Apabila menjadi Public Figure dan dikenali, sudah pasti mendapat perhatian dan spotlight dari orang ramai.
Atas dasar ini, maka pasti ada individu-individu yang tidak bertanggungjawab serta gemar mengambil kesempatan ‘menangguk di air yang keruh’ seperti apa berlaku kepada pelakon dan juga personaliti popular, Mira Filzah ini.
Menerusi hantaran di IG Story miliknya, Mira menguar-uarkan bahawa terdapat segelintir pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan namanya tanpa segan silu dan menyamar bagi mendapatkan sponsor
menerusi aplikasi WhatsApp.Sumber gambar: Lobak Merah
Perkara ini mula diketahui oleh Mira sendiri apabila dimaklumkan oleh jirannya berhubung perkara berkenaan, kerana secara kebetulan jiran Mira adalah kenalan rapat pengusaha biskut tersebut.
Jirannya memaklumkan bahawa, pengusaha biskut itu menerima satu mesej di aplikasi WhatsApp oleh individu yang mendakwa dirinya sebagai ‘Mira Filzah’.
Akibat merasa sangsi dan khuatir dengan perkara itu, pengusaha biskut tersebut meminta jiran Mira untuk mendapatkan kesahihan dengan bertanyakan perkara ini kepada tuan empunya badan.
Justeru, Mira menafikan sekeras-kerasnya perkara ini dan dengan tegas menyatakan bahawa dia tidak pernah meminta sebarang sponsor secara peribadi menerusi aplikasi WhatsApp.
Mira turut menyatakan kekesalan serta ketidakpuasan hatinya berhubung perkara yang berlaku ini. Sehubungan itu, tegasnya kenyataan ini dibuat agar orang ramai lebih cakna dan waspada serta tidak termakan ‘umpan’ pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
“Ini apa yang kita tahu, apa yang kita tak tahu, tak tahu lah kan. Jadi Mira rasa better Mira post dekat sini. Kalau ada sesiapa minta sponsor apa-apa melalui WhatsApp, itu bukan Mira.”
Jadi, berhati-hati lah sis! Ingat tak semua nombor individu yang mesej anda menggunakan nama artis dan personaliti-personaliti terkemuka itu benar, awas ya! Sekarang ini scammer berleluasa di mana-mana sahaja. Malah, mereka sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan tanpa kita sedari.
NONA sarankan agar sis semua semak dahulu kesahihan individu yang menghubungi anda, sebelum bersetuju dengan permintaan yang dianjurkan mereka.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber gambar: Instagram Mira Filzah & Lobak Merah
This website uses cookies.