Walaupun berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat Malaysia bertuah kerana masih boleh mendapatkan barangan keperluan harian di pasaraya dan kedai runcit berhampiran kediaman mereka. Walaupun pada permulaan perintah tersebut orang ramai dilihat melakukan panic buying, namun sejak memasuki minggu kedua, keadaan sudah agak tenang ketika keluar membeli barangan keperluan rumah.
NONA kongsikan menu yang sesuai untuk sajian hujung minggu di rumah bersama keluarga. Selain mudah untuk disediakan kerana bahan-bahan tersebut sememangnya ada di dalam dapur anda. Selamat mencuba!
MI KICAP
BAHAN-BAHAN:
150 gm yee mee kering|direbus dalam air panas selama 5 minit
50 gm isi ayam- direbus dan dipotong
24 gm wantan
20 gm tauge
20 gm fucuk
10 gm daun sup
10 gm daun bawang
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SOS:
2 sudu kecil kicap manis
1 sudu kecil kicap pekat
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih. Kemudian masukkan sedikit air. Masukkan kicap dan perasakan dengan garam. Kemudian biarkan sos ini mendidih sebelum diangkat. Ketepikan. Dalam periuk lain, sediakan sedikit air untuk membuat sup. Rebus air dan masukkan wantan dan fucuk. Perasakan dengan garam secukupnya. Angkat dan ketepikan. Siram sos kicap yang telah dimasak tadi ke atas yee mee yang telah direbus. Hidangkan bersama isi ayam, daun bawang, bawang goreng dan sup tadi. Sedia dinikmati.
JUS MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1 biji mangga |Buang kulit dan potong
20 ml susu cair
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil vanilla
½ cawan ais
CARA MEMBUAT:
Masukkan mangga ke dalam mesin pengisar. Campurkan bersama-sama susu pekat dan susu cair. Kisar semua bahan-bahan ini. Setelah siap dikisar, masukkan sedikit perasa vanila ke dalam jus ini. Kacau sebati.Tuang jus mangga ini di dalam gelas yang hendak digunakan. Potong sedikit isi mangga dan letakkan di atas jus tersebut. Sedia dinikmati.