Lewat 28 September tahun lalu, musibah gempa, tsunami dan likuifaksi tanah yang meranapkan wilayah Palu, Sigi dan Donggala, Sulawesi Tengah, bukan saja mengorbankan ribuan mangsa, malah majoriti kediaman penduduk serta bangunan sekitarnya hancur serta-merta.
Tapi aneh, di sebalik bencana dahsyat tersebut, Tuhan memperlihatkan kebesaran-Nya. Jika binaan lain ranap menyembah bumi, Masjid Terapung Palu tetap kukuh di posisi, bahkan terlihat benar-benar ‘terapung’ tanpa jambatan penghubungnya.
Ads
Fenomena luar biasa itu turut disaksikan oleh 3 selebriti terkenal iaitu Fara Fauzana, Zara Zya dan Jihan Muse dalam Misi Dapur Kaseh Buat Sulawesi anjuran ‘My Hope Hero’ dan Malaysia Outreach Volunteer Experience (MOVE), minggu lepas.
Ketiga-tiga selebriti wanita ini bukan saja membawa amanah berupa wang sumbangan masyarakat, malah turut membantu serta memperkasakan wanita di sana melalui pelbagai aktiviti kebajikan.
Fara Fauzana atau Fafau turut berkongsi beberapa rakaman foto Masjid Terapung Palu di akaun Instagramnya. Rumah ibadat suci yang popular di kalangan pengunjung itu kelihatan masih utuh meskipun sebahagian bangunan sedikit tenggelam ke dasar air.
Foto Fafau ini jelas menunjukkan tiang-tiang masjid sudah lenyap ditelan tsunami namun binaan utama seperti kubah masih jelas kelihatan.
Masjid Terapung Palu terletak 30 meter dari pesisiran pantai Teluk Palu dengan keluasan 121 meter persegi dan mampu menampung lebih 150 anggota jemaah di dalamnya.
Misteri Terungkap
Ads
Kata para penduduk asal, sebelum pembinaan masjid, lokasi ini merupakan sarang maksiat. Mungkin kerana tempatnya di antara dua pusat hiburan malam iaitu di Pantai Taman Ria dan Lokalisasi Pantai Talise yang pernah menjadi pusat pelacuran.
Namun segalanya berubah apabila Masjid Terapung Palu dibangunkan pada tahun 2011 dan siap sepenuhnya setahun kemudian.
Sebelum kejadian bencana, masjid ini sentiasa sarat dibanjiri jemaah. Suasana semakin meriah menjelangnya bulan Ramadan kerana ia menjadi pilihan warga Palu menunggu waktu berbuka puasa tiba.
Ads
Kewujudan rumah ibadah itu bukan saja menjadi tempat untuk umat Islam menunaikan kewajiban tetapi menerangi kawasan di sana dengan cahaya keindahannya.
Walaupun misteri Masjid Terapung Palu masih kekal menjadi tanda tanya, namun kebanyakan umat Islam percaya bahawa Allah SWT sentiasa memelihara rumah-Nya.
Sementara itu, dalam perkongsian Fara Fauzana lagi, mereka bertiga turut menyertai aktiviti memasak di bawah Misi Dapur Kaseh. Seronok tengok gelagat Jihan Muse dan Zara Zya yang kelakar.
Dalam sibuk-sibuk memasak, dapat juga dengar Zara Zya menyanyi live sambil jari-jemari ligat menghiris bawang. Maka akhirnya, siaplah menu lauk-pauk lazat macam ayam masak asam Zara, kacang buncis Fafau dan ayam telur gebu Jihan!
Alhamdulillah… Fara Fauzana, Zara Zya dan Jihan bukan sahaja menjalankan misi bantuan kesihatan & pemulihan trauma mangsa Tsunami di Indonesia. Bahkan, mereka turut memasak bersama di sana. Semoga penglibatan mereka dalam misi bantuan ini dapat dijadikan contoh untuk masyarakat lain. #majalahnona #inspirasinona #realitiimpianwanita #misidapurkaseh
Tiga selebriti ini menyertai misi tersebut pada 19 Januari lalu dan pulang lima hari kemudian. Semoga lebih ramai wanita dapat melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan seperti mereka sambil menimba pengalaman yang penuh menginsafkan!
Sumber: Instagram @therealfafau
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, tumpang bangga atas perkhabaran gembira isteri Dato’ Sri Eizlan Yusof yang kini menerima pelantikan sebagai Kapten! Akhirnya, penglibatan aktif Datin Sri Natasha Rosa Boudville dalam aktiviti kesukarelawanan sepanjang dua tahun ini mendapat perhatian dan pengiktirafan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Pastinya insan paling bahagia menerima berita baik tersebut ialah Dato’ Sri Eizlan yang turut melibatkan diri dalam badan persatuan sama!
