Setakat semalam (laporan yang dikemaskini pada 22 Mac 2020, 5.00 petang), jumlah kes keseluruhan COVID-19 adalah 1,306 orang dan jumlah kematian pula telah meningkat ke 10 orang. Ini bukan suatu jumlah yang boleh dibanggakan.
Kita sebagai rakyat wajib berganding bahu memutuskan rantaian COVID-19 dengan bertindak mematuhi arahan pihak berwajib dan duduk di rumah #DudukRumah.
Selebrti kesayangan ramai, Mira Filzah telah menzahirkan perasaan sedih dan takut usai berkongsi sebuah posting yang telah dikongsi oleh Pendakwah, Mufti Menk atau nama sebenarnya Ismail ibn Musa Menk di laman Instagram.
“Sesuatu untuk difikirkan, wallahualam. Takut, sedih, semua ada lepas tengok video ni. Bayangkan, orang yang berilmu agama tinggi beritahu apa yang dia rasa, “Prepare for more deaths,”. Adakah kita bersedia untuk itu?
My dear 6 million followers, tolong duduk rumah, muhasabah diri, dekatkan diri dengan Allah SWT. Banyakkan berdoa, agar semua akan reda dan jadi seperti biasa. Pandemik ini tidak mungkin akan terhapus hanya dalam masa dua minggu. Situasi ini pasti berterusan.
Kali ini, bukan setakat jaga kebersihan saja tetapi, jaga hubungan kita dengan Allah SWT. Kita tak akan pernah tahu bila tiba ‘giliran’ kita. Lets do the best and have faith in Allah. #stayathome
Nasihat Kesihatan Berkaitan COVID-19
Selama tempoh ini, orang ramai diminta untuk berada di rumah. Pada masa kini terdapat pelbagai senaman di rumah yang boleh dilakukan, contohnya;
Sekiranya tidak sihat, hubungi virtual health advisory
dan mengikuti sesi Webinar yang akan diadakan setiap hari bermula pada jam 9.00 pagi melalui pautan berikut;http://www.doctoroncall.com.my/coronavirus
Sumber: moh.gov.my
This website uses cookies.