Makin meningkat usia, makin nampak seiras wajah Arianna Aubrey dengan Datin Paduka Eina Azman. Menerusi gambar terkini ketika menyambut Syawal baru-baru ini, lagi terserlah kemiripan wajah anak perempuan aktres jelita tersebut.
Lebih-lebih lagi bila mengenakan persalinan sedondon dan gaya yang hampir sama. Dah macam kembar!
Memilih warna bold pada Aidilfitri tahun ini, Datin Paduka Eina dan Dato’ Paduka Kaiser tampil ceria di samping sepasang anak kembar tersayang.
Segak menyarung busana Melayu sepadan dengan Karl Kareef, Datin Paduka Eina juga kelihatan anggun memakai busana rekaan sama seperti anak perempuannya, Aubrey. Bahkan gaya rambut mereka pun hampir sama.
Selain bergambar kenangan di Hari Raya, jelitawan berusia 28 tahun tersebut turut tidak ketinggalan membuat video comel bersama suami tercinta. Sweet
habis!13 Mac lepas merupakan ulang tahun kelahiran Datin Eina yang ke-28. Sementara anak-anaknya pula menyambut hari lahir ke-7 pada 19 Februari lalu.
Bersandarkan status sebagai anak selebriti, Aubrey dan Karl meraih populariti serta pernah tercalon dalam Anugerah Meletop Era bagi kategori ‘Si Cilik Meletop’ bersama anak selebriti lain.
Datin Paduka Eina bergelar isteri kepada usahawan Dato’ Paduka Kaiser pada 31 Ogos 2014.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini kian bahagia dengan kehadiran sepasang cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
This website uses cookies.