Mira Filzah Makin Cantik, Sarat Mengandung 8 Bulan & Bakal Masuk Kelas Antenatal

Kejelitaan pelakon drama The Hotel ini memang tak perlu dipertikaikan lagi. Malah Mira Filzah makin cantik dan berseri-seri sejak bakal bergelar ibu tak lama lagi.

Dalam diam, sudah 8 bulan usia kandungan Mira Filzah dan tak lama lagi isteri kepada Wan Emir Astar yang merupakan anak sulung kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid ini bakal bergelar seorang ibu.

Foto: Instagram @mfmirafilzah

NONA cuba mendekati Mira Filzah untuk bertanya khabar tentang dirinya. “Tak ada story sangat pun. Mira dah 8 bulan hamil so nothing much, tak ada shooting drama atau filem baru pun,” gurau Mira Filzah makin cantik dan terserlah seri ibu mengandung.

Sebagai ‘mommy to be‘ sudah tentu Mira Filzah teruja dengan fasa kehidupan yang bakal ditempuhnya. Cerita Mira Filzah tentang persiapannya bergelar ibu, “Setakat ini sejujurnya tiada lagi persiapan yang Mira buat.

Foto: Instagram @mfmirafilzah

Mira tak beli apa-apa barang lagi kecuali hadiah daripada kawan-kawan dan klien. Tapi, Mira ada order barang online. Semua tu tak sampai lagi, should be by end of March insyaallah semua barang tu sampai,” tutur Mira Filzah.

Wanita yang bakal berusia 29 tahun pada 2 April nanti juga akan mengambil cuti untuk menumpukan perhatian proses kelahiran anak sulungnya nanti.

Foto: Instagram @mfmirafilzah

“Mira akan take a break bermula bulan April sebab kita dah mula puasa. Pertengahan April pula Mira dah cukup bulan (full term). Jadi, bulan April Mira tak ambil apa-apa photo shoot.

Semua endorsement engagement Mira terpaksa push forward ke bulan Februari dan Mac. Dua bulan kebelakangan ini Mira sangat-sangat sibuk dengan komitmen Mira sebab bakal bercuti termasuk bersalin dan berpantang nanti. Mungkin tiga hingga ke empat bulan Mira akan bercuti.

Foto: Instagram @mfmirafilzah

Jadi dua bulan ini memang sangat pack dan hectic membuatkan Mira tidak fikir lagi pasal persiapan baby. Mira fokus untuk habiskan photo shoot

serta iklan TV dan sebagainya,” ujar Mira Filzah lagi.

Tambahnya lagi, “Daripada segi persiapan lain Mira ada book antenatal class sebagai persediaan sebelum bersalin dan juga breast feeding class. Mira akan menghadiri kelas ini hujung bulan ini atau awal April nanti. Mira akan susun tarikh selepas selesai semua komitmen kerja,” kata Mira tentang persiapannya untuk bergelar ibu.

Foto: Instagram @mfmirafilzah

Terdetik untuk bertanya Mira Filzah tentang kunjungannya ke klinik kiropraktik baru-baru ini. “Macam chiro tu, Mira nampak dekat Instagram the feed back is very good, very genuine and very legit.

So, I think it’s a good place for one of the preparation untuk sebelum bersalin. Macam Mira, alhamdulillah sepanjang pregnancy tak ada alahan tak ada muntah-muntah, all good.

Foto: Instagram @mfmirafilzah

Tapi bila dah masuk third trimester ni dah 8 bulan ni memang ada sakit belakang dan susah nak tidur. Mira tak ada buat yoga, jogging dan sebagainya. Banyak photo shoot dan duduk kat rumah. Kalau duduk kat rumah, duduk saja, baring, tidur, makan dan tengok TV apa semua.

So I think it’s good for me to have something

untuk relaks kan otot dan sebagainya. Mira rasa probably everyone kalau yang tak mengandung pun pasti ada effect on the muscle, back pain, tulang dan sebagainya.
Foto: Instagram @mfmirafilzah

Jadi Mira pergi chiro as one of my preparation and effort untuk proses kelahiran nanti. Hopefully dapat bantu Mira in term of naturally birth, insyaallah,” tutur Mira mengakhiri perbualan.

Baca juga; Sering Sebar Kasih Sayang, Datuk Prof Muhaya Awet Muda Walau Dah Umur 65 

Share
Published by
Hamizatul Maizan