Fesyen

“Mira Buka Tudung Ke?” Kembar Seiras Dari Rahim Berbeza, Ramai Terpegun Tengok Persamaan Mira Filzah & Tracie Sinidol!

Kecantikan Juara Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol sering dikatakan mirip dengan selebriti terkenal Mira Filzah. Persamaan tersebut akhirnya menyatukan dua nama ini dalam satu kempen MF Collection yang baru dimuat naik oleh Mira, memang seiras sungguh macam adik-beradik kembar!

Tidak menafikan hal tersebut, Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, menyifatkan Tracie, 22, adalah kembarnya yang telah lama terpisah.

 

Walaubagaimanapun menurut gadis peranakan Murut dan Dusun yang pernah dinobatkan Unduk Ngadau Tambunan 2021 itu, dia sebelum ini enggan dikaitkan dengan populariti Mira Filzah sebaliknya mahu berdiri atas bakat sendiri.

Tracie, anak kelima daripada sembilan beradik itu berbakat dalam bidang lakonan, nyanyian dan tarian. Tracie juga pernah berlakon dalam telemovie ‘Malaysiaku 16 September’ dan ‘Budak Pasar’ arahan pengarah Dato Jurey Rosli.

Menurut ibu yang juga pengurusnya, Veronica Tajin, Tracie banyak mendapat tawaran sejak dia viral di bangku sekolah, tetapi banyak yang terpaksa ditolak kerana masih bersekolah.

Instagram @mfmirafilzah

 

Instagram @mfmirafilzah

Tampil menggayakan koleksi skarf terbaharu MF Collection disamping Mira Filzah, penampilan Tracie Sinidol memberi variasi kepada koleksi skarf untuk wanita tidak berhijab.

Didatangkan dalam rona-rona terang, koleksi ini menyuntik jiwa moden untuk para hijabi yang gemarkan kelainan. Koleksi ini bakal dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai 2023.

 

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/mirip-mira-filzah-qasrina-karim-ada-ijazah-bahasa-kesusasteraan-inggeris-gadis-muslimah-pintar/

Share
Published by
Norzalina