Siapa Shaniena Natasha? Kenapa namanya baru-baru ini cukup tular di media sosial? Ya, Shaniena usahawan bukan muslim yang anggun dan jelita ini raih perhatian apabila mendedahkan walau sudah berjaya sebagai seorang usahawan, dia tidak akan pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang peniaga.
Manakan tidaknya, menerusi hantaran di laman Instagram Tik Toknya, Shaniena berkongsi rutinnya yang tidak pernah lupa untuk membayar zakat pendapatan berjumpah RM11,000 dengan niat ingin membantu golongan yang memerlukan.
“Di sebalik Niena yang korang nampak huru heyhey ni, Niena takkan pernah lupa tanggungjawab untuk golongan yang memerlukan termasuklah kepada negara dan fakir miskin. Dan Niena takkan lupa tanggungjawab sebagai peniaga, tanggungjawab kita semua kepada negara,” tulis Niena.
Walau baru berumue 20 tahun, usahawan kosmetik produk Omputeh dan NIENA BEAUTY ini juga sempat menasihati rakan-rakan usahawan dan peniaga lain untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab.
Selain itu, Niena turut berkongsi yang kehadiran suaminya yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam dunia bisnes menjadi asbab kepada kejayaan yang dikecapinya.
“Walaupun selepas kahwin, kami berdua belum pergi bulan madu lagi, fokus kerja ja. Bulan lima sampai bulan tujuh kami sibuk dengan produk ja.Dua hari selepas kahwin, lancarkan produk meniaga bagi nak rak, Alhamdulillah produk berjalan dengan lancar.”
Di ruangan komen, rata-rata ramai yang memuji tindakan Shaniena dan berharap ramai usahawan terutama sekali usahawan-usahawan muda mencontohi tindakan Shaniena yang tak lokek berkongsi rezeki.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***