Meriahnya Syawal LANA NODIN Tahun Ni, Tengah Hamil Anak Kedua Pula Tu!

Seronok tengok ibu-ibu yang sedang berbadan dua hari raya ni. Nampak comel je.. tak terkecuali selebriti popular, Lana Nodin. Dalam diam, rupa-rupanya isteri Mohd David McKienzie ni tengah mengandung. Pandai sorok perut ya! Kalau Lana tak upload gambar raya dengan baby bump tu mesti ramai yang masih tak tahu dia sedang hamil anak kedua.

Sampaikan ada di kalangan rakan artis pun terkejut dan tak tahu tentang kehamilan Lana. Sebaik mengetahui yang pelakon berbakat ini tengah berbadan dua, ramai yang ambil peluang mengucapkan tahniah kepada Lana dan suami. Antara artis yang melahirkan rasa gembira dengan berita tersebut termasuk Azza Elite dan Datin Anne Ngasri serta para peminat.

Kecil dan comel je perut ibu bertubuh genit ni.

Menyambut hari raya di Kuala Lumpur bersama keluarga tersayang, Lana khabarnya berada di ‘kampung halaman’ David di USA sejak berangkat pulang ke sana pada Selasa lalu. Untung empunya badan, bukan saja dapat bertemu dan beraya dengan keluarga mentua, dapat pergi melancong sekali.

Lebaran tahun ini Lana sekeluarga memilih busana raya sedondon berwarna pic. Cukup manis digayakan pada pagi 1 Syawal lebih-lebih lagi melihat penampilan David yang segak berbaju melayu lengkap bersongkok dan bersamping. Walaupun baru tiga tahun bergelar Muslim dan menyambut hari raya, tapi suami kesayangan Lana ini sedikit pun tak kekok dan teruja meraikan hari raya bersama-sama.

Paling mencuit hati, reaksi David ketika memohon maaf dan bersalaman dengan ibu bapa Lana di pagi raya. Terserlah kerendahan hati lelaki ini untuk mempelajari dan mendalami selok-belok budaya serta adat orang Melayu.

Lana dan David mendirikan rumah tangga pada tanggal 15 Mei 2015 dan hasil perkongsian hidup bersama, pasangan romantik ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Gia Quinn McKenzie yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Instagram Lana Nodin

Share
Published by
Suzi