Berkongsi foto terbaharu di media sosial masing-masing sejak semalam, jelas kelihatan wajah teruja pasangan romantis ini. Sambil memuatnaik majlis penganugerah dan pingat yang diterima, Dato’ Sri Eizlan berpeluang menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan isteri tercinta. “Congrats my yayang @sashaboudville. Finally! Setelah hampir 2 tahun berbakti sebagai sukarelawan.”
Ternyata, Datin Sri Natasha bukan hanya memiliki rupa paras yang cantik bahkan beliau juga seorang wanita berjiwa penyayang dan sedia turun padang membantu mereka yang berada dalam kesusahan. Ini dibuktikan pada situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara, Datin Sri Natasha bersama Dato’ Sri Eizlan sama-sama memerah keringat membantu petugas barisan hadapan menangani wabak berkenaan.
Malah, pembabitan beliau dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia juga sudah bermula sebelum berkahwin dengan aktor kacak tersebut lagi.
Ujar ratu hati Dato’ Sri Eizlan yang setia berkhidmat untuk masyarakat sepanjang Covid-19 ini turut melahirkan penghargaan kepada frontliners terlibat. “Terima kasih KKM dan PDRM atas dedikasi dan pengorbanan anda semua supaya kami dijaga dan selamat. Tidak dilupakan juga kepada Angkatan Pertahanan Awam Putrajaya yang tidak putus semangat dan tenaga bersama Eizlan Yusof, Adam Shahz dan Dato’ A. Aida.”
Mengimbas kembali pembabitan Dato’ Sri Eizlan bersama APM, bapa kepada tiga anak ini menerima pentauliahan Leftenan Kolonel (Bersekutu) Angkatan Pertahanan Awam pada April 2018.
Sejak pengurniaan lantikan tersebut, beliau aktif berkhidmat bersama APM dan tahun lalu Dato’ Sri Eizlan bersama Adam Shahz serta pasukan APM telah berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records selepas mengharungi laluan laut sepanjang 718.57 kilometer. Ia merupakan pelayaran Ekspedisi Amphibious Craft dari Melaka ke Langkawi selama enam hari membabitkan 133 peserta.
Dato’ Sri Eizlan Yusof menamatkan zaman dudanya bersama Datin Natasha Rosa Boudville dalam majlis pernikahan serba indah di Bora Ombak Marina, Putrajaya pada tanggal 12 Disember 2019.
Datin Natasha merupakan wanita anggun berketurunan Serani yang bekerja sebagai kakitangan pengurusan sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibu negara. Beliau memeluk Islam pada Ogos 2018 sebelum dilamar pelakon kacak tersebut pada September 2019.
Moga perkahwinan selebriti romantis ini berkekalan hingga ke syurga dan terus menjadi inspirasi dalam usaha mengajak masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan serta kebajikan.
Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pelancaran CDERT disempurnakan oleh Timbalan Menteri JPM (Tugas-Tugas Khas) Pesuruhjaya Kehormat (PA) YB Datin Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid. Pelantikan yang diterima Datin Sri Natasha sekaligus membawa gelaran Kapten Bersekutu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mendapat panggilan Tanah Suci ketika dunia masih berdepan pandemik pastinya menjadi kenangan terindah buat Dato’ Sri Alha Alfa. Tak lekang ucapan syukur, diberi kesempatan mengerjakan umrah setelah beberapa tahun lamanya.
Usai misi bantuan banjir diselesaikan, lelaki dermawan yang giat berbakti melalui Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa (PEKAA) ini bergegas membuat persiapan ke Mekah.
Februari lepas, beliau selamat menjejakkan kaki ke Madinah dan menunaikan umrah di Mekah.
“Ya Allah, berilah peluang kepada semua Muslimin dan Muslimat yang membaca ini kesempatan utk menjejakkan kaki ke Madinah secepatnya dan kemudian berpeluang menyentuh Kaabah…” Dato’ Sri Alha
Seronok melihat perkongsian foto-foto beliau di sana. Bertuahnya dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci!
Sebagai pengasas Alha Alfa Cosmetics, nama lelaki berusia 34 tahun ini bukan saja popular di kalangan peminat solekan Malaysia, malah tersohor sebagai mekap artis selebriti yang berjaya.
Dengan sifatnya yang mesra dan rajin berkongsi ilmu, personaliti Dato’ Sri Alha atau nama penuhnya Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil ini sangat menyenangkan banyak pihak.
Enggan terus berada dalam zon selesa, kini Dato’ Sri Alha melangkah secara rasmi ke dalam bidang akademik. Lelaki bijak itu tekad mahu menurunkan ilmu dan membangun generasi yang berbakat dalam dunia solekan.
Tidak lama selepas pulang dari menunaikan umrah, Dato’ Sri Alha membawa khabar gembira. Dengan kerjasama Universiti MAHSA dan Alha Alfa Cosmetics, satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditanda tangani dalam usaha memperkasa kemajuan industri kecantikan tanah air menerusi bidang pendidikan.
