Mia Ahmad Kongsi Cara Untuk Kembali Tenang Ketika Merasa Down Atau Lost

Sudah lama menyepikan diri dari dunia lakonan, pelakon cantik Mia Ahmad kini selesa dengan kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu. Selain menguruskan bisnes barangan ibadah, Sameeha.co, Mia kini lebih banyak menumpukan perhatiannya terhadap keluarga.


Selepas mengubah penampilannya dengan mengenakan tudung labuh sejak tahun 2021, Mia Ahmad dilihat semakin jauh dari dunia glamor. Dia kini tidak lagi aktif berlakon, hanya menumpukan perhatian terhadap keluarga serta anak-anak.


Tenang dan bahagia sangat melihat perubahan Mia sekrang ini terutama dari segi penampilan dirinya.

Isteri kepada bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi ini sedang melalui satu fasa penghijrahan yang menjadi titik tolak kepada perubahan dirinya sekarang.

Sering mengenakan pakaian longgar dan bertudung labuh menjadikan penampilan sopannya itu mendapat pujian dan sokongan ramai. Rata-rata warganet mengharapkan agar Mia terus istiqamah.


Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi seringkali dilihat berkongsi kisah penghijrahan dirinya dan suami di Instagram sehingga meraih perhatian ramai. Baginya bukan mudah untuk istiqamah tetapi dia mampu melakukannya dengan penuh kesabaran.

Perkongsiannya itu bukan niat untuk menunjuk-nunjuk kebaikan. Sebaliknya, dia ingin memberi inspirasi buat semua untuk sama-sama berubah ke arah kebaikan.

Menerusi video ringkas yang pernah dikongsinya di Instagram, Mia berkongsi cara bagaimana untuk kembali kepada kehidupan yang tenang terutama ketika merasa down

atau lost. Mia mengajak para pengikutnya melakukan ‘Cabaran 40 Hari’.

Tulisnya di ruangan kapsyen:

“Tak tahu jalan kita boleh waze. Tak tahu tujuan hidup rasa lost kena back to basic.”

NONA kongsikan 17 cara untuk ‘Cabaran 40 Hari’ yang dikongsi oleh Mia Ahmad.

  1. Tahajjud sebanyak 2-4 rakaat.
  2. Mandi sebelum solat subuh.
  3. Solat sunat sebelum subuh.
  4. Solat subuh tepat waktu secara berjemaah.
  5. Membaca Al-Quran sebelum matahari terbit.
  6. Sedekah subuh.
  7. Solat dhuha sebanyak 2-4 rakaat.
  8. Dengar ilmu sehari sekurang-kurangnya sejam.

  1. Solat fardhu tepat pada waktu.
  2. Puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
  3. Amalkan membaca surah Al-Waqiah setiap hari.
  4. Amalkan membaca surah Al-Mulk pada setiap malam.
  5. Baca 2 ayat terakhir dari surah Al-Baqarah sebelum tidur.
  6. Baca al-Kahf setiap hari atau malam jumaat.
  7. Maafkan semua orang sebelum tidur.
  8. Istighfar sebanyak 70 kali sehari.
  9. Baca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali, ayat kursi dan selawat 10 kali selepas solat.

Semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan perkongsian daripada Mia Ahmad ini dan menjadi Muslimah yang baik, disenangi ramai dan paling penting diredhai Allah SWT.

Kredit Foto: Instagram Mia Ahmad

Share
Published by
Amy Mohd