Kehidupan di dunia ini tidak semua orang sempurna. Menjadi antara model Down Syndrome terkenal dunia mungkin bukan suatu mimpi lagi buat wanita yang berusia 25 tahun ini.
Ads
Grace Strobel wanita yang berasal dari St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat ini mencipta sejarah dalam dunia peragaan apabila kerap terpilih untuk memperagakan barang jenama mewah antarabangsa di samping model profesional yang lain.
Menjadikan kerjaya model sebagai mata pencariannya, Grace Strobel pernah muncul di 15 majalah terkenal di negaranya.
“I love modeling because it makes me feel good about myself and it helps others to believe in themselves,” kata wanita yang dilahirkan serba kekurangan namun semangat tetap besar sehingga disunting oleh jenama besar dunia untuk mempersembahkan produk jenama mewah tersebut di mata dunia.
Kejayaan yang dikecap oleh Grace Strobel kini bukan semudah yang disangkakan. Namun wanita ini tetap kuat menjalani kehidupan seharian dengan sokongan padu daripada ahli keluarganya.
Wanita berambut perang ini pernah bangkit daripada kisah sedih dalam hidupnya ketika di sekolah. Bahkan ketika kecil, ibu bapanya telah diberitahu oleh doktor tidak mungkin boleh membaca, menulis dan mengikat tali kasut sendiri.
Namun, atas segala usaha dan kegigihannya, Grace Strobel kini menjadi speaker demi memberi inpsirasi bagaimana bangkit mengatasi masalah yang dihadapinya.
Ads
Khabarnya Grace Strobel telah memberi motivasi kepada lebih 3000 orang pelajar. Kini model sepenuh masa ini telah muncul di 15 majalah terkenal dan 3 daripadanya sebagai penghias muka depan.
Wanita ini juga telah dilantik sebagai duta Be Strong Global iaitu sebuah organisasi yang memperkasakan anak remaja. Selain itu Grace Strobel juga merupakan duta kepada produk kecantikan, Obagi’s newest SKINclusion.
Ads
Kata-kata daripada model terkenal ini sangat menginspirasikan. “Let no one tell you what you can or cannot achieve. Push those boundaries and live,” katanya.
Selain Grace Strobel terdapat 2 orang model Down Syndrome yang begitu berjaya dalam kerjaya masing-masing iaitu SofiÌa Jirau dan Madeline Stuart.
3 model Down Syndrome ini berjaya membuktikan bahawa sesiapa sahaja berhak memilih jalan hidup mereka sendiri. Kisah kejayaan mereka benar-benar telah menyuntik inspirasi kepada semua wanita bahawa di mana ada kemahuan pasti ada jalan.
Wanita adalah ciptaan indah yang Allah SWT cipta. Tidak banyak syarat-syarat sebenarnya untuk menjadi wanita yang disayangi Allah. Pertemuan bersama dengan penceramah wanita terkenal Profesor Dr Che Muhaya Mohamad untuk satu sesi fotografi di kediamannya yang terletak di Country Heights, Kajang dimanfaatkan oleh Nona untuk bertanyakan tentang ciri-ciri yang perlu ada dalam diri setiap wanita untuk menjadi seorang wanita solehah.
“Pertama sekali, niat untuk menjadi wanita solehah. Ini kerana nilai seorang wanita solehah lebih besar daripada dunia dan seluruh isinya. Kalau mempunyai akhlak yang baik, seseorang wanita itu akan menjadi lebih berharga daripada barangan berjenama. Jadi, wanita solehah tidak akan perlukan branded item dan hanya wanita tidak solehah mahukan branded item kerana you value yourself based on the brand that you wear. Tapi sebenarnya nilai seorang wanita berdasarkan hati yang bersih dan tenang”, jelas Pakar Mata ini yang juga mempunyai PhD dalam bidang Ocular Immunology daripada Universiti London.
