Siapa sangka warna kulitnya hitam metalik dan rambut kerinting yang dulu menyebabkan dia diejek dan dibuli tapi hari ini itulah yang menjadikan dia terkenal seluruh dunia.

IKLAN

Sejak dua minggu lalu foto remaja dari Senegal, Khoudia Diop ini viral di media sosial dan menerima banyak perkongsian di Twitter, Instagram dan Facebook.

Tidak lagi bersedih seperti dulu, Khoudia,19 tahun tersenyum di papan muka majalah-majalah popular kerana dia dipilih menjadi model dek kerana tona kulitnya yang unik itu.

“Ketika kecil saya selalu diejek kerana kulit saya tapi saya belajar untuk menyayangi diri sendiri setiap hari dan tidak memberi perhatian kepada orang yang mempunyai pemikiran negatif dan ia sangat membantu,” katanya.

Model Khoudia Diop Terkenal Kerana Warna Kulit Hitam Metalik

IKLAN

Selain menjadi model, Khoudia juga turut menggunakan popularitinya di media sosial untuk memberi inspirasi kepada wanita lain.

IKLAN

Menceritakan kisah hidupnya, Khoudia berkata dia berpindah dari Senegal ke Perancis pada usia 15 tahun. Dia kemudian menjadi model dua tahun kemudian pada usianya 17 tahun.

“Kita perlukan kepelbagaian warna kulit dalam industri kecantikan dan saya mahu memberi inspirasi kepada wanita muda.

 

“Saya mahu mereka tahu bahawa mereka boleh lakukan apa yang mereka impikan dan tidak menjadikan warna kulit sebagai penghalang,” ujarnya yang kini bekerja sebagai model di New York dan Paris.

Sejak gambarnya mula viral, jumlah pengikutnya mencecah 280,000 dan kini mengunakan kemasyurannya untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk menyukai warna kulit sendiri dan berusaha untuk meningkatkan kepelbagaian dalam industri kecantikan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI