Muda, jelita dan isteri kepada penyanyi terkemuka dunia, nama Hailey Rhode Bieber sering meniti bibir gadis muda yang mengagumi dirinya. Terkini, muncul trend baharu yang berinspirasikan rutin kecantikan Hailey, dikenali glazed donut skin, yang mula menjadi sorotan peminat.
Berusia 25 tahun, Hailey merupakan seorang model, sosialit dan personaliti media terkenal di Hollywood. Anak kepada aktor Stephen Baldwin itu merupakan seorang penari ballerina, sebelum menyertai agensi Ford Models dan IMG Models sebagai model fesyen yang kerap menghiasi kulit depan majalah.
Dengan ketinggian 171cm, wanita yang berjaya menambat hati Justin Bieber ini terus meraih pelbagai pencapaian hebat termasuk sebagai bintang televisyen dan video muzik popular. Tahun 2018, pasangan Justin dan Hailey Bieber berkahwin selepas beberapa tahun menjalin perhubungan.
Kini, Hailey mengorak langkah sebagai usahawan produk kecantikan Rhode di Amerika Syarikat.
Seperti namanya, nama trend ini berasal dari kulit kuih donat yang berkilau, lembut dan menyelerakan. Penampilan kulit wajah sebegini dikatakan boleh dicapai melalui rutin perawatan kulit pada malam hari. Caranya, pakai krim pelembap yang sesuai untuk menghidrasi kulit sebelum tidur.
******************************
Daripada pengalaman guna skincare SIMPLYSITI ni, memang kulit ketara lebih licin dan awet muda. Mudah atasi masalah kedutan, maknanya kalau nak buat trend glazed donut skinklik). pun senang. Yang penting guna kod promo NONGSP5 untuk beli harga diskaun, murah daripada beli di kedai (
******************************
Amalan memakai krim pelembap setiap malam menghasilkan wajah yang berkilau atau glowing dengan sempurna sesaat anda bangun dari tidur. Bukan berminyak ya, tapi lembapan sebenar yang terkunci di bawah lapisan kulit.
Trend glazed donut skin adalah komposisi bahan penjagaan kulit terbaik seperti gliserin dan squalane yang menjadikan kulit lebih lembut dan segar bermaya.
Melihatkan hasilnya yang minimalis dengan kemasan akhir yang natural, trend Hailey Bieber ini pantas menjadi ikutan para selebriti dan influencer
ternama. Viral di Instagram dan TikTok, jom belajar cara mendapatkan glazed donut skin dengan sempurna!
Tip Hailey Bieber
“Gunakan krim pelembap yang tepat agar kulit kelihatan seperti donat yang licin dan berkilau.” Hailey Bieber
Selamat mencuba!
This website uses cookies.