Gaya Hidup

Mewahnya SYAHRINI! Travel Naik Jet Peribadi & Pakai Jenama Mewah Hujung Rambut Ke Kaki

Gaya hidup selebriti Indonesia ini memang ibarat kehidupan seorang puteri diraja. Apa tidaknya selain mengenakan persalinan dan aksesori jenama mewah dari hujung rambut ke hujung kaki, Syahrini juga kerap menaiki jet peribadi untuk bercuti ke luar negara!

Bukan calang-calang tempat pelancongan pula tu, kebanyakan destinasi percutian Syahrini adalah mahal dan eksklusif. Malah ada ketika juga dia dilihat menggunakan khidmat limosin mewah tatkala melawat ke negara asing.

Misalnya ketika figura ini bercuti di Los Angeles, dia berkongsi foto percutian dengan menaiki kereta Rolls-Royce!

Mengintai laman Instagram penyanyi dan usahawan yang mempunyai lebih 40 juta pengikut ini, antara negara yang menjadi pilihan Syahrini termasuk Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali, New Zealand dan Australia.

Gaya hidup mewah figura popular ini tidak hanya dapat dilihat sewaktu melancong bahkan pada sambutan ulang tahun kelahiran Syahrini yang ke-40 pada 1 Ogos lalu, dia turut diraikan penuh meriah. Khabarnya Syahrini menyambut hari istimewa itu di Singapura.

Makin anggun sejak berhijab, penampilan Syahrini yang mengenakan jenama mewah antarabangsa dari hujung rambut ke hujung kaki sering raih perhatian.

Hujung tahun lalu, Syahrini bercuti ke New York kemudian menikmati percutian salju di Aspen, Colorado yang kaya dengan pemandangan indah semula jadi. Yang pasti, gaya percutian Syahrini nyata terserlah from head to toe.

Apa sahaja persalinan yang digayakan tampak cantik terletak! Dia juga sering menggayakan persalinan dan aksesori jenama terkenal antarabangsa seperti Hermes, Chanel, Dior dan sebagainya.

 

 

Kredit foto: Instagram Syahrini

Share
Published by
Suzi