Perkongsian penyanyi Mizz Nina di laman Instagram miliknya sebentar tadi mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Essam Muhammad dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat baru-baru ini.

Ads

MIZZ NINA Kembali Bergelar Isteri. Pilih ESSAM MUHAMMAD Sebagai Suami.

Mizz Nina meluahkan rasa syukur dengan pernikahan kali kedua itu dan menganggap ia merupakan takdir terindah ditentukan oleh Allah SWT untuk dirinya.

“Bismillahirahmanirahim..Alhamdulillah, segala puji bagi Allah sebaik-baik perancangan dan telah menentukan takdir terindah. Syukur dengan perkahwinan yang mendapat restu kedua orang tua.

“InsyaAllah, kami akan saling melengkapi satu sama lain dan meneruskan hidup kami untuk berdakwah. Kami berkongsi aspirasi dan matlamat serta teruja dalam menempuh fasa baru kehidupan bersama,” katanya.

MIZZ NINA Kembali Bergelar Isteri. Pilih ESSAM MUHAMMAD Sebagai Suami.

Mizz Nina atau pemilik nama Shazrina Azman, 43, tujuan ikatan ini terjalin berlandaskan iman kerana Allah SWT.

“Dunia ini hanya sementara, manakala hari akan datang belum pasti lagi. Kami sepakat perkahwinan ialah sebuah ikatan dalam membina persefahaman dan kasih sayang serta ketenangan.

MIZZ NINA Kembali Bergelar Isteri. Pilih ESSAM MUHAMMAD Sebagai Suami.

Ads

“Paling penting, kami dapat bersama-sama menuju ke syurga,” katanya.

Mizz Nina juga berharap ikatan yang dibina akan memberikan manfaat kepada semua pihak dan dirinya dalam bersama-sama menjadi insan yang lebih baik.

Penyanyi yang juga aktivis keagamaan turut berkongsi bakal mengadakan satu majlis resepsi perkahwinan tertutup di ibukota dalam masa terdekat. Jejaka berasal dari Morocco ini merupakan warganegara Amerika Syarikat dan menetap di Seattle.

Ads

Juga Baca: https://www.nona.my/syukur-musa-sampai-juga-untuk-lihat-semuanya-bawa-anak-tunai-umrah-mizz-nina-doakan-musa-jadi-cahaya-ummah-yang-baik/

MIZZ NINA Kembali Bergelar Isteri. Pilih ESSAM MUHAMMAD Sebagai Suami.

Terdahulu, Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sebelum menfailkan penceraian pada 14 Jun 2022.

Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun mengambil anak angkat bernama Musa pada April 2022. Vokalis Hujan, Noh Salleh bakal mengakhiri status duda apabila mengikat pertunangan dengan seorang peguam tidak lama lagi. Difahamkan Noh dan tunangnya, Fatin Athira Mustapa memilih tarikh pernikahan  pada 23 September ini.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI