Setakat semalam (laporan yang dikemaskini pada 22 Mac 2020, 5.00 petang), jumlah kes keseluruhan COVID-19 adalah 1,306 orang dan jumlah kematian pula telah meningkat ke 10 orang. Ini bukan suatu jumlah yang boleh dibanggakan.
Ads
Kita sebagai rakyat wajib berganding bahu memutuskan rantaian COVID-19 dengan bertindak mematuhi arahan pihak berwajib dan duduk di rumah #DudukRumah.
Selebrti kesayangan ramai, Mira Filzah telah menzahirkan perasaan sedih dan takut usai berkongsi sebuah posting yang telah dikongsi oleh Pendakwah, Mufti Menk atau nama sebenarnya Ismail ibn Musa Menk di laman Instagram.
“Sesuatu untuk difikirkan, wallahualam. Takut, sedih, semua ada lepas tengok video ni. Bayangkan, orang yang berilmu agama tinggi beritahu apa yang dia rasa, “Prepare for more deaths,”. Adakah kita bersedia untuk itu?
My dear 6 million followers, tolong duduk rumah, muhasabah diri, dekatkan diri dengan Allah SWT. Banyakkan berdoa, agar semua akan reda dan jadi seperti biasa. Pandemik ini tidak mungkin akan terhapus hanya dalam masa dua minggu. Situasi ini pasti berterusan.
Ads
Kali ini, bukan setakat jaga kebersihan saja tetapi, jaga hubungan kita dengan Allah SWT. Kita tak akan pernah tahu bila tiba ‘giliran’ kita. Lets do the best and have faith in Allah. #stayathome
Nasihat Kesihatan Berkaitan COVID-19
Ads
Selama tempoh ini, orang ramai diminta untuk berada di rumah. Pada masa kini terdapat pelbagai senaman di rumah yang boleh dilakukan, contohnya;
Senaman yang berbentuk kardio bagi yang mempunyai basikal senaman atau treadmill di rumah.
Senaman yang menggunakan berat badan sendiri seperti push-up, squats, planks, burpees dan lounges (yang menggunakan pelbagai otot tanpa memerlukan peralatan khusus), senaman Tabata dan senaman ringan seperti yoga atau tai chi.
Sekiranya tidak sihat, hubungi virtual health advisory dan mengikuti sesi Webinar yang akan diadakan setiap hari bermula pada jam 9.00 pagi melalui pautan berikut;
Sebut sahaja filem Ketika Cinta Bertasbih, pasti kenal dengan pelakon watak utama, Anna Althafunnisa’ yang dibawa oleh pendakwah terkenal Indonesia, Dr Oki Setiana Dewi yang sememangya dilihat begitu sopan dan manis dalam penampilan patuh syariah yang digayakan.
Terdahulu, Neelofa sempat menemubual Oki ketika beliau hadir sebagai tetamu jemputan bagi episod ketujuh program ‘Next To Neelofa 2’ dan Oki telah berkongsikan detik sukar yang pernah dialaminya sewaktu baru bergelar pelakon.
Bayaran Lumayan Menanti, Jika Sanggup Buka Tudung Sekejap
Oki secara eksklusif telah berkongsikan momen di mana dirinya pernah menerima tawaran bayaran yang lumayan sekiranya dia sanggup membuka tudungnya bagi beberapa babak lakonan. Namun, Oki dengan tegas telah menolak tawaran tersebut.
“Saya kata tak boleh sebab saya pakai tudung. Dia kata tak apa lepas sekejap, selepas tu pakai balik.
“Dia tanya yakin ke tak nak terima tawaran ini dalam nada marah. Wang tawaran masa tu sangat banyak. Tapi saya tetap pertahankan hijab saya.
“Dia kata lagi kepada saya, kamu berhijab tak akan pernah jadi siapa-siapa,” ujar Oki.
Tambah Oki lagi, dia menangis begitu teruk ketika detik itu, kerana dia amat memerlukan wang untuk membiayai perubatan ibunya, dan mahukan ibunya mendapat rawatan terbaik dengan menggunakan wang itu.
