Wah, Nona tumpang gembira bila dapat tahu adik bongsu kepada Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida iaitu Betty Rahmad bakal melangsungkan pernikahan pada Ahad ini, 4 Februari. Makin bertambah besarlah ahli keluarga adik-beradik berdarah seni ini nampaknya. Menjelang hari bersejarah tersebut, Betty yang berusia 36 tahun turut diraikan dalam upacara bersiram dan berinai semalam bersama bakal teman hidupnya, Ardy Damis. Berdasarkan foto yang dikongsi Betty di Instagramnya semalam, bakal raja sehari itu kelihatan cukup menawan dalam persalinan indah bertemakan tradisional Melayu.

IKLAN

Meriahnya Majlis Berinai & Bersiram Adik Bongsu Erma Fatima & Umie Aida, BETTY RAHMAD!

Lengkap berkebaya songket merah hati Salikin Sidek, berdokoh dan bersanggul, pelakon yang pernah membintangi drama Adam dan Hawa ini nyata memukau pandangan hadirin yang datang. Khabarnya, majlis bersiram dan berinai berkenaan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga serta kenalan rapat pasangan saja.

Antara rakan artis yang meraikan Betty dan Ardy termasuk Nora Danish, Nedim Nazri, Bella Dally, Azira Shafinaz, Iqram Dinzly, Intan Ladyana, Liyana Jasmay, Uqasha dan Nelydia Senrose serta Tiz Zaqyah.

Meriahnya Majlis Berinai & Bersiram Adik Bongsu Erma Fatima & Umie Aida, BETTY RAHMAD!

IKLAN

Meriahnya Majlis Berinai & Bersiram Adik Bongsu Erma Fatima & Umie Aida, BETTY RAHMAD!

Menurut adat resam orang dulu-dulu, bakal pengantin akan mengadakan beberapa adat tradisi seperti bersiram, berinai dan khatam Al-Quran sebelum majlis pernikahan berlangsung. Acara bersiram misalnya diadakan sebelum hari pernikahan dan dilakukan di kebanyakan tempat di Malaysia dengan tujuan menaikkan seri pengantin. Antara pasangan selebriti yang pernah mengadakan majlis serupa seperti Betty adalah Lisa Surihani, Nina Sabrina Ismail Sabri dan Mawar Rashid.

IKLAN

Mengimbas kembali detik perkenalan Betty dan Ardy, pasangan ini mula mengenali sejak empat tahun lalu sebelum memutuskan untuk mengikat tali pertunangan pada 15 Oktober 2017. Harapan Nona agar perkahwinan mereka berdua dipermudahkan dan berkekalan hingga ke syurga.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI