Mengucap panjang tengok perhimpunan haram yang berlangsung di ibu kota hujung minggu lalu. Tanpa rasa takut mahupun malu, isu berkaitan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT) dilaung-laungkan dengan beraninya di depan khalayak. Situasi tersebut bukan hanya memberi kesan besar kepada para ulama tetapi juga dalam kalangan pendakwah seperti Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin atau dikenali sebagai Ustaz Amin.
Terpanggil menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah dan mengajak orang ramai khususnya umat Islam mencegah kemungkaran… Ustaz Amin dengan tegas mengatakan bahawa perkara yang berlaku bukan isu kecil dan mainan. Sebaliknya ia jelas berhubung kait dengan soal bala iaitu balasan dari Allah kepada hamba-hambaNya yang lalai.
“Ayuh kita buat sesuatu selaras dengan hadis Nabi, “Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangan, jika tidak mampu ubahlah dengan lisan dan jika tidak mampu, ubahlah dengan hati iaitu doakan lah, dan dengan hati itulah serendah-rendah dan selemah-lemah iman.”
Ia bermaksud jika dengan hati pun tidak berbuat apa-apa maksudnya sensitiviti iman telah hilang daripada hati.” Nauzubillah!
Mengulas lanjut… Ustaz Amin menegaskan, “Di antara Halal bala turun di satu tempat adalah apabila maksiat dibiarkan berlaku tanpa dicegah. Berbuatlah sesuatu dan doakan untuk keampunan kerahmatan untuk negara kita.”
Ketahuilah, hidup di atas muka bumi ini bukan kerana diri kita semata-mata malah ia turut melibatkan semua pihak. Gunakan kebebasan untuk bersuara ke arah yang betul dan jangan sesekali melakukan perkara yang ditegah oleh agama. Jangan kerana hasutan nafsu dan kelompok ‘tidak bersyukur’ ini, kita semua terdedah kepada kemurkaan Allah Yang Maha Esa!
Kredit: IG Ustaz Amin
This website uses cookies.