Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. Sifat dermawan makeup artist yang juga selebriti media sosial, Nabilah Zulyadaini ini misalnya sering menjadi sebutan masyarakat yang terinspirasi dengan kisah anak nelayan tersebut.
Tidak putus memanjatkan syukur pada Yang Esa di atas rezeki pinjaman-Nya, ibu tiga anak itu berkongsi nilai sumbangan dermanya ke Asia Barat yang mencecah lima angka semalam.
Tanpa ada niat menunjuk, screenshot resit pindahan wang dan bukti perbualannya dengan NGO dikongsikan pada umum sebagai tanda penghargaan beliau buat pelanggan Bellaz Beauty.
Bukti derma Bellaz kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia
“Alhamdulilah terima kasih yang mendoakan Bellaz. Minta maaf saya tak cens0r amaun tu. Niat saya hanya Allah Taala saja tahu. Bellaz gunakan platform media sosial untuk bagitahu yang sekarang ni kita perlu bantu saudara-saudara Islam kita di Palestin… Mengajak yang mana ada lebih tu bantulah, insyaAllah. Minta maaf sekali lagi.” Bellaz
Isteri kepada Anuar Ahmad itu yang memiliki hampir dua juta followers Instagram dan Facebook turut memanjatkan syukur kerana ramai yang menyokongnya dengan membeli barangan Bellaz Beauty.
“Tanpa anda tak mungkin Bellaz dapat sumbangkan buat saudara kita di sana. Hampa banyak support Bellaz. Semoga ada pahala sumbangan buat kita semua… Aamin…”
Bellaz dan suami
Ads
Salah satu billboard gergasi iklan Bellaz Beauty
Pada usia yang belum mencecah 30 tahun, kejayaan anak jati Tanjung Dawai, Kedah ini sering menjadi inspirasi generasi muda. Meskipun dilahirkan dalam keluarga susah, Bellaz tidak malu menceritakan pengalamannya berniaga kuih sebelum mula serius mendalami dunia solekan tujuh tahun lalu.
Bermula dengan live tutorial mekap di Facebook Make up by Bellaz, nama wanita jelita ini mula meniti bibir peminat solekan di media sosial. Rentetan itu, Bellaz tampil dengan rangkaian produk mekap sendiri di bawah empayar Bellaz Beauty, yang kini mendapat tempat di hati wanita Malaysia.
Ads
IKHLAS
Susulan isu kemanusiaan yang kini semakin hangat, semakin banyak pihak terutamanya individu seperti Bellaz tampil menyerahkan sumbangan kepada badan NGO yang menguruskan tabung kutipan amal.
Bellaz sendiri menyerahkan amanah kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia naungan satu-satunya anak Malaysia yang tinggal di Palestin iaitu Nadir Al-Nuri untuk menguruskan bantuan.
Gambar raya Bellaz sekeluarga
Ads
Anak bongsu Bellaz, Ean
Berita tersebut dikongsikan menerusi hantaran di Instagram dan Facebook untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.
Kata Bellaz lagi, sumbangan itu merupakan satu inisiatif bagi pihaknya untuk membantu penduduk yang memerlukan di sana.
Syabas Bellaz! Semoga lebih ramai usahawan dermawan Malaysia tampil menghulurkan bantuan kewangan yang sangat penting waktu ini untuk misi kemanusiaan.
Sumber: Facebook Muabellaz
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggal 13 Mac 2019 menjadi memori terindah Mawar Rashid kerana pada detik itulah dia akhirnya bergelar seorang ibu. Waktu itu dia baru berusia 24 tahun dan selamat melahirkan bayi lelaki comel yang diberi nama Raden Muhammad Rafael secara normal. Mengakui kompas hidupnya berubah sejak kehadiran Rafael namun ibu muda ini positif
mendepani hari mendatang bersama suami tercinta, Raden Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Raf.