Selain itu, beliau turut menegaskan wanita solehah akan tahu apa manfaat dan tujuan hidupnya iaitu untuk sentiasa beribadah kepada Allah SWT dan melakukan kebaikan.
“Antara ciri wanita solehah ialah mempunyai akidah sangat mantap bererti tidak ada tuhan melainkan Allah. Tuhan dia bukan dia punya suami, whatsapp, instagram, darjat,dan rupa paras. Selain itu, wanita solehah juga tahu kenapa dia dilahirkan iaitu untuk ubudiyyah (menghambakan diri)Â kepada Allah. Bila akidah mantap automatik ibadah akan menjadi sempurna. Wanita itu akan menjaga ibadah solatnya seperti solat tepat waktu dan dilakukan secara berjemaah”, tambahnya lagi.
Mengulas lebih lanjut lagi tentang ciri-ciri untuk menjadi wanita solehah,beliau menegaskan wanita sangat berharga dalam Islam dan martabat wanita tidak pernah dipandang rendah kerana wanita itu ‘mahal’!
“Wanita solehah juga akan menjaga auratnya dengan sempurna. Ini kerana wanita yang menjaga aurat nilai dirinya akan meningkat. Siapa yang tidak menjaga aurat, dia sama seperti barang yang semua orang boleh tengok dan tidak eksklusif. Pergaulan juga perlu dijaga untuk menjadi wanita solehah. Selagi orang tak bernikah dengan kita, jangan biarkan dia sentuh kita sembarangan. We are very expensive item! Jadi jaga solat, aurat dan pergaulan. Kalau tak jaga tiga perkara ini confirm bermasalah”, katanya lagi yang tidak pernah lekang dengan senyuman.
Selain niat menuju ke arah kebaikan dalam hidup, mempunyai akidah yang tinggi serta menjaga batas pergaulan dan menutup aurat, ciri wanita solehah itu akan lengkap sekiranya mempunyai kelembutan dalam dirinya.
“Mempunyai keperibadian dan akhlak yang lemah lembut akan membuatkan diri seseorang wanita itu lebih disayangi oleh Allah. Kalau tidak mempunyai sifat yang lemah lembut, takut nanti Allah tidak sayang. Jadikan kelembutan itu sebagai tujuan dalam kehidupan anda”, jelas isteri kepada Dr Azmi Jamion ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada apa yang mustahil untuk dicapai kalau rajin berusaha. Itulah yang sedang dinikmati usahawan wanita yang juga pengasas SoBella, Wan Nur Syuhada Wan Norzie hasil titik peluh dan kerja kerasnya selama ini. Pernah jatuh terduduk ditipu pihak tidak bertanggungjawab melibatkan sejumlah wang yang besar namun wanita berjiwa cekal ini komited mengejar impian hidup. Kembali bangkit membina empayar sendiri, kini Wan Nur Syuhada atau lebih mesra disapa Syu mampu tersenyum bangga apabila perniagaan yang hanya bermula dari rumah tersebut semakin mendapat permintaan dan meraih pulangan lumayan setiap bulan. Alhamdulillah!
Walau mampu memiliki apa sahaja yang diinginkan hasil keuntungan SoBella namun Syu selesa menjalani gaya hidup dengan caranya tersendiri. Malah, Syu menegaskan dia enggan menjadikan kemewahan sebagai kayu pengukur kepada setiap pencapaian. Sebaliknya mahu melihat 8000 squad Sobella di bawahnya menjana pendapatan sendiri dan berjaya mengubah nasib ke arah lebih baik adalah kejayaan sebenar yang paling bermakna buat dirinya.
Gemar berkongsi aura positif, Syu mendedahkan, “SoBella pun bermula dengan bisnes kecil-kecil je, bisnes dari rumah je. Waktu tu Syu duduk dengan mama. Baru settle pengajian di Shah Alam then balik duduk rumah mama. Mana ada duit nak stay di KL. Sampai di Kelantan sementara tengah submit resume untuk cari kerja, Syu start serious berbisnes. Bungkus parcel kat ruang tamu mama sampai mama marah-marah katanya ‘Bersepah ruang tamu mama’.