Oki Yakin Rezeki Di Tangan Allah, Tak Perlu Gadai Maruah
Bagaimanapun, dia yakin dan percaya bahawa jika dia berkeras mahu memakai tudung maka Allah akan membantunya.
“Tapi saya minta kepada Allah dan percaya kepada Allah. Saya tetap nak pertahankan hijab saya.
“Meskipun wang yang ditawarkan sangat lumayan, saya masih berpegang pada pendirian di mana dia harus memakai hijab tanpa membukanya,” jelasnya.
Alhamdulillah, setiap ujian yang Allah beri pada seseorang pasti ada ganjaran yang sedia menanti, NONA doakan agar Oki Setiana Dewi kekal istiqamah dalam perjuanganya untuk sentiasa memberi contoh yang baik sebagai seorang muslimah sejati.
Selesa dengan penampilan yang ringkas serta wajah polos tanpa solekan tetap menyerlahkan kecantikan asli yang dimiliki Saida yang bakal menginjak usianya yang ke-45 tahun pada tahun ini. Memang natural beauty!
AWET MUDA
Cukup terinspirasi dengan Saida kerana biarpun kini usianya mencecah 44 tahun namun masih kelihatan awet muda. Bukan saja memiliki kulit yang sihat dan mulus, Saida juga berjaya mengekalkan bentuk tubuh persis anak dara biarpun memegang gelaran ibu anak empat (hasil perkahwinan pertama). Salah satu kelebihan Saida ialah berkahwin muda ketika usianya 20 tahun.
Selain mengamalkan petua makanan sihat, Saida juga aktif dengan aktiviti kecergasan seperti bersukan pada setiap minggu. Itulah yang memberikan kelebihan buat bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam ini yang sentiasa terserlah serinya.
NAMPAK SEBAYA DENGAN ANAK
Kebanyakan para pengikutnya di Instagram akan memuji kecantikan Saida yang tak dimamah usia. Lebih-lebih lagi apabila dia memuat naik gambar bersama anak-anaknya.
Pun begitu perkongsian gambar bersama anak perempuan, Nyssa Ghazali paling mencuri perhatian ramai sehinggakan pernah tular di media sosial. Tak dinafikan sekilas pandang persis ‘adik beradik’ walaupun beza usia mereka 21 tahun! Nyssa yang kini berusia 23 tahun sangat bertuah kerana mewarisi kecantikan ibunya itu.
“Saya dan Nyssa umpama sahabat baik. Kalau berbual kami suka bercakap hal-hal berkaitan dengan kecantikan dan juga fesyen. Itulah persamaan ‘jiwa’ kami sebagai ibu dan anak. Lumrah sebagai seorang perempuan yang sukakan kecantikan.
Harapan saya terhadap Nyssa agar sukses dalam bidang yang diminatinya iaitu kecantikan, fesyen dan seni kreatif. Kalau dia aktif di laman sosial saya tidak kisah kerana faham kebanyakan anak-anak muda hari ini mampu menjana pendapatan sendiri melalui platform tersebut.”
Bagi Nyssa pula, sentiasa murah dengan senyuman dan punya jiwa yang bersih adalah rahsia kecantikan dalaman ibunya yang paling utama.
“Ibu selalu berpesan kepada saya sentiasa murah dengan senyuman, yang ikhlas dari hati. Barulah kecantikan dalaman terserlah sekaligus menampakkan seseorang itu awet muda. Itulah satu-satunya petua yang ibu kongsikan kepada saya. Selebihnya bergantung kepada diri sendiri.”
BAHAGIA BERSAMA SUAMI
Sudah 4 tahun Saida bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat. Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada tahun 2016 dan ianya merupakan perkahwinan kali kedua bagi Saida.
Kredit Foto: Instagram @sitinorsaidatarudin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sememangnya hubungan dengan penerima anugerah Nona Best Technology Business Awards di Nona Superwoman Award 2018 ini tidak pernah putus dan kami sentiasa berhubung. Apabila mendapat perkhabaran bahawa Datin Nur Ezdiani Baharoddin atau lebih mesra disapa Datin Yani ini disahkan positif COVID-19 terus terbayangkan anak-anaknya yang masih kecil.