Kini setelah Rafael meningkat usia setahun barulah Mawar kembali aktif dengan kerjaya seni dan lakonan. Apatah lagi, suami tercinta sentiasa menyokong minat dan apa juga keputusan Mawar. Selain bakal membintangi sebuah telemovie, selebriti cantik ini juga dilihat semakin ligat merencana empayar kosmetik, Mawarose. Dalam diam rupa-rupanya Mawar sudah pun bergelar usahawan.
Teruja berkongsi perniagaan kosmetik yang diusahakan, dia berkata, “Mawar tengah dalam perbincangan untuk masuk berlakon balik. First lakonan saya selepas ada baby ini ialah Thank You, Kapten. Lepas habis cerita tu, Mawar ambil cuti sekejap untuk beri tumpuan menghasilkan produk Mawarose. So far, kami dah berjaya keluarkan produk lip and cheek serum Magic Rose. Istimewanya produk ini, ia turut dijual melalui vending machine. Jadi lebih mudah untuk pembeli mendapatkan produk Mawarose.”
Ditanya rutin harian sejak adanya Rafael, sambil tertawa Mawar membuka cerita, “Jujur, sejak ada anak Mawar tak pernah dapat tidur yang cukup. Katakan kalau balik dari shooting dan sebagainya pukul 3 pagi, dalam pukul 5 atau 6 pagi macam tu Mawar dah terjaga sebab Rafael jenis bangun pagi. Untuk pastikan rutin Mawar tidak terkejar-kejar, preparation dari segi masa sangat penting.
Waktu makan anak pun Mawar letak dalam phone sebab kadang-kadang terlupa sebab sibuk. Pendek kata, rutin harian dah bertambah. Tapi setakat ini walau sibuk macam mana pun dengan bisnes dan shooting, Mawar tetap ada masa untuk anak-anak, suami dan keluarga. Kalau rancang masa betul-betul, mesti kaum ibu di luar sana pun boleh buat.”
Sememangnya menjadi ibu pada usia muda bukan satu tugas mudah. Tanpa bantuan insan tersayang dan pengurusan masa yang bijak pastinya tugas tersebut tidak mampu dilaksanakan dengan sempurna. Pun begitu, Mawar sangat bertuah kerana sejak melahirkan Rafael, amanat menjaga anak kecil turut dibantu ibu kandung iaitu Marinee Abdullah dan ibu mentua, Datin Umi Kalsom.
Mawar Rashid mendirikan rumah tangga bersama Raf pada 9 November 2017. Sebelum berkahwin dengan Mawar, Raf mempunyai dua orang anak iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela menerusi perkahwinan terdahulu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kelima-limanya cukup jelita. Daripada Rahimah, Rozita, Rubitah, Rohaiza dan Raudhah, populariti puteri-puteri Puan Zabedah Saad ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.
Minggu lalu, pertemuan Nona dengan adik-beradik perempuan Rozita Che Wan sempena penggambaran cover turut mengungkap ‘penghijrahan’ terbaru salah seorang daripada mereka iaitu Ruby.
Gaya Ruby sebelum ini
Jika sebelum ini, gambar Ruby yang juga isteri kepada pelawak terkenal, Lan Pet Pet tersebar di Instagram dalam gaya berhijab labuh, tapi hari itu kami menjadi saksi betapa ayunya penampilan Muslimah sejati yang tersarung di tubuhnya.
Ruby mula mengenakan tudung labuh atau khimar, berbaju longgar dan dilihat semakin rajin menepati syariat Islam semenjak pulang dari Mekah. Barangkali hidayah itu sampai di sana, hingga Ruby sendiri terbuka hati menukar penampilannya ke arah yang lebih Islamik.
Alhamdulilah, beruntung sangat Lan Pet Pet beristerikan Ruby yang cantik dan sopan!
Ruby juga tidak ketinggalan berkongsi 33 pesanan Rasulullah SAW ini sebagai peringatan kepada diri sendiri serta kaum wanita yang lain. Ringkas tapi menginsafkan! Semoga bermanfaat!
