Peningkatan kes positif COVID-19 ketika ini amat membimbangkan namun Penasihat kepada YAB Perdana Menteri Untuk Hal Ehwal Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dalam mesej khasnya berkata ada sinar yang bakal menanti demi memutuskan rantaikan pandemik ini.
Ads
Menurut wanita yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perubatan dan terlibat secara langsung dalam kerja-kerja kemanusiaan di peringkat nasional mahu pun antarabangsa ini “Kerajaan Malaysia telah pun berjaya memperolehi vaksin.
Bermula Februari 2021 kita akan menerima penghantaran vaksin secara berperingkat dan akan memulakan proses vaksinasi dibahagi ke 3 fasa,” bicara Dr Jemilah tentang vaksin COVID-19 melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Tambahnya lagi, “Vaksin yang dibeli adalah berkesan dan selamat. Vaksin yang diperolehi dari Pfizer & Astra Zeneca yang telah diuji kepada puluhan ribu orang sebelum diluluskan di negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kesatuan Eropah. Kerajaan akan beri vaksinansi ini secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia. Semakin ramai divaksinasi semakin sukar virus merebak,” ujar Dr Jemilah.
Tan Sri Dr Jemilah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dilantik sebagai Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ads
Tan Sri Dr Jemilah bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri mengenai dasar dan inisiatif berkaitan Kesihatan Awam. Selaras dengan perlantikannya, Tan Sri Dr Jemilah berazam untuk bekerjasama dengan semua agensi dan kementerian termasuk sektor swasta bagi memastikan Malaysia menerajui sistem penjagaan kesihatan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Meghan Markle kini menjadi sebutan ramai khususnya wanita seluruh dunia lantaran berjaya memiliki hati seorang putera raja. Tersarung sudah di jari manisnya cincin pertunangan yang telah direka khas. Perkahwinan antara wanita berusia 35 tahun dan pewaris ketiga takhta diraja Britain ini bakal berlangsung pada 19 Mei 2018.
Siapa sebenarnya Meghan Markle atau nama sebenarnya, Rachel Meghan Markle? Apa istimewanya wanita ini sehingga berjaya mengetuk pintu hati sang putera yang berusia 33 tahun untuk memilihnya sebagai suri di hati? Ternyata usia bukan penghalang buat pasangan ini untuk menggapai bahagia bersama.
AKTIVIS
Meghan Markle mewarisi sikap keprihatinan yang tinggi sebagai seorang aktivis daripada ibunya yang telah membuka mata terhadap isu kemiskinan. Sejak kecil Meghan Markle sering dibawa ibunya ke pelbagai daerah seluruh dunia bagi melihat sendiri realiti kehidupan masyarakat. Pada tahun 2016 Markle menjadi Duta Global untuk World Vision Kanada bagi melaksanakan misi kemanusiaan di Rwanda.
PERNAH BERKAHWIN
Meghan Markle pernah berkahwin dengan seorang penerbit filem, Trevor Engelson. Namun perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan selama dua tahun. Maka, perkahwinannya bersama Putera Harry bukanlah yang pertama.
SEORANG PENULIS
Sebelum mengenali Putera Harry, sekitar tahun 2014 Meghan Markle aktif menulis artikel di blog gaya hidup, The Tig berkenaan fesyen, kecantikan, percutian dan kulinari. Namun kini Meghan Markle terpaksa āmelepaskannyaā dan menulis surat buat para pembaca bagi mengungkapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menemani perjalanan jurnalistiknya selama tiga tahun.
BERDARAH CAMPURAN EROPAH-AMERIKA
Bapanya berketurunan Belanda-Ireland sementara ibunya berdarah Afrika-Amerika. Ternyata, dalam dirinya mengalir berbagai budaya yang dibawa oleh ibu dan bapanya.
KETURUNAN SASTERAWAN SHAKESPEARE
Selain terkenal sebagai aktres, Meghan Markle juga seorang model, blogger serta aktivis. Meghan Markle juga merupakan keturunan sasterawan Inggeris tersohor iaitu Shakespeare. Ia menggambarkan Meghan Markle umpama ditakdirkan untuk ākembaliā kepada akarnya sebagai seorang berketurunan Inggeris asli. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Haa.. ini antara situasi yang sering membelenggu pasangan yang baru berkahwin. Pada mulanya hendak tunggu tugasan di pejabat semua selesai atau menanti tiket penerbangan yang murah. Tapi akhirnya terpaksa berbulan madu di rumah saja sebab isteri sudah mula hamil anak pertama.
Bagi anda yang sedang hamil, jangan sekat kemahuan anda dan risau untuk bercuti bersama suami kerana pada saat kehamilan seperti inilah anda patut nikmati pemandangan dan udara segar. Bukan saja baik untuk diri dan emosi si ibu. Tapi lebih bermanfaat untuk perkembangan bayi yang dikandung. Pun begitu, jika usia kandungan sudah melewati lima bulan seelok-eloknya anda sabar menanti untuk percutian seterusnya.
MINTA NASIHAT DOKTOR
Adalah wajar bagi anda untuk melakukan pemeriksaan kandungan dan mendapat KEIZINAN daripada doktor bertauliah sebelum pergi bercuti. Maklumkan kepada doktor mengenai maklumat perjalanan yang dirancang dan minta surat rujukan mengenai keadaan terkini kehamilan anda. Dokumen ini amat berguna terutama ketika menaiki kapal terbang. Ingat! Bawa bersama buku kehamilan sekiranya anda mengalami masalah dan memerlukan rawatan doktor di destinasi percutian.
