Oktober hingga 15 November lalu, Fernleaf menjemput para pengunjung Mydin untuk menyokong kebaikan dan usaha jenama tersebut dalam menyediakan nutrisi dan pemakanan susu kepada kanak-kanak tersebut. Bagi setiap pek susu tepung Fernleaf yang dijual di Mydin sepanjang tempoh tersebut, 50g tenusu penuh nutrisi akan disumbangkan kepada kanak-kanak di rumah amal yang terlibat dan pusat perlindungan di seluruh negara.
Encik Jose Miguel Porraz-Lando, Pengarah Pengurusan bagi Fonterra Brands Malaysia & Singapore, berkongsi tujuan di sebalik sumbangan amal syarikat tenusu ini: “Setiap impian besar bermula dengan langkah yang kecil – kata-kata positif serta dorongan dari keluarga, rakan-rakan, orang tersayang, dan terutamanya dari dalam diri sendiri memainkan peranan penting dalam membantu kita dalam perjalanan mencapai kecemerlangan.”
Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Binti Mohd, Pengarah Mydin Mohamed Holdings Bhd turut meluahkan keterujaannya dalam membantu kanak-kanak kurang bernasib baik ini untuk berusaha ke arah kecemerlangan. “Sebagai ibu bapa, impian terbesar kita adalah untuk melihat anak-anak kita cemerlang dan mencapai impian mereka. Antara tanggungjawab paling penting yang wajar kita penuhi adalah untuk memberikan mereka nutrisi terbaik dan Fernleaf dapat membantu daripada aspek tersebut”.
Sembilan lagi rumah yang selebihnya adalah Asrama Damai Rumah Anak-anak Yatim Kuang di Rawang, Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah di Klang, Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) di Seremban, Vision Home di Ipoh, Rumah Anak-Anak Yatim Islam Jasin di Melaka, Chrystal Home di Perak, Villa Paulos di Johor, Rumah Amal Permata Hatiku di Kuala Lumpur dan Sinar Ceria Care Centre di Pulau Pinang. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara jelita, Dynas Mokhtar berkongsi berita gembira di Instagram peribadinya bahawa dia telah selamat melahirkan cahaya mata keempat pada 27 Mei 2023 yang lalu.
Menerusi hantaran tersebut, Dynas berkongsi satu foto dengan kapsyen ringkas: –
“Ketentuan Ilahi… Alhamdulillah. MasyaAllah a baby girl for us.”
Dynas meluahkan kesyukuran setelah selamat menimang cahaya mata perempuan namun belum mendedahkan wajah serta nama bayinya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti serta para pengikutnya menitipkan ucapan tahniah buat Dynas dan suami.
Untuk info, Dynas mendirikan rumahtangga dengan ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din pada April 2018.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Edriel Obil yang kini berusia 3 tahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 12 dan Mohamed Haqaish, 9.
Kredit Foto: Instagram Dynas Mokhtar
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...