Daripada usahawan kini bakal bergelar tenaga pengajar. Kerjasama ini bakal menyaksikan paduan mereka dalam meningkatkan kemahiran dan akademik dalam pengajaran, latihan, penyelidikan dan pembangunan produk.
Tentu student student seronok kalau dapat berguru dengan Dato’ Sri Alha!
“Kewujudan program Diploma di dalam bidang seni solekan dan kecantikan sangat membantu para jurusolek Malaysia yang selama ini tercari-cari pengiktirafan akademik di peringkat universiti.
Ini juga secara tidak langsung akan menaikkan karier jurusolek sebagai sebuah karier yang profesional dan mempunyai prestij yang tersendiri.” Dato’ Sri Alha
Tidak cukup dengan itu, pihak Universiti MAHSA turut mengumumkan pelantikan Dato’ Sri Alha sebagai Profesor Adjung bagi menjayakan pengajian Diploma Kecantikan yang bakal bermula pada April 2022.
Bertuahnya, murah rezeki beliau menerima pengiktirafan tinggi sebegini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita yang banyak menghabiskan masa bergelar usahawan dalam bidang jahitan sejak tahun 2008 ini sememangnya tidak pernah bermimpi untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan secara serius terutamanya dalam mengusahakan jahitan namun kisahnya bermula sebaik sahaja memperkenalkan sehelai telekung ibadah yang selesa untuk dipakai.
Empunya syarikat Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd (SKA) Padzilah Enda Sulaiman kini boleh tersenyum melihat usahanya menjadikan pakaian solat ini lebih praktikal dan patuh syariat kini terlaksana. “Masalah sukar mendapatkan telekung yang benar-benar sesuai dengan bentuk wajah bukanlah sesuatu yang baharu untuk diri saya. Bayangkan, setiap kali mahu menunaikan umrah dan haji serta solat sunat terawih, saya terpaksa mengubah telekung yang dibeli. Ia tidak selesa, talinya mudah tertarik, ketat dan bertanda di dahi menimbulkan masalah kepada saya.”
Walaupun Padzilah merasakan tindakannya memberi nafas baharu terhadap telekung memberi manfaat untuk muslimah untuk tampil selesa ketika bersolat, namun sangkaannya meleset apabila telekungnya itu tidak mendapat sambutan yang baik dari kaum wanita.
“Ketika itu saya belajar betapa sukarnya untuk memasarkan telekung dan saya akui tidak mempunyai ilmu dalam selok-belok perniagaan. Semasa saya mengambil keputusan menjahit 200 helai telekung, saya tidak merancang siapakah sasaran pembeli tetapi terdetik telekung ini amat sesuai untuk jemaah haji dan umrah.
Tanpa rasa segan, saya berkunjung ke beberapa agensi pelancongan di sekitar Kuala Lumpur dan Terengganu yang menyediakan pakej umrah dan haji. Malangnya, mereka tidak menerima telekung saya,” katanya yang terpaksa membawa pulang kesemua 200 helai telekung tersebut.
“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi kesemua telekung yang dihasilkan mampu dijual dan menepati keperluan wanita untuk bersolat. Tetapi nampaknya inovasi tersebut belum dapat diterima baik di pasaran. Bayangkan, hanya beberapa helai sahaja berjaya dijual kepada saudara-mara dan rakan-rakan terdekat sahaja. Sudah tentu terbit rasa kecewa dan hampir berputus asa dengan apa yang berlaku,” katanya menyingkap bagaimana situasi ketika itu hampir merobohkan semangatnya untuk melangkah dalam dunia perniagaan.
“Pada pandangan saya, jika seseorang wanita sanggup berbelanja ratusan ringgit untuk sepasang baju, mengapa tidak boleh melakukan perkara sama untuk sepasang telekung yang bukan sahaja nampak cantik buatannya tetapi lebih penting selesa dan terpelihara aurat mengikut syariat ketika bersolat. Kemas dan selesa ketika menghadap Yang Maha Pencipta juga perlu diberi perhatian khusus kerana Islam amat menggalakkan muslimah tampil cantik, kemas dan selesa ketika beribadat,”
Kejayaan hari ini menjadikan Padzilah semakin matang dalam mengharungi dunia perniagaan yang diceburi sejak 8 tahun yang lalu. Walapun kini dia telah memiliki seramai 50 kakitangan termasuk tukang jahit dan bahagian eksekutif, Padzilah tetap memantau setiap operasi termasuklah dari segi jahitan bagi memastikan kualiti telekung dan menitikberatkan rekaan.
“Saya bersyukur keluarga dan rakan-rakan banyak memberi dorongan untuk saya meneruskan usaha murni mengembangkan syarikat sehingga ke Brunei dan Indonesia. Semoga usaha murni untuk melahirkan lebih banyak produk patuh syariat diterima baik oleh umat Islam di seluruh dunia, Insyaallah,” ujar Padzilah seraya mengakhiri perbualan. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...