Model Down Syndrome Ini Diberitahu Tak Mampu Ikat Tali Kasut Sendiri Kini Muncul 15 Majalah

Kehidupan di dunia ini tidak semua orang sempurna. Menjadi antara model Down Syndrome terkenal dunia mungkin bukan suatu mimpi lagi buat wanita yang berusia 25 tahun ini.

Grace Strobel wanita yang berasal dari St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat ini mencipta sejarah dalam dunia peragaan apabila kerap terpilih untuk memperagakan barang jenama mewah antarabangsa di samping model profesional yang lain.

Menjadikan kerjaya model sebagai mata pencariannya, Grace Strobel pernah muncul di 15 majalah terkenal di negaranya.

Foto: Instagram @grace_strobel

I love modeling because it makes me feel good about myself and it helps others to believe in themselves

,” kata wanita yang dilahirkan serba kekurangan namun semangat tetap besar sehingga disunting oleh jenama besar dunia untuk mempersembahkan produk jenama mewah tersebut di mata dunia.

Kejayaan yang dikecap oleh Grace Strobel kini bukan semudah yang disangkakan. Namun wanita ini tetap kuat menjalani kehidupan seharian dengan sokongan padu daripada ahli keluarganya.

Grace Strobel bersama ayahnya. Foto: Instagram @grace_strobel

Wanita berambut perang ini pernah bangkit daripada kisah sedih dalam hidupnya ketika di sekolah. Bahkan ketika kecil, ibu bapanya telah diberitahu oleh doktor tidak mungkin boleh membaca, menulis dan mengikat tali kasut sendiri.

Namun, atas segala usaha dan kegigihannya, Grace Strobel kini menjadi speaker demi memberi inpsirasi bagaimana bangkit mengatasi masalah yang dihadapinya.

Foto: Instagram @grace_strobel

Khabarnya Grace Strobel telah memberi motivasi kepada lebih 3000 orang pelajar. Kini model sepenuh masa ini telah muncul di 15 majalah terkenal dan 3 daripadanya sebagai penghias muka depan.

Wanita ini juga telah dilantik sebagai duta Be Strong Global iaitu sebuah organisasi yang memperkasakan anak remaja. Selain itu Grace Strobel juga merupakan duta kepada produk kecantikan, Obagi’s newest SKINclusion.

Foto: Instagram @grace_strobel

Kata-kata daripada model terkenal ini sangat menginspirasikan. “Let no one tell you what you can or cannot achieve. Push those boundaries and live,” katanya.

Selain Grace Strobel terdapat 2 orang model Down Syndrome yang begitu berjaya dalam kerjaya masing-masing iaitu Sofía Jirau dan Madeline Stuart.

Foto: Instagram @grace_strobel

3 model Down Syndrome ini berjaya membuktikan bahawa sesiapa sahaja berhak memilih jalan hidup mereka sendiri. Kisah kejayaan mereka benar-benar telah menyuntik inspirasi kepada semua wanita bahawa di mana ada kemahuan pasti ada jalan.

Baca juga; 3 Model Down Syndrome Ini Ternama & Jadi Pilihan Jenama Mewah Antarabangsa; Grace Strobel

Share
Published by
Hamizatul Maizan