PERIKSA PENERBANGAN
Kehamilan bukan penghalang kepada si ibu untuk bercuti melalui penerbangan. Namun, harus diakui kebanyakan syarikat penerbangan mempunyai syarat tertentu untuk wanita hamil. Misalnya, kandungan yang mencecah usia 35 MINGGU dan ke atas tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat. Kebiasaannya, jika usia kehamilan 28 minggu sehingga 34 minggu, anda memerlukan surat pengesahan doktor dan mengisi surat akuan. Pastikan juga anda mengambil vaksin perjalanan sekiranya destinasi pelancongan yang akan anda kunjungi memerlukan pengambilan vaksin.
PAKAIAN YANG SESUAI
Pastikan anda membawa pakaian yang sesuai dengan keadaan dan cuaca di destinasi yang ingin dituju. Sebaik-baiknya, pakai pakaian yang LONGGAR, SELESA dan MENYERAP PELUH supaya mudah bergerak dan menikmati percutian dengan tenang. Pemakaian kasut rata dengan sokongan tulang belakang adalah pilihan sepatu yang sangat tepat untuk ibu hamil. Elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi.
JAGA PEMAKANAN & MINUM AIR KOSONG
Ibu hamil perlu peka terhadap jadual pemakanan mereka. Untuk itu, pastikan MAKANAN BERKHASIAT seperti buah-buahan kering dan kepingan bijirin sentiasa ada di dalam beg bimbit. Ini bagi mengelak rasa loya dan pitam sekiranya ibu hamil lambat makan. Selain menjaga pemakanan, pastikan juga anda mengambil AIR KOSONG secukupnya supaya tubuh badan kekal bertenaga.
JAUHI AKTIVITI LASAK
Kebenaran untuk bercuti yang diberikan oleh doktor tidak bermakna anda boleh lakukan pelbagai aktiviti sepanjang percutian. Sentiasa beringat agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti lasak terutamanya seperti meluncur air, menunggang kuda atau menaiki permainan āroller coasterā. Ini kerana pergerakan cepat dan kuat yang terhasil daripada aktiviti tersebut boleh mengganggu kandungan anda. Begitu juga aktiviti mandi-manda di kolam air panas atau sauna yang perlu dielakkan ibu hamil kerana tahap kepanasannya yang boleh menjejaskan kandungan.
SENAMAN MENGUATKAN OTOT LANTAI PELVIK
Posisi berdiri
Berdiri sambil mencekak pinggang
Tahan nafas selama lapan ke sepuluh saat.
Hembus nafas. Pastikan kemutan otot dilakukan sebelum dilepaskan.
Posisi baring
(Cara pertama)
Berbaring dengan mengangkat punggung sedikit ke atas.
Sambil berbaring, angkat punggung lebih tinggi.
Kemudian, kemut selama lapan ke sepuluh saat sebelum melepaskan kemutan otot.
(Cara kedua)
Baring dengan merapatkan betis ke paha.
Angkat kaki rapat ke perut sambil mengetatkan otot selama lapan ke sepuluh saat sebelum melepaskan kemutan.
Tegakkan lutut dan angkat tangan hingga mencapai lutut seterusnya lakukan kemutan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bercampur baur perasaan hari ni. Marah, geram, sakit hati dan sedih. Tak tahu nak cakap macam mana. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan seorang ibu terpaksa mendukung anak buat kali terakhir, tidak bernyawa dan mahu dipulangkan kepada penciptanya. Kali pertama adalah pada saat kelahiran bayi itu yang didukung dengan pandangan penuh kasih sayang.
Pasti tidak dapat digambarkan perasaan gembira seorang ibu kerana dapat melahirkan anak yang dinantikan walaupun terpaksa menanggung kesakitan ketika dalam proses melahirkan. Kehadiran anak sebagai pengikat kasih sayang antara suami isteri dan memberi 1001 makna dalam kehidupan mereka.
Namun, siapa sangka semuanya berubah dalam sekelip mata apabila anak yang baru 5 bulan menjenguk dunia pergi dengan keadaan yang tragis.
Ini yang terjadi kepada ibu dan bapa Adam Rayqal bayi yang berusia 5 bulan ditemui mati dibungkus di dalam beg hijau dan disorok di dalam peti ais bahagian sejuk beku oleh pengasuhnya sendiri.Ā Ya Allah, apa yang ada di fikiran pengasuh wanita itu? Ini anak orang, bukan anak ayam!
Motif kejadian masih menjadi tanda tanya dan laporan bedah siasat mendapati punca kematian bayi itu disebabkan pendarahan dalaman dan retak tempurung kepala. Zalimnya sikap pelaku ni. Apa salah bayi tersebut sehingga diperlakukan begitu?Sampainya hati.
Adam dikatakan baru seminggu dipelihara oleh pengasuhnya itu di Kampung Nakhoda, Batu Caves. Segala-galanya terbongkar apabila pengasuhnya mendakwa Adam dilarikan lelaki tidak dikenali.
Bagaimanapun, menurut polis keterangan pengasuhnya itu meragukan lalu membawa penemuan mayat Adam apabila pengasuh itu sendiri menunjukkan lokasi mayat Adam disorokkan.
Apa yang buat hati ini tersentuh apabila ibu kepada Adam ada. Meluahkan rasa sedih di laman facebook miliknya.
“Adam sayang… Sejuk ya dalam peti tu.. Tak apa sayang nanti masuk syurga semua indah-indah yang Adam dapat.”
Mayat Adam disolatkan di Masjid Ladang Kuala Terengganu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Lam. Al-Fatihah.
Sumber: facebook Farah Madi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda āAbdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...