“So far, saya ok je ni..alhamdulillah,” itu jawapan pertama Datin Yani saat dihubungi. Walaupun sedang berada dalam situasi getir tetapi wanita yang pernah dianugerahkan Tokoh Srikandi Negara dengan gelaran Tun Puteh oleh Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi Malaysia) ini tetap positif.
Bercerita lanjut, “Pada mulanya perasaan saya sama seperti kebanyakan orang lain, resah dan risau. Saya sangat risau kerana bimbang menjangkiti suami, anak-anak dan kedua-dua pembantu rumah. Tapi, selepas dimaklumkan, saya nekad untuk berfikir positif and set my mind positive.
Perkara pertama yang bermain dalam fikiran saya adalah mengenai kondisi suami, anak-anak dan pembantu rumah. Saya cemas kerana mempunyai anak-anak kecil terutama anak kelima mempunyai jantung berlubang dan ini yang paling menakutkan saya,” tutur ibu kepada lima orang anak ini.
SIMPTOM
Tanpa melengahkan masa, saat mengetahui dirinya positif COVID-19, Datin Yani menggesa suami, anak-anak dan pembantu untuk melakukan ujian calitan atau swab test. “Saya sangat bersyukur kerana keputusan mereka semua adalah negatif,” jelas Datin Yani yang tidak mengalami gejala seperti demam, batuk dan selsema tapi mengalami migraine yang sangat teruk serta sakit-sakit sendi.
Sementara menunggu panggilan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Datin Yani bertindak melakukan kuarantin di rumah. “Saya melakukan kuarantin di dalam bilik sendiri, apabila memegang tombol pintu, saya akan memakai hand gloves untuk mengelakkan virus bertebar. Saya sentiasa memakai mask untuk keluar pintu, apabila pembantu rumah menghantar makanan di hadapan pintu bilik. Kebanyakan masa, saya hanya di bilik dan tidak keluar langsung ke mana-mana kawasan dalam rumah.
Sebelum mengetahui keputusan swab test, suami dan anak-anak menjalankan kuarantin di bilik yang berbeza. Anak-anak kecil juga diserahkan kepada pembantu rumah berbeza-beza bilik. Kini, semua keputusan mereka adalah negatif dan mereka menjalankan aktiviti seperti biasa. Cuma mengikut SOP yang berkenaan kerana saya masih POSITIF. Kesemua mereka perlu menjalankan kuarantin untuk tempoh 10 hari,” ujar Datin Yani.
KONTAK RAPAT
“Saya mendapat jangkitan daripada salah seorang pembantu peribadi saya. Pada ketika itu, dia datang ke rumah seperti biasa dan tidak mempunyai sebarang simptom. Pagi raya kedua, saya telah diberitahu bahawa keputusan swab test isterinya adalah positif.
95 peratus keluarganya yang berada di rumah juga positif. Ibunya dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana kesukaran bernafas. Selepas mengetahui berita ini, saya terus mengambil keputusan untuk mengambil swab test dan terus kuarantin diri sehingga mendapat keputusan swab test.
Nasihat saya kepada orang ramai sila ikut arahan kerajaan agar tidak melakukan aktiviti ziarah dan tidak perlu ke tempat yang sesak. Jaga SOP yang telah disarankan seperti tidak bersalaman atau mempunyai body contact dengan sesiapa sahaja. Pastikan tiada tetamu datang ke rumah kerana kita tidak tahu sejarah perjalanan yang dilalui tetamu tersebut,” katanya.
JAGA SOP
“Virus Covid-19 adalah benar dan nyata. Banyakkan membaca untuk sentiasa bersedia denga apa jua kebarangkalian. Ikut dan patuh SOP yang ditetapkan, sentiasa basuh tangan, pakai mask dan elakkan ada sentuhan dengan orang luar atau pelawat dari luar.
Jadilah masyarakat yang sentiasa peka dan bertanggungjawab dalam menangani virus ini. Makan dan amalkan hidup secara sihat untuk memerangi virus ini.
Bagi yang positif, jangan ‘overthinking’. Fikir positif dan ikut SOP yang telah diberikan oleh KKM di dalam tempoh kuarantin. Makan makanan yang sihat untuk menguatkan imun badan. Sama- sama kita semua perangi virus ini,” ucap Datin Yani mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...