Miliki Gigi Cantik, AERIL ZAFRIEL dan WAWA ZAINAL Dedah Rahsia Penjagaan Oral

Pasangan selebriti popular Aeril Zafriel dan Wawa Zainal sering menjadi perhatian ramai dek kemesraan dan kebahagian yang dikongsikan di media sosial. Kedua-duanya amat bertuah dikurniakan rupa paras yang menarik dan keserasian dalam membina rumahtangga yang bahagia. Keduanya juga amat bertuah mempunyai satu set gigi yang cantik dan terjaga dengan sempurna. Tidak hairanlah mengapa pasangan selebriti ini terpilih untuk bekerjasama dengan Systema menyemarakkan lagi Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte 2019.

“Berada dalam industri hiburan atau mana-mana industri yang perlu berdepan dengan pelanggan, anda mesti memiliki tahap kebersihan diri, termasuklah oral yang baik. Saya tidak sedar betapa seriusnya masalah gusi di kalangan kita. Justeru, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi maklumat ini kerana ia mampu memberi perubahan, terutamanya kerana penyakit gusi mempunyai kaitan dengan serangan jantung, diabetes dan Alzheimer. Kita semua perlu melayari laman web gumhealthcheck.com untuk menilai tahap kesihatan gusi kita,”ujar Aeril yang ditemui di majlis pelancaran kempen tersebut.

Jelas Aeril lagi, sebagai suami dan bapa, dia amat mementingkan penjagaan oral seisi keluarga kerana penampilan gigi yang bersih dan bebas plak bukan sahaja penting ketika berhadapan dengan peminat dan urusan kerja, malah ia penting untuk meningkatkan keyakinan diri. Tambah Aeril lagi, gosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari, kurang pengambilan makanan dan minuman yang manis serta pemilihan berus gigi yang betul menjadi rahsia mereka sekeluarga menjaga kesihatan oral.

“Penyakit gusi adalah masalah kesihatan yang penting. Jika kita boleh menggalakkan lebih ramai orang untuk menjaga kesihatan gusi dengan menggunakan ubat gigi anti-plak dan berus gigi yang boleh membantu menambah baik kualiti hidup, ia sememangnya hala tuju yang betul buat negara kita.”  ujar Wawa pula yang bersemangat untuk menjadi pencetus kesedaran kesihatan oral.  Wawa turut menyokong kata-kata suaminya tentang kepentingan penjagaan kesihatan oral dan pasangan selebriti ini turut mengadakan pemeriksaan gusi untuk memastikan tahap kesihatan gusi mereka berdua.

Adakah anda tergolong dalam 94% orang dewasa di Malaysia yang mengalami masalah gusi? Jika anda tidak pasti, layari laman web gumhealthcheck.com untuk membuat penilaian dalam talian secara percuma yang dapat membantu anda mendapatkan gusi dan gigi sihat sepanjang hayat. Laman web pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma ini adalah sebahagian daripada kempen kesedaran dan pendidikan Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema (Gumbatte Towards 1 Million Gum Health Checks) 2019, satu kerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.

Kempen ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik dengan matlamat utamanya memberi motivasi kepada lebih ramai orang supaya mengekalkan 20 batang gigi asal mereka apabila berusia 60 tahun dan ke atas, mereka boleh menikmati kesihatan sepanjang hayat, selari dengan matlamat Kementerian Kesihatan.

Kempen Gumbatte mengambil semangat daripada perkataan Jepun ‘Ganbatte’ yang bermaksud ‘anda boleh melakukannya’. Sekali gus menyeru rakyat Malaysia supaya menjaga kesihatan gusi mereka dan mencapai 1 juta pemeriksaan gusi.

Kempen ini dilancarkan oleh Dr. Norliza bt Mohamed, bertanggungjawab sebagai menanggung tugas Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, sempena Hari Kesihatan Oral Kebangsaan di pusat membeli-belah 1 Utama di Bandar Utama, kelmarin.

“Kempen Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte boleh membantu Bahagian Penjagaan Oral Kementerian Kesihatan mendidik lebih ramai orang. mengenai perlunya menjaga kesihatan gusi dan oral dengan lebih cepat, menerusi keputusan yang dapat diperoleh secara serta-merta.”

Pengurus Besar Southern Lion Sdn. Bhd., Carmen Foo menyatakan usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan oral ini dibuat kerana gigi yang kuat bermula dengan gusi yang sihat. Systema ialah jenama teras Lion Corporation, Jepun dan memiliki warisan penjagaan oral selama lebih120 tahun hasil kolaborasi dengan pakar-pakar pergigian, pihak berkuasa kesihatan, saintis dan penyelidik.

“Sistem Anti-Plak Systema menggabungkan ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque untuk menyingkirkan plak dan membunuh bakteria berbahaya walaupun di dalam poket gusi. Manakala bulu berus gigi tirus 0.02mm Systema membantu menyingkirkan plak biarpun di kawasan yang sukar dicapai di antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi.

“Kini kita sudah ada penyelesaiannya. Justeru, inilah masanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit gusi kerana ia adalah asas kepada gusi dan gigi yang sihat sepanjang hayat. Sebab itulah kami memperkenalkan kempen Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte – bagi membina kesedaran diri tentang perlunya perubahan yang positif,” kata Foo.

Systema turut mengagihkan 10,000 Ubat Gigi Systema Advance Anti-Plaque dan 10,000 berus gigi dengan bulu berus tirus 0.02mm bagi menyokong program jangkauan di seluruh negara ini. Siri jelajah Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema akan diadakan di pusat membeli-belah 1 Utama sehingga Ahad, 17 Mac 2019. Ia turut menawarkan pemeriksaan gigi secara percuma, permainan, hadiah dan pelbagai aktiviti lain. Jadilah antara yang terawal daripada 1 juta orang yang memeriksa kesihatan gusi secara dalam talian di laman web gumhealthcheck.com untuk gigi dan gusi yang sihat sepanjang hayat.

 

 

 

Share
Published by
Rosmah Idayu