“Mewah Bukan Bererti Dimuliakan, Sempit Bukan Maksud Kita Dihina!” VIE SHANTIE Percaya Rezeki Adalah Ujian

Dalam kesenangan dan kemewahan hidup yang dinikmati hari ini, usahawan muslimah cantik Vie Shantie Khan enggan terlalu mendabik dada dan mendongak tinggi ke langit. Mengakui bimbang andai segala kemudahan ini akan membuatkan dirinya lalai dan terleka dengan nikmat dunia… Vie Shantie percaya kurniaan rezeki dari Allah merupakan satu bentuk ujian untuk menilai sikap hambaNya.

Menjadikan platform media sosial untuk menyebar perkara positif dan inspirasi kepada orang ramai, pemilik busana muslimah VHijrah ini turut menitipkan pesanan berikut sebagai panduan hidup bersama.

“Kadang dalam hidup, kita takut banyak sikap baik dalam diri kita semakin pudar dengan berjalannya waktu. Kerana waktu itu membawa kita melalui seribu satu keadaan yang selalu melupakan pada kebaikan. Kita selalu lupa bahawa rezeki itu adalah ujian. ‘Dimewahkan’ bukan bererti dimuliakan, ‘disempitkan’ pula bukan bererti kita dihina. Satu kunci yang saya belajar dalam kehidupan adalah bersyukur dan bersabar.

InshaAllah, teruskanlah percaya kepada Tuhan seperti kita menyembahNya pagi dan malam, 5 waktu dalam setiap keadaan. Walau sampai hujung nyawa pun kita tidak melihat ‘fizikNya’ tapi dalam sanubari kita yakin dan selalu merasai kewujudanNya.”

Sebagai seorang wanita, ahli perniagaan dan muslimah yang tidak terlepas daripada diuji setiap hari… Vie Shantie menjadikan kesulitan hidup yang pernah dialaminya sebelum ini sebagai kekuatan dalam mencari reda Allah serta ketenangan diri.

“I love the woman I’ve become now, everytime I look in the mirror, I see someone who has overcome heartbreak after heartbreak… lies and disloyalty but through it all, never give up. I knew I would find peace of mind if I didn’t lose faith in everything. 

I learned what it finally meant to love myself unconditionally by accepting myself as I am and investing the necessary time in my personal growth. Through time, now I know how to take care of myself personally, emotionally and mentally.”

Tambahnya lagi, “Tawakal adalah satu keajaiban hidup bila kita tawakal pada setiap yang kita tempuhi dalam kehidupan ini, maka Allah SWT adalah penolong di setiap langkah kita. Khazanah bumi dan langit ini dimiliki Allah SWT, apa yang kita minta pasti Allah SWT akan memberikannya. Bertauhidkan keimanan kepada pegangan kepercayaan kita kepada Ya Robb, inshaAllah semuanya pasti dalam perkawalan dan kehendakNya Tuhan Sekalian Alam Yang Maha Agung.”

Sempena ketibaan Aidiladha dan selaku pengasas VHijrah, Vie Shantie turut berbangga apabila busana muslimah miliknya menjadi pilihan ramai jemaah wanita ketika menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Sambil mendoakan kesejahteraan para jemaah haji, Vie Shantie berkata salah satu produk keluarannya iaitu VHijrah Full Niqab menjadi pilihan ramai.

“VHijrah bukan sahaja selesa digayakan tetapi setiap perinciannya diteliti menepati syarak agar semasa di dalam ihram, aurat dan bentuk tubuh terlindung dari perkara-perkara yang membatalkan ihram. Almaklumlah, fardu haji tidak sama seperti kita melakukan umrah. Larangan-larangan ketika berihram fardu haji amat menjadi titik utama setiap jemaah sehinggalah jemaah selesai melepasi hari-hari Tasrik.”

Vie Shantie yang merupakan bekas isteri kepada pelakon Datuk Eizlan Yusof mempunyai tiga orang anak dan pernah menunaikan ibadah haji bersama selebriti popular, Neelofa tahun lalu.

 

 

Kredit: Instagram Vie Shantie Khan

Share
Published by
Suzi