Misha Omar Struggle Mendapatkan Kembali ‘Suara Emasnya’ Selepas Melahirkan Anak 2 Tahun Lalu

Lontaran vokal Misha Omar sememangnya boleh menggetarkan jiwa. Kelunakan suara wanita yang berasal dari Kelantan ini memang tidak perlu dipertikaikan. Namun, fitnah yang melanda isteri kepada Firos Ezzwan Rosly ini benar-benar menguris hati wanitanya.

“Sebenarnya AJL baru-baru ini too personal bagi saya, sebab susah payah saya untuk kembali selepas apa yang saya lalui. Selepas melahirkan Idris saya mengalami masalah pada suara.

Bila dengar suara sendiri, terfikir, suara ni kenapa ya, mendap jer. Sebenarnya perubahan suara ini berlaku ketika mengandung lagi. Mungkin proses mengandung membuatkan suara saya stretch

. Jadi menyanyi perlu guna beberapa muscle yang penting untuk support vokal. Sehingga saya kena pergi sekolah vokal belajar dengan Dato’ Shafinaz Selamat.

Untuk kembali beraksi di pentas AJL bukan mudah bagi saya dan penampilan terakhir saya dekat AJL secara solo, 9 tahun lepas. Kiranya momen menyertai AJL baru-baru ini memang sangat istimewa bagi saya.

Sebenarnya pernah suatu waktu dalam hidup saya, saya dah tak nak buat benda ni lagi. Sebab itu saya break lama sedikit. Tapi sebab lagu Sampai Bila orang suka, kita jadi macam faham dan tiba-tiba saya rasa fan saya mahu jadikan saya seperti warrior.

Sometimes you buat benda bukan untuk diri sendiri. Dalam masa yang sama saya mahu menguji diri sendiri mampu atau tidak lagi untuk menggalas cabaran ini selepas kehilangan suara, dengan membesarkan anak pra matang dan 9 tahun dah berehat daripada AJL secara solo.

Bila orang tuduh saya menggunakan khidmat ‘Mak Esah’ setelah kita berusaha dengan gigih, kat mana hati perut dia ya, kenapa dia cakap begitu? Mungkin dia tak tahu susah payah kita, tapi siapa nak tahu. Seniman memang dilayan macam ini, menangis pun seorang diri.

Mula-mula saya boleh terima ia seperti jenaka sahaja. Tapi bila kita menang sesuatu, nikmatnya datang kemudian. Mula-mula menang dia akan terkejut dulu lepas itu, timbul rasa syukur. Saya pun tak sangka masih ada tempat ‘orang tua’ seperti saya untuk bersaing dengan orang baru. Kemudian baharu terfikir pula tentang percakapan orang pula.

Basically saya ambil tindakan begitu untuk jaga hati saya. Saya tidak mahu berdendam dengan sesiapa jika saya terus berdiam diri. At the same time jika dia ada kebenaran dia boleh tunjukkan kepada saya. Saya tak mahu benci orang. Biar jadi pengajaran untuk diri masing-masing. Tetapi handle pengalaman ini sesuatu yang baru bagi diri saya dan menguji kesabaran,” tutur Misha yang ditemui ketika sesi fotografi baru-baru ini.

Share
Published by
Hamizatul Maizan