Miliki Wajah Hampir Sempurna, HENRY GOLDING Antara 10 Lelaki Terkacak Di Dunia, The Rock Pun Tewas!

Siapa yang tidak mengenali pelakon tampan kelahiran Sarawak yang kini aktif mengorak langkah menampa nama dan populariti di dunia Hollywood. Mengikuti jejak langkah pelakon senior, Tan Sri Michelle Yeoh, Henry Golding kini antara pelakon ‘high demand’ di sana. Selain dari bakat versatil dan lakonannya, ketampanan Henry Golding juga turut menjadi perhatian.

Dan padanlah baru-baru ini, namanya tersenarai antara 10 lelaki terkacak di dunia perkiraan dalam Greek Golden Ratio of Beauty Phi, lapor Mail Online. Henry atau nama sebenarnya Henry Ewan Golding menduduki tangga kesembilan lelaki terkacak dunia turut berjaya menundukkan Dwayne Johnson yang berada dikedudukan ke-10.

Memetik laporan Daily Mail, senarai itu telah disusun menggunakan teknik pemetaan berkomputer yang dilakukan oleh pakar bedah kosmetik dari Harley Street iaitu Dr Julian De Silva menggunakan teknologi kajiannya. Jelas De Silva, anak kelahiran Sarawal berusia 36 tahun itu memiliki bentuk dagu dan jarak antara mata yang hampir sempurna, dengan pengiraan markah sebanyak 87.98%.

Dalam pada itu, bintang siri Bridgerton, Rege Jean Page dinobatkan sebagai lelaki paling kacak dunia dengan kutipan markah 93.65 peratus. Pelakon Chris Hemsworth berada di tempat kedua dengan 93.53 peratus manakala  bintang Black Panther, Michael B Jordan di tempat ketiga dengan 93.46 peratus dan penyanyi Harry Styles di tempat keempat dengan 92.30 peratus.

Untuk info, Henry pernah membuat kemunculan menerusi filem hit Crazy Rich Asians pada 2018 dan pernah membintangi beberapa filem Hollywood terkenal termasuk Snake Eyes, Last Christmas, The Gentlemen dan A Simple Favor.

Henry memulakan karier di Malaysia sebagai seorang model dan juga hos rancangan The 8TV Quickie bersama Marion Caunter. Henry sudah berkahwin dan kini dikurniakan seorang cahaya mata.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus