Terpesona dengan kecantikan milik Nadia Tamar Ferreira! Ratu cantik Paraguay yang juga Naib Juara Miss Universe 2021 ini sememangnya mempunyai aura tersendiri. Bukan hanya cantik dan tinggi lampai, dia juga seorang wanita yang berpelajaran tinggi.

Ads

Nadia Ferreira ialah seorang aktivis, model dan ratu cantik. Aktif bersukan, jelitawan berusia 23 tahun ini menguasai empat bahasa iaitu Paraguay, Sepanyol, Portugis dan Inggeris.

Berketinggian 175 sentimeter, Nadia mula menceburi bidang peragaan di Paraguay pada tahun 2012. Dia kemudian menyertai pertandingan ratu cantik mewakili negaranya untuk meraih gelaran Miss Teen Universe 2014 namun sekadar menduduki tempat keempat.

Tiga tahun kemudian, dia muncul dalam program televisyen dan menjadi popular selepas membuat parodi penyanyi popular antarabangsa, Taylor Swift.

Miliki Sepasang Mata Cantik, Naib Juara MISS UNIVERSE Ini Ada Ijazah & Tunang Marc Anthony!

Miliki Sepasang Mata Cantik, Naib Juara MISS UNIVERSE Ini Ada Ijazah & Tunang Marc Anthony! Miliki Sepasang Mata Cantik, Naib Juara MISS UNIVERSE Ini Ada Ijazah & Tunang Marc Anthony! Miliki Sepasang Mata Cantik, Naib Juara MISS UNIVERSE Ini Ada Ijazah & Tunang Marc Anthony! Miliki Sepasang Mata Cantik, Naib Juara MISS UNIVERSE Ini Ada Ijazah & Tunang Marc Anthony!

Dari tahun 2019 hingga 2021, Nadia mengembara ke seluruh pelusuk dunia demi mengembangkan bakatnya sebagai model hingga ke Jerman, Mexico, Qatar, Turki, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.

Dalam kesibukannya sebagai model dan ketika pandemik Covid-19 melanda dunia, Nadia memanfaatkan masa yang ada dengan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Komersial di Universidad Americana.

Ads

Pada hujung Ogos 2021, Nadia dipilih mewakili Paraguay untuk bertanding dalam Miss Universe 2021 bersama 79 ratu cantik dari seluruh dunia. Dia kemudian dinobatkan Naib Juara Miss Universe 2021.

Ads

Miliki Sepasang Mata Cantik, Naib Juara MISS UNIVERSE Ini Ada Ijazah & Tunang Marc Anthony! Miliki Sepasang Mata Cantik, Naib Juara MISS UNIVERSE Ini Ada Ijazah & Tunang Marc Anthony! Miliki Sepasang Mata Cantik, Naib Juara MISS UNIVERSE Ini Ada Ijazah & Tunang Marc Anthony! Miliki Sepasang Mata Cantik, Naib Juara MISS UNIVERSE Ini Ada Ijazah & Tunang Marc Anthony!

Nama Nadia Ferreira terus melonjak naik apabila dia mengumumkan hubungan cintanya bersama penyanyi antarabangsa, Marc Anthony. Pada 12 Mei lepas, pasangan ini mengesahkan mereka sudah bertunang.

Miliki Sepasang Mata Cantik, Naib Juara MISS UNIVERSE Ini Ada Ijazah & Tunang Marc Anthony! Miliki Sepasang Mata Cantik, Naib Juara MISS UNIVERSE Ini Ada Ijazah & Tunang Marc Anthony!

Marc Anthony yang kini berusia 53 tahun merupakan bekas suami Jennifer Lopez yang sebelum itu mendirikan rumah tangga dengan Miss Universe 1993, Dayanara Torres dari tahun 2000 hingga 2004 dan bekas suami kepada Shannon de Lima. Ia bakal menjadi perkahwinan keempat Marc Anthony.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI