Miliki First Class Degree & Ada Bisnes Sendiri, Kejayaan PUTERI NAZIHAH Jadi Inspirasi!

Melihat kecantikan Nik Puteri Nur Nazihah Zamrim ini mengingatkan penulis kepada rupa paras menawan pelakon popular Kuza. Tidak dinafikan anak gadis ini sememangnya mewarisi kejelitaan milik ibu tersayang.

Biarpun Kuza atau nama penuhnya Tengku Sariza Tengku Muzani bakal meniti usia 49 tahun namun dia kekal kelihatan anggun. Malah, aktres cantik tersebut juga masih aktif mewarnai industri seni tanah air.

Pertama kali bertemu dan mengenali ibu dan anak cantik berkenaan adalah sekitar tahun 2015 ketika mereka digandingkan sebagai penghias muka depan Nona Edisi Hari Ibu. Hampir enam tahun sudah berlalu namun pesona anak perempuan Kuza atau selesa disapa dengan gelaran Puteri ini tetap memikat.

Apatah lagi dengan statusnya sebagai anak selebriti, pasti ramai yang ingin mengenali Puteri dengan lebih dekat.

Sepanjang mengenali Puteri, gadis berusia 27 tahun ini disifatkan seorang yang sopan, ramah dan bercita-cita tinggi. Puteri Nazihah merupakan graduan Kolej Universiti Poly-tech Mara (KUPTM) yang menamatkan pengajian pada tahun 2019.

Lebih membanggakan, pencapaian Puteri dalam bidang akademik cukup membanggakan apabila dia menerima First Class Degree dalam bidang komunikasi korporat!

Mendedahkan kepada Nona, Puteri yang sah bergelar isteri kepada Ahmad Shukri yang merupakan rakan baiknya pada 20 November 2020 kini makin aktif menguruskan perniagaan berasaskan produk rambut dan penjagaan kulit, Eunoiaa.

“Berbisnes ni dah lama dari umur 19 tahun. Tapi macam-macam dah cuba dari jual baju preloved, jual kasut, jual baju retail, sekarang keluar produk sendiri iaitu sabun dan produk rambut sebab saya minat dan guna product ni sendiri. Mulanya idea nak ada produk skincare sendiri tu lepas Puteri alami jerawat yang sangat teruk. Macam-macam dah cuba tapi tak jadi.

Sudahnya, Puteri create brand skin care sendiri khas yang tak ada alcohol, warna dan bau. Puteri juga nak create next skincare line yang tak ada bau, warna dan alcohol… pertama di Malaysia.

Setakat ni sabun untuk jerawat sahaja. Untuk rambut, Puteri sedar ramai yang pakai macam-macam produk untuk rambut tapi tak jadi. Jadi Puteri ambil keputusan deal dengan supplier yang supply barang dari luar negara dengan menggunakan formulasi Jepun yang berkualiti, menjadi dan murah.

Puteri dapat idea untuk buat produk rambut waktu PKP hari tu. Dengan adanya produk macam tonic yang diimport dari luar negara, mist, syampu dan mask rambut seperti ini, pelanggan bukan je mampu buat treatment rambut sendiri di rumah tapi lebih menjimatkan dan boleh buat berkali-kali.”

Dalam kesibukan mengurus bisnes, Puteri bagaimana pun tidak sesekali mengabaikan soal kecantikan diri. Tidak hairanlah Puteri mempunyai kulit wajah sihat dan mulus. Ditanya petua atau rahsia kecantikan yang diamalkan, ini jawapan jujur Puteri.

“Tip untuk sihat, saya percaya kena kurangkan minum air manis. Sebaliknya lebihkan minum air kosong. Pada saya, makanan bergula boleh buat nampak berusia. Apa-apa pun, cantik tu subjektif. Semua orang sebenarnya cantik.

Yang paling penting kalau dalaman sihat, luaran pun mesti nampak cantik. Selain itu, saya juga akan pastikan setiap hari saya dapat tidur yang cukup iaitu 8 jam.”


Sebagai anak selebriti, Puteri mengakui tidak terlepas menjadi perhatian masyarakat.

“Susah juga, kadang-kadang ada sesetengah mereka yang double standard. Tapi in a positive and negative way, dua-dua pun ada. Puteri lebih minat macam jadi orang biasa dan kurang expose ibu sebab tak nak orang tahu sangat.

Lagipun, Puteri tak pernah terfikir untuk ikut jejak ibu sebagai pelakon sebab saya sedar tak ada bakat dalam seni,” ujarnya lagi.

Puteri merupakan anak kedua daripada tiga beradik iaitu abangnya Nizam Firdaus kini berusia 28 tahun sementara adik perempuannya pula, Puteri Nadia berumur 17 tahun.

 

 

 

Kredit foto: Instagram Puteri Nazihah & Kuza

Share
Published by
Suzi