Baru sebulan lalu NONA menulis tentang Tan Sri Michelle Yeoh yang namanya disebut-sebut mengungguli senarai pencalonan awal untuk anugerah Oscar tahun hadapan. Adakah ianya bakal menjadi kenyataan? Mungkin. Baru-baru ini Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mengharumkan nama negara selepas bakal dianugerahkan ijazah kehormat dari Institut Filem Amerika (AFI) atas sumbangan besar beliau dalam industri perfileman Hollywood.
Michelle yang berumur 60 tahun dan berasal dari Ipoh Perak itu mencipta kejayaan luar biasa dengan naskah filem komedi, Everything Everywhere All at Once, baru-baru ini yang mendapat sambutan luar biasa.
Menerusi sumber Berita Harian, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AFI, Bob Gazzale berkata, impak ditinggalkan Michelle di seluruh dunia sangat luar biasa dan selayaknya menerima pengiktirafan itu.
“Michelle Yeoh menjadi inspirasi seluruh dunia menerusi bakat luar biasanya. Dedikasi ditunjukkan terhadap bidang seni amat membanggakan AFI.”. Acara penganugerahan akan berlangsung pada 13 Ogos ini di TCL Chinese Theatre in Hollywood.
Kredit foto: Instagram (@michelleyeoh_official)
This website uses cookies.