Kemudian bila bisnes laju sedikit, Syu sewa bilik kecil atas office mama. RM 80 je sebulan. Kecil je biliknya. Sewa bilik tau bukan sewa kedai lagi. Kalau kat rumah, kadang-kadang layan customer, tertidur la pula. No disiplin. Bila ada tempat kerja proper, disiplin diri tu ada.
Dari sewa bilik, Syu sewa kedai tapi di tingkat 2 sebab nak sewa murah. Tak mampu lagi pasang signboard ke apa. Terpaksa keluar dari bilik kecil tu sebab stok makin banyak dah. Syu dah mula hire staff. Ambil 2 orang secara berperingkat sebab waktu tu alhamdulillah jualan dah makin naik ke fasa seterusnya.”
Ujarnya lagi, “Dalam setahun menyewa office tingkat dua tu, Syu sewa bangunan office 2 tingkat. Atas bawah Syu ambil sebab masalah sama. Stok makin banyak dan staf makin ramai. Rasa happy gila dah waktu tu walaupun menyewa je. Office pun besar, Syu dah ada bilik sendiri, stor pun dah proper waktu tu.
Tapi duduk office baru tu pun dalam setahun lebih je sebab staf makin ramai lagi. Akhirnya Syu decide untuk beli bangunan 3 tingkat sebagai mercu tanda SoBella. Bangunan yang bernilai 7 angka ni Syu beli hasil dari bisnes kecil-kecil yang bermula dari rumah je.”
Selain mampu menggaji lebih tenaga kerja dan stok niaga yang makin meningkat, Syu mencatat satu lagi kejayaan baharu apabila mampu mempelopori sebahagian besar billboard di laluan utama seluruh negara. Bukan murah tu!
“Alhamdulillah, baru-baru ini SoBella dah naikkan billboard di beberapa tempat. Antaranya di Kelantan, Melaka, Shah Alam, Kuantan dan Johor. Akan ada 100 billboard Sobella di seluruh Malaysia. Selain perkembangan itu, kami juga akan keluarkan produk baru, edisi baru. Seperti biasa, kalau dah habis edisi baru ini… memang dah tak keluarkan lagi dah.”
Bercerita mengenai kesan pandemik Covid-19 terhadap perniagaan, Syu berkata, “Nak kata SoBella tak terkesan, tipulah. Alhamdulillah kami boleh maintain dan raih pencapaian sama. Paling penting bagi saya adalah untuk pastikan my team terus bersemangat sepanjang PKP ini. Mungkin ada yang fikir waktu PKP ni orang tak berbelanja. Hakikatnya Pos Laju hari-hari ‘jammed’ dengan barang yang nak kena hantar.
Semua tu mindset je yang cakap waktu PKP orang tak beli. Tambah lagi produk kecantikan yang memang sinonim dengan orang wanita. Ia macam keperluan bagi wanita. Jadi saya kena pastikan semua produk yang nak diedarkan dalam keadaan ready stock agar memudahkan team nanti.”
Ditanya apa rahsia bisnes SoBella mampu bertahan hingga sekarang, ibu berusia 31 tahun ini menjelaskan kreativiti amat penting dalam dunia perniagaan. “Untuk berjaya dan bertahan dalam industri, you need to be different. Tak boleh sama dengan orang lain. Bila buat sama seperti orang lain, kita akan jadi kurang menonjol. Jadi pesan saya kepada mereka yang mahu mendalami bidang bisnes, cari keunikan bisnes anda dan cari kelainan serta tonjolkan keistimewaan anda. InshaAllah bisnes cepat naik.”
