Meremang Bulu Roma, Lagu Baru Dato’ Sheila Majid Buat Ramai Sebak – Teringatkan Jasa Frontliners!

Pertama kali dengar alunan lagu ‘Wira Hatiku’ di YouTube, jiwa terusik dan air mata berlinangan. Memang hebat vokal Dato’ Sheila Majid, didendangkan cukup gemersik berpadu kemas dengan alunan muzik dari Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) menusuk jauh ke sanubari.

Sebenarnya ini bukanlah penampilan pertama artis bertaraf antarabangsa itu membuat persembahan di MPO. Dato’ Sheila Majid pernah mencipta sejarah sebagai penyanyi Malaysia pertama membuat persembahan di pentas gah Menara Berkembar Petronas.

“Terima kasih…. Terima kasih…” para petugas barisan depan, jasamu dikenang ke akhir nyawa. Inilah antara bait-bait lirik dalam video muzik ‘Wira Hatiku’ – lagu tema filem Juang yang didedikasikan buat para petugas barisan hadapan.

Tampil elegan dalam dress labuh rona merah jambu, Dato’ Sheila Majid yang dikenali sebagai Ratu Jazz Malaysia berdiri di tengah pentas dengan jiwanya yang besar. Karakter wanita berusia 57 tahun itu cukup menepati konsep filem yang bertemakan patriotik itu.

Juang yang dibarisi pelakon seperti Zizan Razak, Janna Nick, Izzue Islam, Sangeeta, Zul Ariffin dan ramai lagi akan menemui penonton pada 8 September 2022.

 

******************************

Suka tengok dress merah jambu Dato’ Sheila Majid pakai tu. Lagi cantik kalau pakai sekalung rantai emas macam ni (klik

) dan guna kod promo khas untuk followers Nona iaitu NONGSP5. Barulah elegan!

******************************

 

 

Diberi judul ‘Wira Hatiku’, lagu dengan lirik dan komposer dari Rynn Lim ini merupakan sebuah dedikasi yang ditujukan khas buat semua para pejuang yang telah berkorban menentang virus COVID-19.

Pembabitan Dato’ Sheila Majid meminjamkan suara emasnya dalam projek ini adalah sebuah pengiktirafan bukan sahaja untuk produksi Juang, tetapi juga menghargai frontliners yang banyak melakukan pengorbanan demi memastikan setiap satu rakyat dan negara kita berada dalam keadaan terbaik.

‘Wira Hatiku’ yang diterbitkan oleh Cheng Lee dan Elaine Soong kemudian dirakamkan secara orkestra oleh Peter Chong dengan bantuan Hep Kim Fai dan Chong Soon Jet. Rakaman serta mixing

juga dari Peter Chong dan mastered oleh Cheng Lee @ Prodigee Studio.

Jom dengar sendiri lagu ‘Wira Hatiku’ ni… Sebak!

 

Muzik video ‘Wira Hatiku’ tajaan Cuckoo, Dutch Lady, Ogawa bersama beberapa penaja lain, dirakamkan dalam dewan Filharmonik disulam dengan adegan yang meruntun jiwa cukup melahirkan rasa patriotisme buat penonton, apa lagi mengenang bukan mudah kehidupan yang diharungi saat pandemik tanpa bantuan dan sokongan para frontliners.

Share
Published by
Norzalina