Dikatakan Mirip Lisa Surihani, Penampilan PERSONALITI DIRAJA BRUNEI Ini Curi Perhatian!

Sekali imbas, wajah dan penampilan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah persis pelakon terkenal Malaysia, Lisa Surihani. Persamaan itu mula disedari ramai ketika keberangkatan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ke Majlis Perasmian Persidangan Isu-Isu Global Borneo Sekolah Antarabangsa Brunei, ISB yang berlangsung semalam.

Raut wajah menawan personaliti diraja Brunei ini yang dikurniakan hidung mancung dan berkulit cerah serta penggayaan hijab bawal polos mengingatkan peminat kepada isteri Yusry Abdul Halim tersebut. Yang pasti, kemunculan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah merasmikan persidangan global itu menarik perhatian masyarakat serantau termasuk di Malaysia.

Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah kelihatan cukup anggun dalam persalinan kurung berwarna kuning lembut dengan gaya hijab minimalis. Tidak hanya menyerlahkan pesona ahli keluarga diraja, kecantikan yang dimiliki Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ternyata berada dalam kelas tersendiri.

Memetik ucapan Pengiran Anak Sarah pada majlis perasmian Persidangan Isu-Isu Global Borneo ISB ke-16 itu ketidakupayaan untuk mengurus kepadatan penduduk dalam pusat bandar dengan berkesan akan menjurus kepada kemusnahan kepada masyarakat dan generasi masa depan.

“Saya gembira Persidangan ke-16 memilih tema yang mengambil kira ancaman yang dihadapi ketika ini serta kebimbangan yang mungkin memberi kesan kepada masa depan kita. Harapan kita adalah untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik bagi generasi akan datang.

Sehubungan itu, saya berharap para peserta akan menggunakan platform ini untuk menyuarakan pandangan, terus belajar dan berhubung, membina rangkaian yang bernilai dan menggunakan pengetahuan baharu untuk merumuskan penyelesaian penting.

Sebagai pemimpin masa depan, platform ini bukan hanya dilihat sebagai tempat berbincang mengenai isu yang kita hadapi masa kini tetapi jua tempat untuk mewujudkan toleransi, pelbagai pandangan, perundingan dan fikiran bernas.”

YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkata demikian di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Brunei.

16 tahun lalu, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkahwin dengan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dalam satu majlis perkahwinan yang gilang-gemilang di Istana Nurul Iman. Bahkan, perkahwinan diraja ini mendapat perhatian dunia dan menerima julukan ‘Asian Wedding of the Year’.

Hasil perkongsian hidup, baginda berdua dikurniakan dua putera iaitu Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman serta dua puteri, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.

 

Sumber / kredit foto: Instagram Brunei Royal Family

Share
Published by
Suzi