Gaun pengantin dari Versace menjadi pilihan Britney Spears, penyanyi antarabangsa yang terkenal dengan gelaran ‘Princess of Pop’ di majlis perkahwinannya baru-baru ini.

Ads

Mewah & Minimalis, Gaun Pengantin BRITNEY SPEARS Disiapkan Versace Selama 700 Jam!Mewah & Minimalis, Gaun Pengantin BRITNEY SPEARS Disiapkan Versace Selama 700 Jam!Britney dan Sam Asghari tampil glamor dalam busana eksklusif rekaan Pengarah Kreatif Versace iaitu Donatella Versace.

Mewah & Minimalis, Gaun Pengantin BRITNEY SPEARS Disiapkan Versace Selama 700 Jam!Mewah & Minimalis, Gaun Pengantin BRITNEY SPEARS Disiapkan Versace Selama 700 Jam!Gaun putih polos yang dihasilkan daripada sutera cady yang menyerlahkan aura elegan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Baby One More Time’.

Mewah & Minimalis, Gaun Pengantin BRITNEY SPEARS Disiapkan Versace Selama 700 Jam!Gaun silhouette klasik itu dilengapi dengan perincian off-shoulder serta belahan tinggi di bahagian kain. Sebagai penyeri si bahagian belakang gaun, ditambahkan kancing berupa deretan mutiara. Di samping itu, gaun turut dilengkapi dengan layah sepanjang tiga meter.

Menurut Donatella Versace, saat mereka gaun pengantin buat Britney, ia umpama satu mimpi.

Dikhabarkan, ia mengambil masa selama 700 jam bagi menyiapkan gaun istimewa itu. Untuk memaksimumkan penampilan Britney di hari bahagianya itu, sepasang sarung tangan tulle dihiasai perincian mutiara dan sebuah choker putih melingkari lehernya.

Ads

Mewah & Minimalis, Gaun Pengantin BRITNEY SPEARS Disiapkan Versace Selama 700 Jam!Mendominasi trend aksesori 90an, choker yang dipakai Britney menjadi simbolik kepada era kegemilangannya sebagai ikon pop ketika itu. Begitu juga bagi Donatella Versace yang kariernya berkembang pada era 90an di mana dia menjadi pewaris bisnes keluarga Versace sepeninggalan kakaknya, Gianni Versace.

Mewah & Minimalis, Gaun Pengantin BRITNEY SPEARS Disiapkan Versace Selama 700 Jam!Mewah & Minimalis, Gaun Pengantin BRITNEY SPEARS Disiapkan Versace Selama 700 Jam!Maka, tak hairanlah apabila Britney meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap Donatella Versace untuk menyiapkan gaun pengantinnya. Tambahan pula, kedua-duanya sudah menjadi sahabat sejak sekian lama.

Ads

Mewah & Minimalis, Gaun Pengantin BRITNEY SPEARS Disiapkan Versace Selama 700 Jam!Bukan itu saja, tuksedo untuk pegantin lelaki turut disiapkan oleh tenaga kerja Atelier Versace. Seterusnya, Donatella Versace turut merancang untuk menghasilkan beberapa koleksi busana untuk after-party pasangan tersebut.

Mewah & Minimalis, Gaun Pengantin BRITNEY SPEARS Disiapkan Versace Selama 700 Jam!Majis perkahwinan Britney dan Sam yang berkonsepkan intimate wedding itu turut diserikan dengan kehadiran rakan-rakan selebriti terkenal antaranya Madonna, Selena Gomez, Paris Hilton dan Drew Barrymore.

Mewah & Minimalis, Gaun Pengantin BRITNEY SPEARS Disiapkan Versace Selama 700 Jam!Mewah & Minimalis, Gaun Pengantin BRITNEY SPEARS Disiapkan Versace Selama 700 Jam!Mewah & Minimalis, Gaun Pengantin BRITNEY SPEARS Disiapkan Versace Selama 700 Jam!Majlis diadakan di kediaman peribadi Britney di kawasan elit Thousand Oaks, Los Angeles.

Mewah & Minimalis, Gaun Pengantin BRITNEY SPEARS Disiapkan Versace Selama 700 Jam!Mewah & Minimalis, Gaun Pengantin BRITNEY SPEARS Disiapkan Versace Selama 700 Jam!Britney kini kembali bergelar isteri di usia 40 tahun setelah dua kali gagal dalam perkahwinan terdahulu. Semoga Britney dan Sam kekal bahagia selamanya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI