Rezeki tidak akan pernah salah alamat. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang rajin berusaha dan tidak mengenal erti putus asa. Kejayaan pasangan suami isteri yang juga usahawan jenama muslimah popular, Leeyanarahman memiliki kediaman impian baru-baru ini … sememangnya patut menjadi pembakar semangat buat wanita muda untuk mengecap kejayaan sama. Lebih menarik, Nur Liyana Abdul Rahman dan suami, Muhammad Hafiz Abdul Hamid berjaya membina mahligai impian sebelum mencecah usia 30 tahun!

Baik Liyana mahupun Hafiz, kedua-duanya terbuka berkongsi sudut kediaman mereka di laman sosial masing-masing. Difahamkan, usahawan muda ini sudah mula mendiami rumah agam berkenaan pada bulan Jun lalu.

Ads

Kegembiraan berganda buat Liyana dan Hafiz tahun ini kerana selain mempunyai rumah, mereka juga menerima kehadiran cahaya mata sulung yang dilahirkan pada 3 Januari lepas iaitu Tyara Luthfia.

Miliki Mahligai Mewah Sebelum Usia 30 Tahun, Kerja Keras LEEYANARAHMAN Patut Jadi Inspirasi!

Miliki Mahligai Mewah Sebelum Usia 30 Tahun, Kerja Keras LEEYANARAHMAN Patut Jadi Inspirasi!

Mengimbas kembali penubuhan empayar Leeyanarahman, pasangan berjiwa besar ini memulakan perniagaan mereka dengan modal sekitar RM1500 pada tahun 2012. Produk pertama keluaran Leeyanarahman ialah baju raya yang dijahit sendiri oleh Liyana. Berkat kegigihannya dan suami, mereka berjaya membuka butik pertama di Bangi, Selangor.

Miliki Mahligai Mewah Sebelum Usia 30 Tahun, Kerja Keras LEEYANARAHMAN Patut Jadi Inspirasi!

Miliki Mahligai Mewah Sebelum Usia 30 Tahun, Kerja Keras LEEYANARAHMAN Patut Jadi Inspirasi!

Miliki Mahligai Mewah Sebelum Usia 30 Tahun, Kerja Keras LEEYANARAHMAN Patut Jadi Inspirasi!

Berkongsi pencapaiannya di Instagram, Liyana menjelaskan, “Angan-angan dah jadi kenyataan. Alhamdulillah. Betul lah orang cakap, kalau kita sekadar berangan tapi takda effort, impian takkan jadi kenyataan. Nak buat sesuatu, make sure kita dah ada planning, dah ada idea, pastu kita boleh imagine look dia macam mana bila dah siap. Jangan lepaskan 100% kat orang untuk buat.

Terkadang tak sama macam kita nak, mula lah kita jadi lion! Bila kita dah jadi lion, semua yang betul pun akan nampak salah. Sama je bila kita kerja, nak buat design ke apa ke kena fikir banyak benda. Jangan main buat je without planning. Dan jangan ikut kata orang. Kena ikut kata hati sendiri.

Even suami pun kalau tanya, sayang… A ke B lawa, jawapan dia takkan sama macam apa yang ada dalam fikiran kita. So better ikut kata hati. Percayalah, hati kita tak pernah menipu kalau kita buat kerja dengan ikhlas. Kalau kita buat design, kita tahu lawa ke tak lawa. Orang boleh copy design tapi orang tak boleh tahu idea yang ada dalam kepala kita. Banyak lagi idea yang tengah tunggu que untuk keluar.

Ads

Btw, terima kasih semua yang terlibat untuk buat rumah ni. Planning nak duduk sebelum bersalin sebab tu gigih fly pergi cari perabot walau tengah sarat. Tapi nak buat macam mana, Kunfayakun. Kalau Dia kata boleh siap bulan 6, maka bulan 6 lah kita kena pindah. Alhamdulillah terima kasih Allah atas rezeki selama ini.”

Sementara itu, Hafiz pula berkongsi, “Before this untuk part di ground floor banyak kita gunakan majestic concept but for part kitchen, second and third floor kita banyak mix kan. Modern luxury plus majestic. Kalau semua tempat nak kerawang, pening ohh. Thank you to Fabello Design and team. 7 bulan berulang alik Shah Alam – Bangi demi nak siapkan mini mahligai ni.

Hope u guys enjoy this house tour. I buat because of ramai sangat yang request. If not, I takkan buat. Just think it as positive way. Bukan nak menunjuk ke apa. Maybe this video can inspire others. And thank you yang mana mendoakan moga kami sekeluarga lebih dimurahkan rezeki in the future. Aminnn.”

Ads

View this post on Instagram

Betul lah orang cakap , kalau kita sekadar berangan tapi takde effort , impian tak kan jadi kenyataan. – Nak buat sesuatu , make sure kita dah ada planning , dah ada idea , pastu kita boleh imagin look dia mcmana bila dah siap. Jangan lepaskan 100% kat org untuk buat. Terkadang tak sama macam kita nak , mula lahh kita jadi lion !! Haha . Bila kita dah jadi lion , semua yg betul pon akan nampak salah. _ Sama je bila kita keje , nak buat design ke apa ke , kena pikir banyak benda . Jangan main buat je without planning. Dan jangan ikut kata org . Kena ikut kta hati sendiri. Even suami pon , kalau tanya, sayang A ke B lawa , jwpn dia xkan sama mcm apa yang ada dlm fikiran kita. So better ikut kata hati. _ Percaya lah , hati kita xpenah menipu kalau kita buat keje dengan ikhlas haha. Kalau kita buat design , kita tahu lawa ke tak lawa. Orang boleh copy design , tp org x boleh tahu idea yang ada dlm kepala kita. Bnyak lagi idea yang tgh tunggu que untuk keluar. Hehe. . Btw, Terima kasih semua yang terlibat untuk buat rumah ni. Planning nak duduk sebelum bersalin sebab tu gigih fly pegi cari perabut walau tengah sarat. Tp nak buat macamna , Kunfayakun. Kalau Dia kata boleh siap bulan 6 , maka bulan 6 lah kita kena pindah 🙂 alhamdulillah terima kasih Allah atas rezeki selama ni.

A post shared by @ yaana.lee on

Hampir tujuh tahun mengemudi empayar Leeyanarahman, perniagaan mereka turut berkembang menghasilkan pelbagai produk lain. Antaranya busana lelaki dan produk kosmetik. Moga segala perancangan Liyana dan Hafiz dipermudahkan serta mampu menyuntik inspirasi kepada golongan muda untuk melakar kejayaan sama kelak.

 

 

 

Kredit: Instagram Yana Lee & Hafiz Hamid

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI