Berdasarkan statistik MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, peratusan sebanyak 25 ke 85% wanita yang baru bersalin berisiko tinggi mengalami gangguan emosi. Angin meroyan lazimnya akan berlaku pada beberapa hari selepas bersalin dan memuncak pada hari kelima.
Tempoh berpantang selepas bersalin merupakan detik yang amat penting bagi setiap wanita yang baru melahirkan zuriat. Perubahan bentuk tubuh, rutin harian dan tugas di pejabat boleh menyebabkan para ibu menjadi tidak keruan sehingga ada yang menderita akibat tekanan emosi seumur hidup.
Wanita yang mengalami masalah postnatal depression atau meroyan ini sering kali akan menghadapi masalah sukar untuk tidur dan cepat penat. Mereka bukan sahaja berasa rendah diri dan mudah berasa marah malah ramai di antara wanita yang mengalami angin meroyan tidak menyedari ia adalah satu penyakit.
Punca-Punca
Faktor yang paling jelas mengaitkan penyakit ini dengan keadaan ibu baru bersalin adalah disebabkan perubahan hormon. Meskipun begitu, terdapat beberapa punca-punca lain yang menyebabkan ibu baru bersalin dilanda kemurungan.
Antaranya berasa kecewa terhadap anak yang dilahirkan seperti tidak sempurna, bukan jantina yang diinginkan, bimbang tidak dapat menyusukan bayi dan berasa tertekan kerana kehadiran bayi yang memerlukan si ibu sentiasa berjaga pada waktu malam.
Berikut adalah beberapa simptom meroyan yang sering dikaitkan dengan ibu bersalin.
Alternatif Rawatan
Buat bakal ibu, persediaan paling penting sebelum menimang cahaya mata terletak pada kekuatan emosi dan mental anda. Tingkatkan pengetahuan tentang perawatan bayi, kesihatan diri sebelum dan selepas melahirkan di samping bersedia menerima sebarang kemungkinan yang akan berlaku kelak.
Tidak dinafikan wanita yang mengalami tekanan ini juga boleh dipulihkan melalui sesi kaunseling bersama ahli keluarga termasuk suami, ibu mahupun adik-beradik yang lain. Selain itu, para ibu turut disaran agar mendekatkan diri dengan Allah agar terhindar daripada situasi yang tidak diingini.
Ibu yang baru bersalin juga harus belajar untuk merawat diri mereka dengan mempraktikkan cara tidur, dandanan rambut dan amalan kesihatan sepanjang berpantang.
(a) Posisi tidur selepas bersalin
(b) Pakaian selepas bersalin
(c) Menjaga penampilan diri
This website uses cookies.