Takutnya nak bersalin. Banyak pula pengalaman yang dikongsi dalam internet. Tapi kebanyakkannya lebih kepada mitos dan bukan fakta. Betul ke?
Bersalin normal:
MITOS
Tidak memerlukan persiapan kerana segalanya berlaku secara semulajadi
FAKTA
Oh, jangan ambil mudah! Kaedah bersalin normal memang sakit kerana itu anda perlu tahu apa yang perlu dilakukan. Posisi yang betul serta teknik yang sesuai perlu dipelajari kerana ada cara untuk mengelakkan anda merasa sakit yang teruk.
MITOS
Doktor perlu ada walaupun sudah ada bidan yang dipilih menyambut kehadiran si kecil
FAKTA
Bidan yang ada sudah dilatih untuk menyambut kelahiran bayi. Ilmu kebidanan yang mereka ada sudah cukup tanpa memerlukan bantuan doktor. Cuma, jika ada komplikasi, anda perlu segera menghubungi doktor.
Kaedah caesarean
MITOS
Jika anda sudah melepasi tarikh due, anda perlu berhadapan dengan kaedah pembedahan atau caesarean.
FAKTA
Induksi adalah cara alternatif yang boleh menjadi pilihan anda sekiranya kontraksi tidak berlaku
MITOS
Kaedah caesarean sangat selesa dan lebih rendah risiko dari bersalin normal
FAKTA
Pembedahan caesarean tetap berhadapan dengan pendarahan, komplikasi terhadap ubat, jangkitan kuman serta kemalangan yang berlaku ketika pembedahan. Jadi, pilihlah kaedah untuk bersalin dengan betul.
MITOS
Hubungan ibu dengan anak lebih renggang sekiranya si ibu memilih untuk melakukan pembedahan caesarean.
FAKTA
Hubungan erat di antara ibu dan anak boleh sahaja menjadi rapat. Sebaik selesai pembedahan, si ibu tetap boleh melihatnya si kecil dan memanjakannya bermula dengan memberikan susu badan.
Bersalin dalam air atau waterbirth
MITOS
Bayi boleh tenggelam, tersedak air dan lemas
FAKTA
Bayi baru lahir menerima oksigen dari plasenta dan mengalirkannya ke paru-paru. Plasenta berperanan sebagai sistem filter dan pernafasan di dalam perut. Ketika ia muncul di dalam air, sistem ini masih bekerja dan bayi ini di angkat dari air menerima signal untuk mengganti sistem sirkulasi. Ini menyebabkan darah mengalir ke paru-paru untuk kali pertama.
MITOS
Usia ibu menentukan kesesuaian pilihan untuk waterbirth
FAKTA
Tidak semestinya ini menjadi keutamaan. Cukup sekadar anak dan ibu cukup sihat untuk menjalani kaedah ini. Namun, jika bayi songsang, mempunyai kelahiran kembar atau bayi pra matang, anda dinasihatkan tidak menggunakan kaedah waterbirth.
MITOS
Kaedah waterbirth lebih sakit dari kaedah normal
FAKTA
Melahirkan bayi melalui kaedah waterbirth tetap sakit namun ramai wanita mengakui sakitnya kurang ½ daripada kaedah bersalin normal. Sekalipun sakit, ia bukan akibat daripada kontraksi tetapi kerana tekanan.
Kredit foto: Instagram Anzalna Nasir
This website uses cookies.