Siapa yang tak kenal dengan penyanyi tahun 80an, Datuk Syed Sobrie yang terkenal dengan lagu evergreen Cinta Yang Terhumban. Walau sudah lama tidak muncul di kaca televisyen namun, kelibat Datuk Syed Sobrie tetap kacak seperti zaman kegemilanganya dahulu.
Bila tersebut nama Datuk Syed Sobrie secara tidak langsung pasti terlintas di fikiran tentang isterinya yang jelita dan juga seorang penyanyi terkenal era zaman 80an, Datin Azie.
Rupa-rupanya Datin Azie ataupun nama sebenarnya Nor Aziah Sidek kini sudah pun berusia 57 tahun. Namun, wajah ayunya masih kekal seperti dahulu.
Daripada paparan gambar Datin Azie yang pernah popular dengan lagu Mengharapkan Cintamu sekiar tahun 80an ini benar-benar awet muda. Agaknya apa lah petua yang diamalkan. Lagi 3 tahun nak memasuki usia 60 tahun tetapi tetap cantik dan tak jemu mata memandang.
Dahulu Datin Azie bersama suaminya, Datuk Syed Sobrie Syed Kechik, 58 tahun, merupakan pasangan penyanyi yang kerap muncul membuat persembahan di kaca televisyen.
Dalam diam pasangan sama cantik sama padan ini mempunyai 6 orang anak yang sudah dewasa. Malah pasangan ini juga sudah mempunyai dua orang cucu yang sangat comel.