Kecantikan

Meski Bergelar Ibu Kepada Empat Cahaya Mata, Adira Suhaimi Tak Culas Bab Kecantikan! Rajin Buat..

Setiap selebriti pasti ada rahsia tersendiri untuk kelihatan cantik dan berpenampilan menarik setiap kali berada di luar atau majlis tertentu. Maklumlah ada di antara selebriti ini yang menjadi idola kepada peminat mereka.

Malah perkembangan artis ini akan diikuti oleh peminat mereka melalui laman sosial seperti instagram, facebook atau tweeter. Salam seorang artis yang juga menjaga kecantikan wajahnya adalah penyanyi kelahiran Sabah, Adira.

Seperti yang kita maklum, dia antara artis yang memiliki kulit putih melepak dan tanpa solekan tebal juga dapat menyerlah kejelitaan sebenar ibu kepada empat cahaya mata ini.

Menurut adira dia tidak perlukan suntikan pada wajahnya sebaliknya mengamalkan 5 cara ini untuk kekal anggun, cantik dan berwajah mulus. Dia juga sebenarnya dikurniakan kulit yang cerah sejak kecil.

Jom kita intai regim penjagaan wajah Adira yang cukup sinonim dengan jolokan ‘Snow White Malaysia’ dek kerana wajahnya yang putih, halus dan gebu itu.

Adira percaya dengan quote ‘you are what you eat’. Adira sangat cerewet dalam memilih makanan serta mengamalkan diet yang betul. Ini lima rahsia Adira kongsikan untuk kekalkan kulit putih dan cantik

1. Sapu Krim Untuk Kelembapan Kulit

Tidak dinafikan krim pelembap sangat penting untuk kulit sama ada untuk wajah dan tubuh. Kulit kita sentiasa memerlukan lembapan. Jika kulit kekal lembap, sekali gus kulit anda akan kekal cantik. Jangan sesekali biarkan kulit kering kerana akan menyebabkan masalah menggelupas. Carilah krim bersesuaian untuk disapu sama ada sebelum ke tempat kerja atau ketika mahu tidur.

2. Jaga Diet Yang Seimbang

Jangan terlalu rakus memilih makanan yang digemari tanpa mengetahui khasiat di sebaliknya. Sebaliknya pilih pemakanan yang sihat. Lebih elok amalkan pengambilan makanan yang direbus, kurang minyak dan juga bakar. Sangat baik untuk kesihatan kulit anda.

3. Tidak Lupa Ambil Air Kosong Untuk Kulit Bercahaya

Sangat penting mengambil air yang cukup setiap hari. Pengambilan ai boleh mengelakkan masalah dehidrasi dan juga penting untuk kelempaban kulit.  Jika tubuh anda cukup air, kulit akan jadi lebih sihat dan bercahaya. Pastikan ada botol berisi air kosong yang dibawa ke mana-mana sahaja.

4. Sangat Pentingkan Diet Sihat & Makan Buah-Buahan

Selain pemakanan yang sihat, pengambilan buah-buahan kaya dengan serat dan antioksidan yang ternyata baik untuk tubuh dan kesihatan kulit. Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C misalnya oren memang menjadikan kulit anda cantik sekali gus mencerahkan kulit. Seeloknya makan buah sebelum mengambil pemakanan berat.

5. Rajin Buat Rawatan Badan & Wajah

Jika mampu tidak salah rawatan kecantikan ‘top to toe’ di salun. Jika tidak boleh anda lakukan sendiri di rumah menggunakan bahan alami semula jadi. Carian di internet akan memberi pelbagai informasi atau petua alami yang diamalkan orang dulu-dulu. Misalnya membuat masker daripada ketulan kiub tomato.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista

Sumber: Hanasuva & Instagram Adira Suhaimi

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!

Share
Published by
Haifa Nasir