Dalam tiga orang adik-beradik, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badieozaman ialah anak yang paling rapat dengan ibu dan ayah tersayang. Membahasakan ibunya dengan panggilan ‘Mak’, Mira satu-satunya anak yang enggan memasuki sekolah asrama seperti kakak dan adiknya.
“Boleh kata Mira paling rapat berbanding tiga adik-beradik lain. Macam kakak dan adik Mira, selepas darjah 6 mereka dah masuk boarding school. Mira ni jenis tak nak masuk boarding school… nak duduk dekat rumah je. So Mira the only one yang paling lama dan bersama dengan mak dan abah di rumah.
Ads
Hampir setiap masa ada dekat rumah dan hampir setiap masa jugalah muka ni yang mereka hadap. Kalau mereka nak bebel ke marah ke, muka inilah juga sebab adik-beradik lain tak ada dan jauh.”
Ditanya sejauh mana hubungan Mira bersama ibu tersayang, aktres yang makin dikenali ramai ini mengakui dia cukup akrab dengan keluarga. Terutamanya mak! “Mira dan mak very direct. Kalau rasa nak tanya apa pun Mira akan tanya sebab Mak very open… very transparent. Tak ada benda yang Mira tak tahu dan tak ada benda yang mak tak tahu pasal Mira. Even mak pun ada bercerita tentang dirinya waktu muda-muda.”
Tambahnya lagi, meskipun pada awal pembabitan Mira dalam industri seni kurang disenangi keluarga namun melihat minat dan kesungguhan duta Ariani ini untuk melakar kejayaan membanggakan, mereka akhirnya merestui perjalanan Mira Filzah. “Pada awalnya memang agak ini tak boleh… itu tak boleh.
Tapi as time goes by, dia mula memahami. Iyalah, benda-benda biasa yang kita tak boleh nak elak bila dah bergelar anak seni. Tapi satu je dia pesan dan ingat sampai sekarang iaitu jangan sampai lalai ataupun lupa diri.”
Tatkala menyentuh soal kahwin, jelitawan berusia 26 tahun ini tersenyum dan membuka bicara. “Ada satu cerita. Adik Mira, mak bagi lepas kahwin dulu (sebelum Mira). Dia cakap, ‘Angah last lah… bagi Aina (adik) lepas dulu. Angah last ok, angah kerja dulu.’ Itu pesanan dia. Kadang-kadang Mira rasa macam, “Hmmm… tak nak lepas lagi lah tu.”
Mana tidaknya, Mira kan anak paling rapat. Mungkin ibunya masih rasa ‘berat’ hendak melepaskan anak untuk berkahwin. InshaAllah, bila sudah tiba masa nanti pasti ibu Mira sendiri yang mahu urusan perkahwinan Mira disegerakan. Bila ditanya sanggupkah dia menjaga ibu selepas mendirikan rumah tangga kelak, Mira lantas mengangguk kepala tanda dia sanggup buat apa saja demi insan yang melahirkan.
Ads
“Walaupun syurga di bawah tapak kaki suami lepas kahwin, tapi ibu tetap kita kena jaga… kena sayang. Ibu kita sendiri, itu masih tanggungjawab kita. Kita sebagai anak perempuan lagilah kita patut rasa lebih dekat dengan ibu.”
Kagum dengan kasih sayang Mira terhadap keluarga lebih-lebih lagi ibu tersayang. Walau kerjaya seni kini berada di puncak dan berjaya, dia tetap berpegang teguh dengan nasihat kedua orang tuanya dan kekal merendah diri. Semoga kejayaan Mira menjadi penyuntik semangat kepada wanita di luar sana dan terus mempamer imej yang baik kepada masyarakat.
Ads
Kredit foto: Instagram Mira Filzah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Safi Rania Gold tidak pernah jemu mencipta keajaiban untuk wanita tampil cantik menawan. Kali ini Safi Rania Gold, rangkaian penjagaan wajah halal No. 1 di Malaysia hadir dengan solusi terkini melalui sentuhan emas Teknologi BEETOX seterusnya menghasilkan bingkisan keremajaan yang diidam-idamkan wanita serta mampu dimiliki semua.
