Inspirasi

Meski Punyai Segalanya, Namun Masih Tak Puas! MIZZ NINA Titip Pesan Buat Wanita Gapai ‘Ketenangan Hati’

Sebut sahaja nama Shazrina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina pasti ramai mengenalinya kerana namanya pernah gah di persada antarabangsa sebagai penyanyi dan penulis lagu, satu ketika dahulu.

Kini sejak sekian lama melakukan penghijrahanya, berhijab dan menutup aurat sepenuhnya. Pereka fesyen yang juga ahli perniagaan dan usahawan di Malaysia ini banyak menghabiskan masa untuk mendalami ilmu agama dan menyertai majlis-majlis ilmu yang ada di Malaysia.

Mizz Nina Akui Dia Kini Sedang Mencari Erti Hidup!

@menjadidewasa.my Mizz Nina mencari makna hidup #menjadidewasa #tentanghidup ♬ Night Trouble – Petit Biscuit

Malah, menerusi sebuah muatnaik video yang dikongsikan menerusi akaun pengguna @menjadidewasa.my di aplikasi Tik Tok baru-baru ini Mizz Nina telah berkongsikan pengalamannya dalam mencari erti kehidupan yang sebenar.

“Saya kejar banyak benda dalam kehidupan saya dahulu, dari budak kecil yang memenangi banyak pertandingan sehingga memenangi anugerah, buat album kesemuanya, saya terus kejar menang dan menang lagi kemudian saya mempersoalkan apa lagi yang perlu dikejar?” katanya.

“Saya menang award dan lakukan semula kemudian manusia menyokong apa yang saya lakukan. saya tak rasa tenang hati serta tak rasa kepuasan,” tambahnya lagi.

@menjadidewasa.my Replying to @zinnnnnnns ♬ Healing Song – Piano Peace

Selain itu, Mizz Nina berkata perkara itu yang membuatkan dia gembira dan seronok sebelum ini. Bagaimanapun, setelah acapkali melakukan perkara sama, dia mula merasa bosan hingga nekad dan mengambil keputusan untuk meninggalkan semua keseronokkan itu dan memutuskan untuk berhijrah demk mendalami erti sebenar kehidupan serta mendambakan ketenangan yang tidak pernah dimilikinya sebelum ini.

Sekadar info, Mizz Nina telah dipilih sebagai penerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan diatas bakti dan sumbangan telah dilaksanakan menerusi misi kemanusiaan sehingga ke luar negara.

Beliau juga komited untuk memberi dan berkongsi rezeki kepada masyarakat yang kurang kemampuan.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!

Sumber: Tik Tok @menjadidewasa.my

Share
Published by
Haifa Nasir