Kehebatan Dato’ Seri Dr. Farah Khan dalam arena fesyen tidak perlu disangkal lagi. Berjaya membina empayar yang besar dan memiliki jenama fesyen sendiri telah merentas horizon dunia, tidak salah menggelarnya ratu fesyen negara.
Dalam setiap gerak langkahnya ada sahaja pembaharuan yang dilakukan dalam memastikan industri fesyen tempatan disajikan dengan perkara baharu.
Di bawah empayar The Melium Group terdapat lebih 100 jenama antarabangsa yang ditawarkan, antara jenama-jenama terkenal dengan butik fizikal yang bertapak di Malaysia khusus untuk pencinta fesyen tempatan adalah seperti Givenchy, Max Mara, Roger Vivier, Hacket London, Aigner serta banyak lagi.
Selain itu Dato’ Seri Dr. Farah Khan turut mengilhamkan sebuah butik multi jenama yang dikenali sebagai M Pavilion yang menampilkan antara jenama seperti Alaia, Victoria Beckham, Jonathan Simkhai dan Roland Mouret.
Dato’ Seri Dr. Farah Khan tidak lupa dengan identitinya sebagai seorang pereka fesyen. Pada tahun 2007 beliau melancarkan jenama dengan namanya sendiri iaitu Farah Khan.
Baru-baru ini Dato’ Seri Dr. Farah Khan bersama-sama The Melium Group telah meraikan ulang tahun Fesyen ke-30. Bukan suatu jangka masa yang mudah dan menandakan keteguhan jenama ini dalam memperkasakan industri peruncitan gaya hidup dan fesyen mewah di tanah air.
Sambutan ulang tahun ini telah diraikan dalam pertunjukan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Fashion Week – KLFW) yang bertempat di Pavilion KL baru-baru ini.
Pembukaan pertunjukan fesyen dimulakan dengan testimoni video dari Dato’ Seri Dr. Farah Khan sendiri diikuti Friends of Melium Walk, antaranya Zahida Rafik, Datin Azila Caramella, Dato’ Emma Ibrahim, Dini Schatzmann, Dato’ Jasmien Raj, Tengku Siska Alisa dan Kavita Kaur berjalan secara eksklusif di pentas peragaan.
Kemeriahan malam itu diteruskan dengan pertunjukan fesyen label The Melium Group seperti Aigner, Balmain, Hackett London, Max Mara dan jenama terkenal yang lain. Dato’ Seri Dr. Farah Khan turut mempamerkan jenamanya sendiri dengan tema Jean-Michel Basquiat. Tahniah The Melium Group atas ulang tahun ke-30!
This website uses cookies.