Walau SoBella makin pesat berkembang dengan pertambahan ahli saban tahun, Syu tidak lupa membantu golongan yang memerlukan. Terutamanya ketika negara dilanda wabak Covid-19 sejak hampir setahun yang lalu.
“Sudah tentu saya perlu melibatkan diri dalam usaha seperti ini. Bahkan saya selalu tekankan kepada team bahawa kejayaan individu bukan Kejayaan milik kita semata, kena kongsi dengan orang ramai. Inshaallah apabila berjaya beri lebih kepada ramai orang, lebih banyak lagi ‘masuk (rezeki)’ kepada kita.Di SoBella memang kami ada buat beberapa sumbangan kepada frontliners.
In fact, waktu Covid-19 tahun lalu lagi kami dah agresif beri sumbangan di hospital, bantuan makanan kepada polis dan juga bantuan dari segi kewangan, PPE serta sebagainya. Mereka adalah hero negara di musim sekarang ini dan saya rasa sangat bersalah kalau tak menolong.”
Moga kejayaan Wan Nur Syuhada menjadi inspirasi lebih ramai wanita untuk berjaya kelak. Pastinya penerima Nona Top Beauty Entrepreneur ini seorang wanita yang berjiwa besar, kreatif dan berani mencuba pelbagai perkara baru demi memastikan perniagaan terus memenuhi cita rasa semua lapisan umur. Tahniah dan semoga terus maju jaya!
Kredit foto: Instagram Wan Nur Syuhada
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berkongsi di platform TikTok baru-baru ini, pelakon cantik manis berusia 25 tahun yang popular dengan drama bersiri Kekasih Paksa Rela, Intan Najuwa Abdul Wahid memuat naik keputusan peperiksaan akhir semesternya yang cemerlang.
Dalam perkongsiannya itu, Intan telah memperoleh gred A bagi dua subjek undang-undang iaitu Criminal Law dan Contract Law. Wow hebatnya! Bukan calang-calang.
Menurut Intan, segala usahanya selama ini berbalas. Tulisnya di ruangan kapsyen:
âAll the sleepless night paid off. Letâs move to the next sem!â
Perkongsian itu telah mencecah hampir 2 juta tontonan di TikTok.
Menjenguk di ruangan komen, Intan dihujani dengan ucapan tahniah serta pujian dari para pengikutnya atas kejayaan itu. Malah, ada yang sangat bangga dengan pencapaian akademik pelakon jelita itu yang berjaya memperoleh gred A bagi dua subjek tersebut yang dianggap sukar.
Dalam masa yang sama Intan perlu memberi tumpuan terhadap karier lakonan, bisnes dan pengajian.
â@RIKAYSS: Powernye criminal law dapat Aâ
â@qah <3: Selalu tengok story IG Intan, pergi shooting pun bawak buku. hard work paid off. congrats!!
â@Ig : maisarahnsr: Alhamdulillah hard work paid off! congratulations nampak struggle study through meja penuh buku. goodluck for next sem, fighthing pretty!â
â@: Ni baru kena jealous. Dah la cantik pandai pulak tu.â
Sebelum ini Intan pernah memuat naik gambarnya di akaun Instagram di mana dia sedang mengulang kaji pelajaran ketika sedang bercuti di kota London.
Intan turut membawa komputer riba semasa bercuti dan dilihat menyiapkan tugasannya ketika di lapangan terbang serta dalam penerbangan.
Intan mengambil peperiksaannya itu secara online dan berkongsi momen dia menjawab soalan ketika berada di sebuah kafe berhampiran hotel penginapannya di London.
Sekitar Disember 2021, Intan mendedahkan dia kini sedang melanjutkan pengajian peringkat asasi jurusan undang-undang di Kolej BAC Singapura.
Semoga Intan terus sukses dalam akademik dan karier. Semoga menjadi artis yang berilmu seterusnya dijadikan inspirasi buat anak-anak muda.
Kredit Foto: Instagram Intan Najuwa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...