Jangan menolak kebaikan suami.
Menjadi perempuan yang dinikahi kerana agamanya.
Menjadi perempuan solehah untuk suami.
Menjadi perempuan solehah.
Menjadikan rumah sebagai tempat solat yang paling baik.
Minta izin suami apabila hendak puasa sunat.
Bersolek untuk suami.
Dilarang memakai perhiasan secara berlebih-lebihan.
Berangkat haji, kerana hal itu adalah jihad kaum perempuan.
Tidak boleh tabarujj (menampakkan aurat/kecantikan).
Hati-hati memakai minyak wangi.
Jika mahu pakai minyak wangi, pakailah yg khusus utk perempuan.(wangian ringan)
Cara mempercantikan diri yg dilaknat Rasulullah SAW.
Nikahlah anak perempuan dengan lelaki soleh.
Perbanyakkanlah sedekah dan mohonlah ampun.
Menjadi pemimpin di rumah suami.
Mintalah izin suami saat memberi dari hartanya.
Menjadi perempuan yang terbaik.(buat suami senang melihatnya).
Taat kepada suami.
Haram menuntut cerai kepada suami tanpa sebab.
Elakkan ikhtilat (bercampur dgn lelaki).
Laknat bagu perempuan yg menyerupai lelaki.
Mengurus rumah sama dengan berjihad di jalan Allah.
Mendidik dan menafkahi anak.
Dilarang meratap.
Tidak mengiringi jenazah ke perkuburan. (Tidaklah haram tetapi tidak digalakkan).
Jangan pernah meremehkan dosa kecil.
Bersikap adil dalam memperlakukan anak.
Jangan mendoakan keburukan bagi anak.
Elakkan mengumpat.
Berbuat baik kepada orang tua terutama ibu.
Janganlah rasa malu/menghalang perempuan untuk menuntut ilmu. (Menyampaikan/pencerahan pekara/ilmu yg peribadi kpd wanita).
Ibu bapa mana yang tak gembira dan bangga apabila anak-anaknya berjaya dalam akademik. Penyanyi rock terkenal era 90an, Rahmad yang juga vokalis kumpulan Mega berkongsi berita gembira apabila anak lelakinya, Suhazri Amrin, 27, baru saja berjaya menggenggam Sarjana Sains (Master).
Sebelum ini, anaknya itu telah menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda Kejuruteraan Elektrik pada tahun 2018 sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana.
Rahmad hadir meraikan konvokesyen anaknya di Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke 17 di Kompleks Sukan UMP.
Menerusi Instagram, Rahmad berkogsi momen indah itu sambil menitipkan doa buat anaknya itu agar terus melakar kejayaan di masa hadapan.
“Tahniah buat anakanda Suhazri Amrin kerana telah berjaya menyelesaikan Sarjana Sains di UMP. Papa doakan semoga terus berjaya.”
Selain koleksi foto, Rahmad turut berkongsi video sekitar majlis tersebut.
Lebih manis, Rahmad turut membuat kejutan dengan membuat persembahan sambil ditemani anaknya ketika membuat persembahan di pentas. Rahmad mendendangkan lagu popularnya berjudul Takdir Dan Waktu yang telah menarik perhatian tetamu yang hadir.
Menurut Rahmad, peranan ibu bapa sangat penting bagi memastikan anak-anak minat terhadap ilmu. Ibu bapa haruslah sentiasa menyokong minat serta pencapaian akademik anak-anak.
“Jangan sekat minat anak. Kita harus lihat kecenderungan dan potensi anak-anak serta menyokong apa jua minat mereka.”
Instagram Rahmad turut dihujani ucapan tahniah daripada para peminat, pengikut serta rakan-rakan artis. Antaranya Datin Salwa Abdul Rahman, Haiza Hanafi, Azian Mazwan dan Feeya Iskandar.
Sumber Foto: Instagram Rahmad Mega
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!