Kalau dah namanya anak selebriti, pasti tak lepas menerima perhatian khalayak. Walau baru meniti usia 12 tahun namun anak Aishwarya Rai, Aaradhya Bachchan ini sudah pun menjadi tumpuan media.
Bukan hanya kerana ibu bapanya merupakan selebriti ternama bahkan datuk dan nenek Aaradhya juga bintang lagenda di sana.
Pendek kata, gadis ini bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga bangsawan dan terkenal India.
Selain mewarisi kejelitaan ibu tersayang, Aaradhya turut berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan Miss World 1994 tersebut.
Aishwarya dilahirkan pada tanggal 1 November 1973 manakala Aaradhya pula lahir pada 16 November 2011.
November depan, cucu kesayangan Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan ini bakal berusia 12 tahun dan puteri tunggal kepada Aishwarya dan Abhishek ini sememangnya seorang kanak-kanak yang bertuah.
Sejak kecil lagi, kelibat Aaradhya sering kelihatan menemani Aishwarya ke majlis-majlis fesyen.
Biarpun masih kecil namun aktres filem Mohabbatein ini bijak mengenakan pakaian yang bergaya dan sesuai untuk anak tersayang.
Dek kerana sering melihat ibunya beraksi di depan lensa kamera, Aaradhya tidak kekok memberikan pose yang pelbagai.
Dah namanya pun anak bekas ratu cantik, pasti ‘darah seni’ ibu dan ayah sudah sebati mengalir dalam diri anak kecil ini.
Tak mustahil juga, Aaradhya bakal mewarnai industri seni India dan mengikut jejak langkah ibu bapa sebagai pelakon.
Mana tahu, dia mungkin pelapis bintang terkenal Bollywood kelak.
Pada 20 April lepas, genap 16 tahun pasangan selebriti romantis ini berkahwin dan bergelar suami isteri. Bahagia membesarkan anak dan hidup berumah tangga, Aishwarya dan Abhishek cukup menjaga privasi keluarga tersayang dan jarang mendedahkan kisah keluarga kepada umum.
Artikel lain https://www.nona.my/kesayangan-kajol-ajay-makin-hot-nysa-devgan-kini-20-tahun-tumpuan-paparazzi/
This website uses cookies.