Lagu Terus Hidup nyanyian dan ciptaan penyanyi dan komposer, Aina Abdul mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang disiarkan secara langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil, malam seakan sudah dijangka.
Kemenangan lagu ciptaan sepenuhnya Aina itu sekali gus melayakkan penyanyi itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.
Berumur 30 tahun, nama Aina Abdul menjadi trending di laman sosial. Kekuatan vokal memukau, lagu ‘Terus Hidup’
dendangannya mencuri perhatian ramai. Aina yang terkenal dengan pemakaian busana yang unik pada setiap persembahannya kerap kali menjadi topik hangat di laman sosial.Namun wanita ini bukan biasa-biasa. Tiada gosip liar, tiada kontroversi murahan hanya bakat dan auranya sudah cukup meletakkan dirinya sebaris pemain industri yang bakal jadi legenda.
Jadi jom semak beberapa fakta menarik tentang Aina Abdul yang tidak semua tahu:
1) Aina Abdul yang dilahirkan pada 25 Oktober 1993 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan memiliki Sarjana Muda Muzik Kontemporari dari Universiti UCSI, Kuala Lumpur.
2) Beliau ialah anak bongsu daripada lima beradik kepada pasangan Zaini Abdullah dan Abdul Ghani Abdullah memulakan kerjaya muziknya sebagai penyanyi di kelab malam, restoran dan lounge termasuk No Black Tie.
3) Pernah menjalani fasa kehidupan yang menyedihkan di mana dia hanya dibayar RM50 selepas mengalunkan 20 lagu untuk dalam sebuah persembahan.
4) Beliau terpilih mewakili Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2014 yang berlangsung di Hollywood, Los Angeles, California, Amerika Syarikat dan menjadi pemenang Vocalist of the World.
5) Aina turut berkongsi bahawa dia pernah membuat persembahan selama tiga malam berturut-turut tanpa ada penonton di hadapan. Jika ada pun, hanya dua hingga tiga orang sahaja.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.