Minda Kelas Pertama, JEMAAH HAJI MALAYSIA Dipuji Tinggalkan Khemah Lebih Bersih Dari Asal!

Terharu dengan sikap prihatin jemaah haji Malaysia yang menitikberatkan soal kebersihan ketika mengerjakan ibadah rukun kelima tersebut baru-baru ini. Walau keadaan di Mina sesak dan sempit dengan kehadiran jutaan umat Islam namun Jemaah haji Malaysia dilaporkan berdisiplin sepanjang dalam tempoh operasi Masyair.

Yang pasti, ia tidak jadi halangan buat kesemua mereka memastikan penginapan di Arafah, Muzdalifah dan Mina selesa untuk didiami dalam tempoh persiapan operasi itu.

Berdasarkan laporan Bernama, kebanyakan khemah jemaah haji Malaysia di Arafah ditinggalkan dalam keadaan lebih bersih berbanding sebelum ketibaan mereka. Malah ada yang sanggup bergotong-royong menyusun tilam, selimut dan bantal sebelum berangkat ke Muzdalifah.

Credit Instagram @lembagatabunghaji
Credit Instagram @lembagatabunghaji
Credit Instagram @lembagatabunghaji

Bukan menjaga kebersihan dan keselesaan di khemah penginapan saja bahkan ketika bermabit atau bermalam di Muzdalifah, rata-rata jemaah membawa plastik sampah masing-masing demi memastikan tiada sisa sampah ditinggalkan mereka sebelum bergerak ke Mina.

Alhamdulillah, macam inilah contoh generasi modal insan dan minda kelas pertama!

Credit Instagram @lembagatabunghaji
Credit Instagram @lembagatabunghaji
Credit Instagram @lembagatabunghaji

Lebih membanggakan, di celah laluan khemah di Mina juga menunjukkan tiada pembuangan sampah-sarap di merata tempat. Pujian juga harus diberikan kepada pihak Lembaga Tabung Haji kerana menyediakan tong sampah di pelbagai lokasi.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dikatakan sentiasa memuji dan menganggap jemaah Malaysia sebagai contoh terbaik. Di Arafah, 200 khemah disediakan untuk jemaah Malaysia.

Keadaan di Mina agak mencabar kerana tidak hanya membabitkan 600 khemah untuk jemaah Malaysia. Tetapi juga berada dalam kawasan yang sangat hampir dengan khemah umat Islam dari negara lain.

Tahniah dan syabas buat semua jemaah haji Malaysia kerana mencerminkan peribadi yang terpuji untuk dijadikan teladan buat bakal jemaah haji kelak.

Share
Published by
Suzi