Majlis pelancaran yang berlangsung di Dewan Utama, St. Giles The Garden, Grand Hotel & Residences Kuala Lumpur turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif Wipro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd., Sriram Krishnamurthy dan Mahsuri Sulaiman selaku Pengurus Pemasaran (Safi) Wipro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd.
Dalam majlis minum petang yang bertemakan keemasan ini, Mahsuri telah telah memperkenalkan Nano Gold 24K dengan Teknologi BEETOX buat pertama kalinya kepada umum. Nano Gold 24K ini bersulamkan amino peptida bakal memberikan aksi berganda bagi meningkatkan proses sintesis kolagen I dan III seterusnya meningkatkan penghasilan kolagen 2 kali ganda.
Teknologi BEETOX yang dicipta pula merupakan gabungan keajaiban – Bisa Lebah, Madu, Jeli Diraja dan Propolis. Ia bukan sahaja berkesan untuk menguatkan struktur dalaman kulit dengan mengaktifkan pengeluaran kolagen, formulasi ini juga boleh merawat dan menghalang penuaan. Hasilnya tekstur kulit wajah akan kelihatan muda remaja secara semula jadi.
Acara kemuncak apabila majlis memperkenalkan Eliksir Keremajaan Safi Rania Gold, formulasi dwi-aksi untuk menggandakan kuasa anti-penuaan dan anti-pigmentasi. Dalam majlis yang sama turut memperkenalkan wajah terbaharu iklan Safi Rania Gold, Farahdina Mufti, seorang pelakon dan model terkenal dari Indonesia. Majlis turut diserikan dengan kehadiran pelakon kesayangan ramai, Rita Rudaini dan doktor viral berbadan sasa, Dr. Say Sazril.
Sebelum menamatkan ucapannya, Mahsuri sempat menitipkan tip kecantikan buat wanita Asia. “Untuk mendapatkan kulit wajah muda remaja, pastikan anda tidak lupa untuk membersihkan wajah dan gunakan pelembap sepanjang hari, skrub setiap minggu dan lindungi kulit anda daripada sinaran matahari. Dengan penggunaan produk yang betul pada wajah, anda akan melihat hasilnya dalam masa yang singkat,” kongsi Pengurus Pemasaran (Safi) Wipro Unza Malaysia. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Linda Onn telah mengadakan majlis cukur jambul untuk puteri sulungnya, Ungku Zara. Majlis diadakan serba ringkas dengan hanya menjemput kumpulan marhaban dan pihak keluarga terdekat. Tiada pelamin dan dekorasi majlis seperti kelaziman majlis cukur jambul. Linda Onn memilih untuk mengadakan majlis serba ringkas dan sederhana.
Penyampai radio terkenal ini telah selamat melahirkan bayi sulungnya pada 24 Februari 2018. Berikut dikongsikan sekitar majlis cukur jambul Ungku Zara.
Sumber: Instagram Linda Onn
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan selebriti sensasi Nick Jonas dan Priyanka Chopra Jonas baru-baru ini meraikan Deepavali dan kali ini, ianya lebih istimewa kerana dapat meraikan sambutannya dengan anak perempuan mereka. Meraikan Deepavali Selasa lalu, Priyanka berkongsi gambar dengan anak kesayangan mereka, Malti Marie Chopra Jonas, sembilan bulan di laman Instagramnya.
Menerusi foto-foto yang dikongsikan, kelihatan Priyanka duduk sambil memangku Malti. Walau bagaimanapun sehingga kini masih belum kelihatan wajah si kecil mereka kerana kedua-dua masih lagi bertindak menyembunyikan wajah mereka kepada tatapan umum.
“Kasih sayang, keamanan dan kemakmuran kepada semua. Dari hati yang benar-benar sarat dengan kesyukuran, saya mengucapkan Selamat Menyambut Diwali kepada anda semua”, tulis Priyanka menerusi hantarannya itu.
Untuk rekap, Priyanka dan Nick sebelum ini berkongsi berita gembira mereka menyambut bayi sulung melalui kaedah ibu tumpang. Difahamkan, ibu tumpang tersebut melahirkan bayi berkenaan ketika usia kandungan 27 minggu di sebuah hospital di California, Amerika Syarikat.
Nick dan Priyanka berkahwin pada 1 Disember 2018 selepas bertunang pada Mei 2022 dan perkahwinan mereka nyata mengundang bualan berikutan jarak usia 10 tahun antara mereka.
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...