Cantik manis orangnya dan sangat merendah diri biarpun berasal dari golongan bangsawan. Engku Liyana Zafirah Engku Mohd Suhaimi, kerabat Diraja Pahang, 29, yang mesra digelar sebagai Engku Liyana ini sebenarnya seorang yang sangat aktif dan bijak.

Ads

Dalam erti kata lain beauty with brain! Engku Liyana juga seorang anak muda yang sangat komited serta cemerlang dalam kariernya.

Minum Air Kosong & Aktif Bersukan Rahsia Menawan ENGKU LIYANA ZAFIRAH Di Usia 30anSebelum bergelar Pegawai Eksekutif di salah sebuah universiti tempatan, siapa sangka Engku Liyana pernah bekerja sebagai juruwang di sebuah farmasi kesihatan sekitar tahun 2007. Terbukti, sejak usianya belasan tahun Engku Liyana sudah pun mempunyai semangat juang yang tinggi untuk berdikari.

Minum Air Kosong & Aktif Bersukan Rahsia Menawan ENGKU LIYANA ZAFIRAH Di Usia 30an“Saya seorang yang komited dengan apa yang dilakukan dan sukakan cabaran. Prinsip saya sentiasa berusaha, ikhtiar, tawakal dan doa. Namun dalam masa sama saya perlu beringat juga, tak semua yang kita nak tu akan dapat.”

AKTIF BERSUKAN
“Selalunya selepas waktu kerja jadual saya penuh dengan aktiviti sukan. 1-2 kali dalam seminggu saya bersama rakan-rakan akan turun ke Kuala Lumpur untuk bermain badminton atau futsal. Namun memandangkan keadaan semasa sekarang, saya hanya melakukan aktiviti kecergasan di rumah.

Minum Air Kosong & Aktif Bersukan Rahsia Menawan ENGKU LIYANA ZAFIRAH Di Usia 30anMinum Air Kosong & Aktif Bersukan Rahsia Menawan ENGKU LIYANA ZAFIRAH Di Usia 30anMinum Air Kosong & Aktif Bersukan Rahsia Menawan ENGKU LIYANA ZAFIRAH Di Usia 30anMinum Air Kosong & Aktif Bersukan Rahsia Menawan ENGKU LIYANA ZAFIRAH Di Usia 30anKadang-kadang lepas kerja saya akan berjoging saja di trek berhampiran tempat kerja. Kalau terlalu penat barulah saya akan berehat di rumah sambil meluangkan masa bersama anak-anak saudara. Walaupun aktif bersukan saya juga seorang yang family oriented. Saya juga tak akan membawa semua urusan kerja ke rumah kecuali kalau terlalu mustahak.”

AMAL PEMAKANAN SIHAT
“Saya hanya amalkan air kosong secukupnya setiap hari. Disebabkan aktif bersukan telah mendorong saya untuk minum air dengan banyak. Saya turut mengurangkan makanan berminyak dan bergoreng.

Minum Air Kosong & Aktif Bersukan Rahsia Menawan ENGKU LIYANA ZAFIRAH Di Usia 30anSejak kecil keluarga saya memang tak galakkan kami ambil makanan ringan, minuman manis dan bergas. Alhamdulillah sampai sekarang kami masih pegang nasihat itu.

Ads

Selain itu, saya sentiasa melalui hari-hari dengan positif demi kesihatan mental dan fizikal yang baik sekaligus dapat mengekalkan awet muda.”

MAHU MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA
“Sebagai anak saya sentiasa berusaha untuk membahagiakan dan menyenangkan kedua ibu bapa. Mungkin tak akan terbalas jasa mereka tapi saya akan merasa puas jika dapat melihat mereka bahagia dan gembira.

Ads

Minum Air Kosong & Aktif Bersukan Rahsia Menawan ENGKU LIYANA ZAFIRAH Di Usia 30anMerekalah sumber inspirasi saya sejak kecil. Kedua-duanya tegas dan berdisiplin dalam mendidik. Sejak kecil saya dan adik beradik dah diajar untuk melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh sampai jadi. Seterusnya saya mahu fokus kepada kerjaya. Saya bersyukur kerana keluarga sentiasa menjadi tulang belakang untuk saya lakukan yang terbaik.”

Minum Air Kosong & Aktif Bersukan Rahsia Menawan ENGKU LIYANA ZAFIRAH Di Usia 30anWANITA INSPIRASI
“Perjalanan untuk mencapai gelaran sebagai wanita inspirasi masih jauh. Setiap wanita ada potensi tersendiri untuk berjaya walaupun apa pun statusnya. Tuhan menjadikan wanita untuk memberi manfaat luar biasa buat keluarga, masyarakat dan negara.

Apa yang penting yakin untuk menjadi yang terbaik dalam bidang kerjaya masing-masing. Seorang wanita inspirasi mampu berdiri di kaki sendiri dan tak bergantung sepenuhnya dengan lelaki walaupun bergelar isteri dan ibu.” akhirinya.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI